JKKK Kg Meruntum

JKKK Kg Meruntum JPKK Kg Meruntum bersedia berkhidmat untuk penduduk Kg Meruntum dalam segala perkara.

Jom meriahkan Bulan Kebangsaan 2025! Jemput semua datang 9 Ogos 2025 ini!!Lucky Draw untuk semua pengunjung!!
06/08/2025

Jom meriahkan Bulan Kebangsaan 2025! Jemput semua datang 9 Ogos 2025 ini!!
Lucky Draw untuk semua pengunjung!!


Gerak kerja untuk turun padang diteruskan!
04/08/2025

Gerak kerja untuk turun padang diteruskan!

Alhamdulillah! Masjid Meruntum juga ada di bantu seperti 2 buah penghawa dingin dan pelbagai bantuan lagi.
30/07/2025

Alhamdulillah! Masjid Meruntum juga ada di bantu seperti 2 buah penghawa dingin dan pelbagai bantuan lagi.

Masalah gangguan air di Kg Meruntum & sekitar Putatan memang menyesakkan.Ramai yang marah, kecewa, ada yang dah ‘meletup...
28/07/2025

Masalah gangguan air di Kg Meruntum & sekitar Putatan memang menyesakkan.
Ramai yang marah, kecewa, ada yang dah ‘meletup’ — dan kami tak salahkan pun.

📣 Kami di pihak JKKK pun bukan duduk diam. Aduan dah dihantar. Call JANS berkali-kali.
Tangki air? Kita minta tambah.
Tekanan rendah? Kita maklum terus.
Ada yang jemur baju tak basuh, ada yang dapur tak berasap — semua kami tahu. Kami pun rasa juga.

Tapi kami mohon semua sabar sikit lagi…
🤝 Kita akan terus perjuangkan hak penduduk.
🚰 Kita akan terus desak penyelesaian jangka panjang.
💬 Dan ya… kita akan pastikan suara kampung ini tidak tenggelam dengan paip kosong.

Terima kasih warga kampung yang kuat, sabar & tak putus asa.

Kita sokong!
28/07/2025

Kita sokong!

17/07/2025

Sila berhati-hati penduduk kampung masyarakat sekitar.

JANGKAAN HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR SECARA BERSELANG SELIBerdasarkan laporan terkini dari badan pemantau cuaca antaraba...
17/07/2025

JANGKAAN HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR SECARA BERSELANG SELI

Berdasarkan laporan terkini dari badan pemantau cuaca antarabangsa serta pemantauan tempatan, bahawa cuaca di negeri Sabah dijangka tidak stabil sepanjang tempoh 17 hingga 29 Julai 2025.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku secara berselang-seli, khususnya di kawasan Pantai Barat Sabah. Keadaan ini berpunca daripada pembentukan sistem tekanan rendah di Lautan Pasifik yang berpotensi menjadi ribut tropika, disertai angin monsun barat daya yang menguatkan lagi gangguan cuaca ini.

Nasihat dan Peringatan Awam:
1. Elakkan aktiviti luar yang berisiko, terutamanya di kawasan terbuka, sungai dan laut.
2. Nelayan dan komuniti pesisir pantai dinasihatkan memantau keadaan laut dan menangguhkan pelayaran jika perlu.
3. Pemandu kenderaan perlu berhati-hati semasa hujan lebat. Risiko banjir kilat dan jalan licin amat tinggi.
4. Pastikan sistem saliran rumah sentiasa bersih bagi mengelakkan limpahan air.
5. Sentiasa ikuti maklumat rasmi dan amaran cuaca melalui media sahih dan pihak berkuasa tempatan.

Kita semua bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan komuniti. Bersama-sama kita berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semoga Sabah sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Share content dari Biro Alam Sekitar dan Perubahan Iklim PAS Kawasan Putatan

Address

Putatan
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKK Kg Meruntum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share