PWB Dun Jeram-N12

PWB Dun Jeram-N12 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PWB Dun Jeram-N12, Nonprofit Organization, Pejabat Penyelaras Dun JeramNO. 3-A, TINGKAT 1 LORONG NALURI SUKMA B, 8/B, SEKSYEN 8, Seksyen 8, Puncak Alam.

PWB (Pusat Wanita Berdaya) merupakan organisasi di bentuk oleh Kerajaan Selangor bagi memperkasa dan memberdaya golongan wanita di Selangor tanpa mengira kaum, agama & fahaman politik.

✨ GEMA SELAWAT WANITA SELANGOR 2026 ✨Ayuh seluruh wanita di Selangor! Kita bersatu hati memuji dan mengagungkan Baginda ...
12/08/2026

✨ GEMA SELAWAT WANITA SELANGOR 2026 ✨
Ayuh seluruh wanita di Selangor! Kita bersatu hati memuji dan mengagungkan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam Majlis 10,000 Wanita Selangor Berselawat sempena Maulidur Rasul SAW.πŸ—“ Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)⏰
Masa: 7.00 Malam – 11.00 Malam
πŸ•Œ Tempat: Masjid Negeri Shah Alam
🎟 Penyertaan: PERCUMA!

Sediakan jiwa dan hadirkan diri bersama keluarga serta rakan-rakan.Nota: Peserta digalakkan untuk makan terlebih dahulu sebelum majlis bermula.Scan kod QR pada poster sekarang untuk mendaftar! Salurkan kasih kita kepada Rasulullah SAW. πŸ’–

04/08/2026
30/07/2026

🚨 MASIH MENCARI KERJA? BARU KEHILANGAN PEKERJAAN? ATAU NAK CARI PELUANG KERJAYA YANG LEBIH BAIK?

Ribuan peluang, satu destinasi! πŸš€

Mega JobCare Selangor 2026 Bersama MYFutureJobs kembali menghimpunkan lebih 100 majikan dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan yang menanti anda!⭐

Sama ada anda graduan baharu, sedang mencari pekerjaan, ingin bertukar kerjaya atau kembali memasuki alam pekerjaan, inilah destinasi terbaik untuk menemui peluang kerjaya bersama syarikat-syarikat terkemuka.

πŸ“… 8 & 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ•˜ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Shah Alam Convention Centre (SACC)

πŸ“ Pra-Daftar Sekarang!
https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=NzM0OA==

🎁 INSENTIF KHAS DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

πŸ’° RM50 Kredit Touch 'n Go eWallet – Insentif Bantuan Kehilangan Kerja

Khas untuk 1,000 pencari kerja terawal yang kehilangan pekerjaan atau merupakan penerima faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

βœ… Mohon sekurang-kurangnya tiga (3) jawatan semasa program dan penuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Tertakluk kepada syarat dan terma.

πŸ’° RM10 Kredit Touch 'n Go eWallet – Insentif Jelajah Kerjaya Selangor

2,200 pengunjung terawal yang hadir ke program ini turut berpeluang menerima kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM10. Tertakluk kepada syarat dan terma.

πŸ’Ό LEBIH DARIPADA SEKADAR MENCARI PEKERJAAN! - Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan menanti anda:

βœ… Temu duga secara terus & Same Day Hiring
βœ… Job Matching melalui MYFutureJobs
βœ… Semakan resume & kaunseling kerjaya secara percuma
βœ… MYFutureJobs On-The-Go & Interactive Career Exploration Board (MyCEC Light)
βœ… Program Transisi Kerjaya PLATS & semakan kelayakan penyertaan
βœ… Generative AI Employability Masterclass
βœ… Sesi Pocket Talk dengan pelbagai topik kerjaya dan pembangunan diri
βœ… Saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian & kempen derma darah
βœ… Kaunter bergerak agensi kerajaan & pelbagai perkhidmatan sokongan
βœ… Foodtrucks PLATS & Jualan Rumpun Selangor πŸ”πŸ›οΈ

πŸš€ BERMINAT MENJADI USAHAWAN?

Jangan lepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai Program TRANSISI KERJAYA PLATS, satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang membantu individu kehilangan pekerjaan atau mereka yang ingin beralih kerjaya untuk memulakan perniagaan melalui bimbingan, sokongan dan peluang pembangunan keusahawanan.

πŸ“„ Resume dah siap?
πŸ‘” Penampilan dah mantap?
πŸ’Ό Keyakinan pun dah ada?

Kini tiba masanya untuk buktikan kemampuan anda!

πŸ”₯ Kini masa untuk melangkah lebih jauh. Temui kerjaya impian anda di Mega JobCare Selangor 2026!

Datang awal, temui majikan pilihan anda dan jadilah antara penerima insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

πŸ“ Jumpa anda di Mega JobCare Selangor 2026 Bersama MYFutureJobs!

✨ Alhamdulillah, Bengkel Roti Rezeki bersama Chef Nora telah berlangsung dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan dan ...
17/07/2026

✨ Alhamdulillah, Bengkel Roti Rezeki bersama Chef Nora telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Chef Nora atas perkongsian ilmu serta tunjuk ajar yang begitu bermanfaat. Terima kasih juga kepada Tn. Aman (SU Taman Pekerti) yang sudi meluangkan masa menziarahi dan memberi sokongan kepada program kami.

Penghargaan turut diberikan kepada semua peserta yang hadir dengan penuh semangat. Semoga segala ilmu yang dikongsikan hari ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi asbab untuk menambah kemahiran serta membuka pintu rezeki yang lebih luas.

β€œIlmu yang dipelajari, kemahiran yang diasah, semoga menjadi rezeki yang berpanjangan.” 🀲🍞




Alhamdulillah, Program Gaya Hidup Sihat Bersama Zin Faizah anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Jeram telah berlangsun...
10/07/2026

Alhamdulillah, Program Gaya Hidup Sihat Bersama Zin Faizah anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Jeram telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk Tambak Jawa dan sekitar Jeram yang telah meluangkan masa menyertai program ini dengan penuh semangat dan komitmen.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada:
🌹 Cik Zai daripada Wanita Berdaya Selangor (WBS) atas kesudian hadir dan memberikan sokongan.
🌹 Puan Raudah daripada UPEN Selangor atas kehadiran dan sokongan yang amat bermakna.
🌹 Encik Azri selaku JPKKP Tambak Jawa atas kerjasama dan bantuan dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam komuniti.

Terima kasih atas sokongan semua. Jumpa lagi dalam program akan datang! πŸ’–



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. 🌸

πŸ₯– PANGGILAN KEUSAHAWANAN & KEMAHIRAN: BENGKEL ROTI REZEKI!πŸ₯–(Anjuran PWB DUN Jeram – "Wanita Berdaya, Wanita Berdikari")B...
07/07/2026

πŸ₯– PANGGILAN KEUSAHAWANAN & KEMAHIRAN: BENGKEL ROTI REZEKI!πŸ₯–
(Anjuran PWB DUN Jeram – "Wanita Berdaya, Wanita Berdikari")

Berminat untuk belajar kemahiran membuat roti segar dan menambah pendapatan sampingan keluarga?
Sertai kami dalam program Dapur Komuniti khas untuk warga tempatan!
πŸ“… Tarikh: 17 Julai 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 2:30 Petang
πŸ“ Lokasi: Balai Masyarakat Taman Pekerti
🎟️ Yuran: PERCUMA (Terhad kepada 30 peserta terawal sahaja!)
πŸ‘‰ Daftar Segera Melalui Pautan: https://forms.gle/P9P6e5daZoL832v67
πŸ“ž Pertanyaan lanjut, hubungi:Pn Dahlia: 012-313 2084 /Pn Ju 019-373 2703

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tempat adalah sangat terhad

Alhamdulillah, Program Hak Wanita Dalam Pewarisan Harta telah berlangsung dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan dan...
14/06/2026

Alhamdulillah, Program Hak Wanita Dalam Pewarisan Harta telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Suriana Bohari, Penceramah Bertauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Penghargaan khas juga kepada Datin Salasiah, Pengusaha Wasalfa Rest House Sg Sembilang, atas kerjasama dan kesudian menyediakan lokasi program yang selesa.

Terima kasih turut dirakamkan kepada Penyelaras DUN Jeram dan WBS, atas sokongan padu dan bantuan serta komitmen dalam memastikan kelancaran program ini.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan menjadi panduan kepada semua peserta.



-N12

Ikhlas daripada:
Penyelia PWB DUN Jeram & Barisan Ahli Jawatankuasa Program ✨

🌸 JOM SERTAI PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA COACH FAIZAH! 🌸Wanita hebat bukan sahaja bijak mengurus keluarga, malah me...
07/06/2026

🌸 JOM SERTAI PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA COACH FAIZAH! 🌸

Wanita hebat bukan sahaja bijak mengurus keluarga, malah menjaga kesihatan diri agar terus cergas, bertenaga dan berkeyakinan. πŸ’ͺ✨

PWB DUN Jeram menjemput semua wanita menyertai program β€œGaya Hidup Sihat bersama Coach Faizah” yang bakal menampilkan sesi Zumba Ceria serta Demo Makanan Sihat yang mudah diamalkan dalam kehidupan seharian.

πŸ₯— Pelajari tip pemakanan sihat
πŸ’ƒ Bersenam sambil bergembira bersama rakan-rakan
❀️ Tingkatkan kecergasan dan kesejahteraan diri
🎁 Penyertaan adalah PERCUMA

πŸ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi
πŸ“ Lokasi: Padang Futsal Tambak Jawa

⚠️ Tempat adalah TERHAD!
Jangan tunggu saat akhir kerana penyertaan akan ditutup apabila kuota dipenuhi.

πŸ“ Daftar sekarang:
https://forms.gle/Gkzr6sZBk7vHJnL76

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Pn Dahlia : 012-313 2084
Pn Nora : 012-671 9458

🌺 Kesihatan adalah aset paling berharga. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri kerana wanita yang sihat mampu membina keluarga dan komuniti yang lebih kuat.

🌸✨ HAK WANITA DALAM PEWARISAN HARTA ✨🌸Tahukah anda ramai wanita masih tidak mengetahui hak sebenar mereka dalam urusan p...
07/06/2026

🌸✨ HAK WANITA DALAM PEWARISAN HARTA ✨🌸

Tahukah anda ramai wanita masih tidak mengetahui hak sebenar mereka dalam urusan pewarisan harta?

Ada yang kehilangan hak, terlepas tuntutan yang sepatutnya diterima, malah ada yang berdepan kesukaran kerana kurang pendedahan tentang perkara ini.

πŸ“’ PWB DUN Jeram menjemput semua wanita untuk menyertai sesi perkongsian khas:

πŸ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ• 2.30 petang – 5.30 petang
πŸ“ Dewan Wasalfa, Sungai Sembilang

🌷 Ilmu ini bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk masa depan anak-anak dan keluarga.

🎟️ PERCUMA untuk wanita
⚠️ Tempat adalah terhad!
πŸ“ Daftar segera di: https://forms.gle/rSAjjm9m89jyATpk7

πŸ“ž Pertanyaan:
Pn Dahlia β€” 012-313 2084
Pn Nora β€” 012-671 9458

"Ilmu harta pusaka bukan hanya untuk mereka yang berharta, tetapi untuk setiap wanita yang ingin menjaga hak dirinya dan keluarganya." πŸ’œπŸŒΈ

Alhamdulillah, Program Sumbangan Kasih Ibu Tunggal PWB DUN JERAM : Menyantuni Ibu Tunggal telah selesai diadakan di Perk...
25/05/2026

Alhamdulillah, Program Sumbangan Kasih Ibu Tunggal PWB DUN JERAM : Menyantuni Ibu Tunggal telah selesai diadakan di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN JERAM

Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyantuni golongan ibu tunggal di kawasan DUN JERAM melalui penyampaian sumbangan bagi membantu meringankan beban serta memberi sokongan dan keceriaan kepada para penerima.

Majlis penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Penyelaras DUN JERAM, Dato Hj Jahaya Ibrahim.Selain itu Penyelaras DUN JERAM turut menyerahkan sumbangan BTS (MBI) kepada semua penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan keprihatinan yang dihulurkan dapat memberi manfaat, mengeratkan silaturahim serta membawa kegembiraan kepada para penerima.





Address

Pejabat Penyelaras Dun JeramNO. 3-A, TINGKAT 1 LORONG NALURI SUKMA B, 8/B, SEKSYEN 8, Seksyen 8
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PWB Dun Jeram-N12 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PWB Dun Jeram-N12:

Shortcuts

Share