Wanita IKRAM Kuala Selangor

Directions Contact the organization

Wanita IKRAM Kuala Selangor Wanita Ikram Kuala Selangor. NGO

💚 PENGALAMAN HIDUP DIDENGARI: SUARA SEBENAR, PERUBAHAN SEBENAR 💚Adakah kita menjaga kesihatan mental, sama seperti kita ...
11/10/2026

💚 PENGALAMAN HIDUP DIDENGARI: SUARA SEBENAR, PERUBAHAN SEBENAR 💚

Adakah kita menjaga kesihatan mental, sama seperti kita menjaga kesihatan fizikal? Mari fikirkan..

Tidak mengapa untuk berasa sedih, penat atau tertekan. Kita tidak perlu sentiasa kuat, dan kita tidak perlu menghadapi semuanya seorang diri.

🌻 Ingatlah:
💚 Luangkan masa untuk diri sendiri.
💚 Berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai.
💚 Belajar menghargai diri dan menerima ketidaksempurnaan.
💚 Jangan takut untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

**Meminta bantuan bukan tanda kelemahan, tetapi tanda keberanian.**

Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih prihatin, memahami dan menyokong antara satu sama lain.


🌿 HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 - 10 OKTOBER 2026
“Pengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar.”

Setiap insan melalui perjalanan hidup yang berbeza. Ada kisah yang mudah diceritakan, ada juga yang tersimpan jauh di dalam hati.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama membina ruang yang selamat untuk mendengar, memahami dan menghargai pengalaman hidup setiap insan, khususnya mereka yang mungkin sedang berdepan cabaran kesihatan mental.

Kadangkala, satu pendengaran yang ikhlas mampu menjadi titik mula kepada perubahan. 🤍
Ayuh kita:
🌱 Berani bersuara dan berkongsi pengalaman.
🌱 Sedia mendengar tanpa menghakimi.
🌱 Saling menyokong dalam menghadapi cabaran.
🌱 Bersama membina masyarakat yang lebih prihatin dan cakna terhadap kesihatan mental.
🌱Berani dapatkan bantuan untuk kualiti hidup yang lebih baik.

Kerana setiap suara penting, setiap pengalaman berharga, dan setiap insan berhak untuk didengari.

Allahummaghfirlaha warhamha wa’afiha wa’fuanha🤲🏻
28/09/2026

Allahummaghfirlaha warhamha wa’afiha wa’fuanha🤲🏻

SALAM TAKZIAH

Wanita IKRAM Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Almarhumah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, melimpahkan rahmatNya ke atas roh beliau serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Kami turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah.

22/09/2026
“Salimul Aqidah” : Aqidah yang Sejahtera.Tajuk yang menjadi pilihan bagi Jilsah Ruhiyyah Akhawat IKRAM Kuala Selangor pa...
22/09/2026

“Salimul Aqidah” : Aqidah yang Sejahtera.

Tajuk yang menjadi pilihan bagi Jilsah Ruhiyyah Akhawat IKRAM Kuala Selangor pada kali ini.

Program yang telah diadakan pada 20 September 2026 (hari Ahad) ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta. Bertempat di kediaman Muallimah Asiah Mohd Shahar di Jeram, program telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Perjalanan aktiviti program adalah seperti berikut:
✳️ Pendaftaran, sarapan dan solat Dhuha
✳️ Tilawah Al Quran dan tadabbur: surah An-Nazi’at ayat 1-14
✳️ Pengisian utama Aqidah yang Sejahtera oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Shahar.
✳️ Aktiviti Kumpulan: Lumba Teroka
✳️ Penutup, berkemas dan bersurai

Alhamdulillah, para peserta dapat memperkukuh kefahaman masing-masing tentang perkara yang paling asas dalam Islam, iaitu Aqidah yang sahih. Peserta juga diuji kecergasan dan kecerdasannya melalui aktiviti Lumba Teroka, di mana mereka perlu mencari dan menyelesaikan lima tugasan yang telah disediakan secara berkumpulan. Hadiah berupa hamper telah disampaikan kepada kumpulan yang memenangi tempat pertama hingga ketiga.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang hadir menjayakan program ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua, dan semoga berjumpa lagi di program yang akan datang.



Satu lagi aktiviti, anjuran bersama Hamlatul Quran Bukit Badong dan Wanita IKRAM Kuala Selangor. Alhamdulillah.Semoga pr...
12/09/2026

Satu lagi aktiviti, anjuran bersama Hamlatul Quran Bukit Badong dan Wanita IKRAM Kuala Selangor. Alhamdulillah.

Semoga program ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W., meneladani sunnah dan akhlak baginda dalam kehidupan, dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi di bumi Malaysia yang tercinta.

Alhamdulillah, antara aktiviti Wanita Ikram Kuala Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan Malaysia...
12/09/2026

Alhamdulillah, antara aktiviti Wanita Ikram Kuala Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan Malaysia yang lepas.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Wanita Ikram Kuala Selangor.
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Wanita Ikram Kuala Selangor.

🌿 MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW. Tapi lebih daripada itu. Ia adalah ruang untuk kita kembali bermuhasabah, sejauh mana ajaran, sunnah dan akhlak Baginda benar-benar hidup dalam diri kita?

Rasulullah SAW membina sebuah masyarakat dengan kasih sayang, keadilan, amanah, persaudaraan dan akhlak yang mulia. Baginda menunjukkan bahawa kemajuan sesebuah masyarakat bukan hanya terletak pada pembangunan yang hebat, tetapi pada nilai kemanusiaan dan akhlak yang subur dalam jiwa setiap insan.

Inilah semangat MADANI yang perlu dihayati untuk membina masyarakat yang bukan sahaja maju, tetapi beradab, saling menghormati, prihatin dan menjunjung nilai kemanusiaan.

Kerana keberkatan sebuah ummah tidak lahir daripada kesempurnaan tanpa kekurangan, tetapi daripada kesungguhan untuk sentiasa memperbaiki diri dan kembali kepada jalan yang ditunjukkan Rasulullah SAW.

Maka, sempena Maulidur Rasul 1448H/2026M, marilah kita memperbanyakkan selawat dan menghidupkan sunnah Baginda bukan sekadar pada kata-kata, tetapi melalui akhlak dan kehidupan kita.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW melahirkan perubahan dalam diri, menyuburkan kasih dalam keluarga, mengeratkan persaudaraan dalam masyarakat dan akhirnya membawa keberkatan kepada seluruh ummah. 🤍

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M.

Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman
Ketua Wanita IKRAM Pusat

🌿 MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.



🤖 KURSUS AI: PENGGUNAAN AI DALAM MEDIA SOSIALSharing SessionIngin belajar bagaimana teknologi Artificial Intelligence (A...
14/08/2026

🤖 KURSUS AI: PENGGUNAAN AI DALAM MEDIA SOSIAL
Sharing Session

Ingin belajar bagaimana teknologi Artificial Intelligence (AI) boleh membantu menghasilkan kandungan media sosial dengan lebih pantas, menarik dan berkualiti?

Jom sertai sesi perkongsian yang santai dan praktikal ini!

📅 Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Pejabat IKRAM Kuala Selangor

💡 Antara yang akan dipelajari:
✅ AI Video Generation
✅ AI Image Generation
✅ Menggabungkan hasil AI menggunakan CapCut

🥐 Sarapan disediakan

👨🏻‍🏫 Penyampai:
M.Ridzuan
Media IKRAM Kuala Selangor
AI Enthusiast

💰 Yuran Penyertaan
• Ahli IKRAM : RM10
• Bukan Ahli : RM15

Daftar Sekarang
https://ecourse.bcl.my/form/aiforsocmed

✨ Sebarkan kebaikan melalui teknologi.

🌿 Nak Faham Al-Quran, Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana?Ramai yang boleh membaca Al-Quran, tetapi masih tertanya-tanya ba...
31/07/2026

🌿 Nak Faham Al-Quran, Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana?

Ramai yang boleh membaca Al-Quran, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana untuk benar-benar memahami mesej Allah dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.

✨ Jom sertai Kelas Online Mingguan: Cara Mudah Faham Al-Quran (CMFAQ)

Melalui kaedah yang mudah dan praktikal, anda akan dibimbing untuk:
📖 Membaca ayat Al-Quran dengan lebih bermakna.
💡 Mengenal peringatan Allah di sebalik setiap ayat.
🌱 Mentadabbur isi kandungan Al-Quran.
🤲 Mengubah kefahaman kepada tindakan dalam kehidupan.

🗓 Setiap Jumaat
🕒 3.00 PM – 4.00 PM
💻 Platform: Zoom
💫 Penyampai: Graduan TOTIQ (Training of Trainers Interaksi Quran)
💝 Penyertaan adalah PERCUMA!

Tak kira anda baru bermula atau sudah lama membaca Al-Quran, kelas ini sesuai untuk semua yang ingin lebih dekat dengan kalam Allah.

📲 Jom sertai Group WhatsApp CMFAQ sekarang!
https://chat.whatsapp.com/KtdtZYFmYn8FguUqzZZrci?s=cl&p=i&mlu=0

🔗 Link Zoom akan diberikan di dalam Group WhatsApp.

🌸 Ayuh, luangkan hanya 1 jam seminggu untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan Al-Quran. Semoga setiap langkah kita mendekati Al-Quran menjadi asbab hidayah dan keberkatan hidup.

Anjuran bersama:
~ ARafeeQ Learning Resources
~ Wanita IKRAM Kuala Selangor
~ Rumah Ngaji Amazing Rafeeqatul Quran (ARafeeQ)

Address

Jalan Puncak Niaga Bestari 7
Puncak Alam
42300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita IKRAM Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita IKRAM Kuala Selangor:

Shortcuts

Share