14/06/2026
TERIMA KASIH TV3 BULETIN UTAMA Buletin TV3
Tourette Association of Malaysia (TAM) Tourette Association of Malaysia (TAM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TV3, khususnya wartawan Cik Zairain Azmira serta jurukamera dan kru produksi yang telah memberi ruang kepada komuniti Tourette untuk berkongsi kisah, cabaran dan realiti kehidupan sebenar penghidap Sindrom Tourette di Malaysia.
Laporan khas sempena Bulan Kesedaran Tourette (15 Mei – 15 Jun) ini menampilkan pandangan daripada:
1. Tuan Mohd Subri Safar Mohd, Pengerusi TAM.
2. Dr. Sofiah Ali, Pakar Pediatrik dan Pakar Neurologi Pediatrik, Subang Jaya Medical Centre, juga Penasihat Pakar TAM
3. Marcus Chua Han Son
4. Faiz Mardhiman, Pejuang Tourette
Melalui laporan ini, masyarakat dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai Sindrom Tourette, termasuk pengenalan kepada keadaan neurologi ini, simptom-simptom yang dialami, tahap kesedaran masyarakat serta cabaran dan stigma yang masih dihadapi oleh para penghidap dan keluarga mereka.
TAM percaya media memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik masyarakat dan membantu menghapuskan salah faham terhadap Sindrom Tourette.
Semoga perkongsian ini dapat membuka lebih banyak mata dan hati rakyat Malaysia untuk memahami bahawa Tourette bukanlah satu pilihan, bukan salah didikan ibu bapa, dan bukan alasan untuk seseorang dipinggirkan.
Fahami Tourette Syndrome.
Hentikan Stigma.
Sokong Pejuang Tourette.