09/11/2025
TRACK PENDAKIAN GUNUNG HIJAU MAHU DIBALAK?
Laluan track Gunung Hijau yang terletak di Pusing Perak yang dijadikan sebagai tempat aktiviti riadah harian oleh penduduk sekitar dan orang awam lain dikejutkan dengan penemuan cat merah yang berada didalam kawasn track pendakian tersebut. Hasil semakan pada cat merah tersebut oleh para pendaki G.Hijau mendapati terdapat garisan cat merah yang masih lagi baru ditemukan kira-kira hampir 30 meter daripada Chek Point 1. Penemuan kedua kesan tanda cat merah p**a ditemukan kira-kira 200meter sebelum sampai ke puncak.
Boleh dikatakan cat merah tersebut telah menegelingi kawasan track gunung hijau yang selalunya ditanda untuk dibalak!
Apa yang menjadi persoalan-
Adakah bukti penemuan kesan cat merah itu menjadi tanda bahawa kawasan track pendakian Gunung Hijau akan DIBALAK? Selepas terdapat satu kawasan yang berada berdekatan dengan Gunung Hijau SUDAH PUN DIBALAK.
Adakah kali ini Gunung Hijau yang menjadi mangsa?
JIKA KALI INI GUNUNG HIJAU AKAN DIBALAK INI SUDAH MELAMPAU.
Kenapa para penduduk sekitar dan pendaki yang menggunakan track Gunung Hijau tidak diberitahu dan tiada perbincangan atau Notis makluman awal mengatakan kawasan ini hendak dibalak?
Kenapa pihak berwajib yang menjaga hutan seperti Jabatan Hutan tidak menilai kepentingan dan sensitiviti Gunung Hijau yang menjadi kawasan reakrasi masyarakat setempat ini sebelum diluluskan untuk dibalak?
Adakah berlaku salahguna kuasa, penyelewengan atau mata sudah ditutupi dengan wang ringgit oleh tauke balak?
KAMI MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA JIKA KAWASAN TRACK GUNUNG HIJAU AKAN DIGANGU DENGAN AKTIVITI PEMBALAKAN!!
Minta tolong kepada pihak berwajib : WAKIL PENDUDUK, ADUN KAWASAN, JABATAN HUTAN, KERAJAAN NEGERI, SPRM, PDRM, untuk menyiasat dan meneliti jika terdapat berlaku salahguna kuasa atau lain2 hal yang berkaitan kerana ini melibatkan kepentingan orang awam.
*MARI BERSAMA-SAMA KITA SELAMATKAN GUNUNG HIJAU*