Sarawak news links

Sarawak news links BERITA TELUS ,BENAR DAN PAPARAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN,HIBURAN DLL DI SARAWAK

Bila anak² kahwin, siapa paling happy? Mak ayah.Bila anak² kahwin, siapa paling bz? Mak ayah.Bila anak² kahwin, siapa pa...
21/09/2022

Bila anak² kahwin, siapa paling happy? Mak ayah.

Bila anak² kahwin, siapa paling bz? Mak ayah.

Bila anak² kahwin, siapa paling berseri²? Mak ayah.

Bila anak² kahwin, siapa senyum nampak semua gigi? Mak ayah.

Lepas seorang demi seorang anak kahwin, sampai semua dah kahwin, sebenarnya mak ayah makin sunyi. Tiada lagi kawan bergaduh, tiada lagi kawan sentap, tiada lagi kawan masak megi malam², tiada lagi kawan berebut remote tv, tiada lagi anak yg melambainya ketika pergi.

Apabila anak² berkahwin, mak ayah rasa ahli keluarga bertambah. Tanpa mereka sedar sebenarnya ahli keluarga semakin berkurang. Mereka akhirnya tinggal berdua.

Kpd yg masih ada mak ayah, walau tak ngam, selalulah jenguk mak ayah. Bagi mereka rasa, mereka masih sama penting pada kita mcm dulu, masa mereka rotan kita kalau buat salah, masa makan sama² dgn mereka, walaupun kita dah ada keluarga sendiri.

Begitulah resam dunia. Hari ini kita tinggalkan mak ayah yg hidup dgn kita sejak kita lahir ke dunia, utk hidup dgn keluarga sendiri, utk hidup dgn seorang yg kita mungkin baru kenal setahun, dua tahun, enam tahun. Satu hari nanti, anak² kita tinggalkan kita utk hidup bersama keluarga mereka sendiri.

Kredit: Fadrizal Radzali

04/08/2022
Salam Takziah kepada semua Ahli Keluarga mendiang James Jacob Selat untuk berita yg amat mendukacitakan kita semua awal ...
24/07/2022

Salam Takziah kepada semua Ahli Keluarga mendiang James Jacob Selat untuk berita yg amat mendukacitakan kita semua awal pagi tadi.

Beliau Yang cukup popular dengan lagu "MENANTU KAYA PETURUN RAJA" , "VANESSA" & "PENGUJUNG PENGERINDU" kini telah meninggalkan Kita buat selamanya.

Dikhabarkan jenazah beliau akan dikebumikan pada SELASA , 26 Julai 2022 (Lusa) dengan prosedur kesihatan Di kampung halamannya sendiri.Kampung Merang Baru Serian.Dikhabarkan juga Jenazah beliau tidak dibawa balik ke rumah buat masa ini sehingga Hari pengebumian.

THANKS JAMES kerana pernah menyerikan Industri Musik IBAN yg cukup menambat hati Kami sebagai peminat Di seluruh pelusuk Sarawak Bumi Kenyalang !

Antara Yang hadir utk memberi penghormatan terakhir Dan suasana perkarangan rumah mendiang saat ini..

Sekali lagi , SALAM TAKZIAH..semoga tenang Di alam baru.

Minta tolong pihak berkaitan mengambil tindakan segera.. Jambatan yang merupakan akses utama untuk guru2 turun mengajar ...
10/07/2022

Minta tolong pihak berkaitan mengambil tindakan segera.. Jambatan yang merupakan akses utama untuk guru2 turun mengajar di SK Muhibbah, Seberang Pending dan laluan orang kampung untuk pergi berkerja di seberang setiap hari telah runtuh.. Hal ini akan menyukarkan guru2 untuk turun mengajar mendidik anak bangsa kampung Muhibbah serta penduduk kampung untuk mencari rezeki... Minta tolong Share yang semua rakan2 fb ney tauk dgn kuasa viral lebih mempercepatkan lagi tindakan. TQVM..

Awas Scammer..Mereka akan meminta bayaran wang proses kononnya kos stamping cukai...Selepas itu mereka mengeluarkan slip...
09/07/2022

Awas Scammer..Mereka akan meminta bayaran wang proses kononnya kos stamping cukai...Selepas itu mereka mengeluarkan slip bayaran LHDN,Mereka akan memanggil semula samada wang sudah masuk atau belum..Kemudian meminta kita masukkan sejumlah rm3ribu ke dalam akaun kita untuk clearance cek tersebut katanya..

Pelik Tulis Melanyan Banking
Pelik Tulis Maybank.com

Untuk makluman Bank Tidak Pernah meminta bayaran atas setiap kali kita meminjam wang dari Pihak Bank...Segala Urusan Berkaitan interest semua akan ditolak dari jumlah Pinjaman..Jika ada yang meminta seperti contoh di gambar mereka adalah scammer...Mohon Berhati-hati terutama yang terdesak..Jika serius ingin membuat pinjaman boleh terus pergi ke mana² Cawangan Bank....

23/05/2022

Stanby Nyalut Air

MOHON KERAJAAN SARAWAK TANGGUHKAN SEMENTARA KEMASUKAN WARGANEGARA BRUNEI KE WILAYAH SARAWAK BAIK MELALUI JALAN DARAT UDA...
15/05/2022

MOHON KERAJAAN SARAWAK TANGGUHKAN SEMENTARA KEMASUKAN WARGANEGARA BRUNEI KE WILAYAH SARAWAK BAIK MELALUI JALAN DARAT UDARA DAN LAUT..

IA LANJUTAN DARI KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT KITA KHUSUSNYA LIMBANG,LAWAS DAN MIRI BEGITU JUGA DENGAN RAKYAT KITA YANG INGIN PULANG KE NEGERI SABAH YANG INGIN RENTAS YANG TERPAKSA MELALUI JALAN DARAT MERENTASI NEGARA BRUNEI..

MOHON SEGERAKAN JALAN DARAT TANPA MELALUI BRUNEI

KUCHING – Syarikat W.Z Smart Enterprise memperuntukkan RM3,000 bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (...
25/04/2022

KUCHING – Syarikat W.Z Smart Enterprise memperuntukkan RM3,000 bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengurus Irwan Zaini berkata, antara program CSR itu adalah agihan bubur lambuk, sumbangan kepada asnaf serta keluarga kurang berkemampuan.

“Ini merupakan antara usaha syarikat untuk mendekati masyarakat pelbagai peringkat khususnya mereka yang memerlukan. Kita percaya program CSR dilaksanakan W.Z Smart Enterprise mampu memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan 500 bekas bubur lambuk di hadapan Baazar Ramadhan Mydin Semariang di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Irwan Zaini berkata, program agihan bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan W.Z Smart Enterprise bersama 5 Syarikat yang diadakan sejak 2019 penduduk sekitarnya.

Kami harap, acara tahunan ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli juadah atau tidak berkesempatan menyediakan makanan berbuka puasa menikmati makanan sinonim dengan bulan puasa ini.

Semoga langkah ini mengekalkan amalan pengagihan bubur lambuk di sekitar kawasan masjid sekali gus dapat menyuburkan jalinan kerjasama dan ikatan silaturahim antara W.Z Smart Enterprise sendiri dan masyarakat sekeliling,” katanya.

-TAMAT-

BERTAHUN MENUNGGU,PEMBELI TERUS TERTEKAN RUMAH TAK SIAP TAPI POTONGAN/BAYARAN RUMAH TETAP BERJALANTahun ke tahun tunggu,...
08/04/2022

BERTAHUN MENUNGGU,PEMBELI TERUS TERTEKAN RUMAH TAK SIAP TAPI POTONGAN/BAYARAN RUMAH TETAP BERJALAN

Tahun ke tahun tunggu, entah bilalah nak siap dan dapat tinggal di rumah sendiri. Ingatkan boleh beraya di rumah sendiri, tapi masih lagi seperti ini. Dah macam perumahan hantu.

Bayar tetap bayar, mana hak kami.
Harap ada tindakan Ismail Sabri Yaakob Abang Johari Abang Open A Rahman Junaidi Dr Sim Kui Hian

Nak kata terbengkalai, tapi kami tetap bayar tiap bulan. Kesian ada yang masih bayar rumah sewa dan kena bayar rumah ‘hantu’ ini juga setiap bulan. Moga hak kami terbela, moga pemimpin kami juga mengambil tahu dan mengambil tindakan.

Salam Ramadan, moga ada sirna ramadan ini buat kami semua. Amiin...

Alif Afzal

"AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN"Selamat Menyambut Ramadhan 1443H kepada Seluruh Umat Islam di dunia ❤Semoga bulan Ramadhan ...
02/04/2022

"AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN"
Selamat Menyambut Ramadhan 1443H kepada Seluruh Umat Islam di dunia ❤
Semoga bulan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan membawa keberkatan serta seribu kebaikan kepada kita semua. In sha Allah, Amin Ya Raab Alamin.

Tahniah Anak Sarawak atas penganugerahan Favourite Kek Lapis dalam Asean Food Travel Award yang disampaikan oleh YB Dato...
31/03/2022

Tahniah Anak Sarawak atas penganugerahan Favourite Kek Lapis dalam Asean Food Travel Award yang disampaikan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri,Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 31/03/2022

Tahniah Aufa Kek Lapis Sarawak HQ

30/03/2022

Sejarah UiTM ini juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi. Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wjaar dibuat oleh mana-mana pihak.

20/03/2022
Stesen Petros Darul Hana, Petrajaya memulakan operasi hari iniKUCHING: Stesen bahan api pelbagai jenis bersepadu pertama...
20/03/2022

Stesen Petros Darul Hana, Petrajaya memulakan operasi hari ini

KUCHING: Stesen bahan api pelbagai jenis bersepadu pertama di Malaysia telah memulakan operasinya di Darul Hana, Petrajaya, di sini hari ini.

Stesen bahan api pelbagai jenis tersebut dijangka dapat meminimumkan penggunaan tenaga kerja selain dipacu sistem internet, termasuk sensor automatik, analisis data dan pembayaran tanpa tunai melalui platform SarawakPay.

Sementara itu, stesen tersebut turut direka bentuk untuk khidmat pengecasan elektrik pengisian bahan api hidrogen apabila penggunaan bateri dan kenderaan menggunakan kenderaan bateri dan fuel cell meningkat kelak.

Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia mewujudkan stesen pelbagai bahan bakar dengan menyediakan bahan bakar konvensional, tempat mengecas kenderaan elektrik dan juga tempat pengisian bahan bakar hidrogen.

Di samping itu, stesen lain Petros juga sedang dirancang untuk dibina di Perbandaran Baru Batu Kawah, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Untuk rekod, ia telah dibina oleh SEDC Energy yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan akan dikendalikan oleh Petros, syarikat dimiliki oleh Kerajaan Sarawak.

Gambar kredit FB Jonathan Ding

-tamat-

Terkini dan Rasmi ‼️Tahniah Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan di Johor selepas memenangi lebih 50% majoriti.
12/03/2022

Terkini dan Rasmi ‼️

Tahniah Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan di Johor selepas memenangi lebih 50% majoriti.

𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗧𝗨𝗟𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚Pada 7hb March 2022 ,pihak polis telah menerima satu aduan ber...
11/03/2022

𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗧𝗨𝗟𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

Pada 7hb March 2022 ,pihak polis telah menerima satu aduan berkenaan kehilangan seorang kanak2 lelaki berbangsa cina berusia 4 tahun 9 bulan.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah taman perumahan di Jln Daya Bintawa Kuching.

Berhubung dgn kejadian ini , pihak polis telah membuka dua kertas siasatan iaitu satu kertas satu kertas siasatan orang hilang dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Siasatan terhadap aspek kecuaian dan pengabaian terhadap penjaga kanak-kanak terbabit.

Dalam kes ini , pihak polis telah membuat 4 tangkapan iaitu 2 lelaki dan 2 wanita warga tempatan lingkungan umur 24 tahun hingga 49 tahun bagi membantu siasatan.

Hasil semakan rekod lampau ,kesemua saspek mempunyai 17 rekod jenayah 14 kesalahan dadah ,2 jenayah harta benda dan satu jenayah komersial.

Hasil ujian saringan urine mendapati kesemua saspek adalah positif dadah jenis syabu.

Kesemua saspek akan dihadapkan ke mahkamah Majistret Kuching utk permohonan reman dan soal siasat lanjut akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Dalam masa yg sama, pihak polis telah menubuhkan satu Pasukan Khas bagi memperluaskan usaha pencarian. Jesteru itu, pihak Polis menyarankan orang ramai utk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan kanak2 tersebut di mana2 Balai Polis berhampiran atau terus menghubungi pegawai penyiasat Insp. Hasmah Binti Abdul Jalil di talian 0136852210

𝗔𝗖𝗣 𝗔𝗛𝗦𝗠𝗢𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗔𝗛
𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

11 MAC 2022

TOLONG BANTU KESAN ANAK HILANG 𝗜𝗯𝘂 𝗿𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴KUCHING :Seorang ibu  meminta bantuan orang ramai untuk ...
09/03/2022

TOLONG BANTU KESAN ANAK HILANG

𝗜𝗯𝘂 𝗿𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴

KUCHING :Seorang ibu meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai anaknya Eric Chang Wei Jie, 4 tahun 9 bulan yang dilaporkan hilang pagi Isnin lalu.

Laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut, Dynasty Chang Ka Hui, 25, di Balai Polis Bintawa sekitar jam 7.42 malam pada hari yang sama.

Menurut Dynasty, dia menyedari kehilangan anaknya sekitar jam 9.15 pagi bertempat di Bintawa Village.

Dia menerima panggilan daripada penjaga kanak-kanak itu yang memaklumkan anak lelakinya Eric telah hilang.

Selepas menerima berita kehilangan anaknya itu, dia berusaha mencari di kawasan tersebut, namun gagal dijumpai.

Ciri fizikal kanak-kanak tersebut adalah berambut pendek lurus dengan kulit berwarna kuning langsat.

Berikutan itu, dia tampil membuat laporan polis.

Dalam sidang media di pejabat SUPP Pending hari ini, wanita yang sedang mengandung tujuh bulan itu berkata suaminya, Lee F**k Chuan, 32 cedera di kaki akibat satu kemalangan.

Hadir sama pemimpin SUPP Pending, Milton Foo dan ketua masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi Eric boleh menghubungi ibunya di talian 011-27818688, ayah 011-17818573 atau menyerahkan kepada balai polis berhampiran.

Address

Pusa

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak news links posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sarawak news links:

Share