Purnama 99

Purnama 99 PERTUBUHAN AMAL DAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT KERAJAAN KELANTAN DARULNAIM (PURNAMA 99)

23/09/2026

MESYUARAT AJK PURNAMA KALI KE 4.๐Ÿ“… 23 September 2026 (RABU)โฐ 2.30 petang๐Ÿ“Œ Rumah PURNAMA, Kota BharuMesyuarat telah dipeng...
23/09/2026

MESYUARAT AJK PURNAMA KALI KE 4.

๐Ÿ“… 23 September 2026 (RABU)
โฐ 2.30 petang
๐Ÿ“Œ Rumah PURNAMA, Kota Bharu

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YABhg. Datin Panglima Perang Datin Hajah Wan Nor Hanita Wan Yaacob, YDP PURNAMA.

Ianya dihadiri oleh hampir keseluruhan ahli jawatankuasa PURNAMA.

Antara perkara yang menjadi tumpuan perbincangan adalah berkaitan perancangan dan pelaksanaan Program Mukhayyam PURNAMA 2026.
Di samping membincangkan beberapa perkara lain yang berkaitan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Semoga segala perancangan dan agenda yang telah disusun dipermudahkan Allah, dilancarkan setiap urusan serta dikurniakan keberkatan dalam setiap langkah yang diatur. Semoga segala usaha yang digerakkan menjadi asbab manfaat, mengeratkan ukhuwwah dan membawa kebaikan buat seluruh ahli PURNAMA.


ุฅู†ูŽุง ู„ูู„ู‘ูู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽPURNAMA merakamkan Salam Takziah buat YB Dato' Haji Abdul Rahman Bin Yunus, ADU...
22/09/2026

ุฅู†ูŽุง ู„ูู„ู‘ูู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

PURNAMA merakamkan Salam Takziah buat YB Dato' Haji Abdul Rahman Bin Yunus, ADUN Pasir Tumboh dan isteri Datin Rohani Che Hassan serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ayahanda tercinta pada Selasa baru-baru ini.

Yang D Pertua PURNAMA YABhg. Datin Hajah Wan Nor Hanita Wan Yaacob diiringi oleh Puan ุฑุงุฏูŠู† ุณุฑูŠ ู†ุจุงู‡ู‡ุŒ Puan Nurhajartum Akmal Mohammad, Puan Nor Azhana Ab Aziz dan Datin Rahimah Hussin telah mengunjungi isteri dan keluarga almarhum Haji Yunus di Kg Lubuk Pukul bagi menyampaikan takziah serta menitipkan rasa simpati atas kehilangan insan tercinta.

Moga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan kekuatan buat seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, menerangi dan melapangkan tempat persemadian, serta menempatkan arwah bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.

Ziarah Mahabbah PURNAMA Ke Parlimen Pasir Puteh 2026 | Dun Gaal. Bagi PURNAMA, ziarah bukan sekadar sebuah kunjungan, te...
15/09/2026

Ziarah Mahabbah PURNAMA Ke Parlimen Pasir Puteh 2026 | Dun Gaal.

Bagi PURNAMA, ziarah bukan sekadar sebuah kunjungan, tetapi sebuah tanda kasih dan kepedulian. Menyantuni yang diuji, mendekati yang memerlukan, bertanya khabar dalam penuh empati, serta menitipkan doa agar setiap hati yang sedang diuji tidak merasa sendiri.

Menelusuri jalan, dari satu destinasi ke satu destinasi, langkah PURNAMA terus diatur untuk menyantuni seramai sepuluh orang insan terpilih yang sedang diuji di Dun Gaal.

Mungkin jaraknya berbeza, mungkin kisahnya tidak sama, namun setiap persinggahan membawa satu tujuan, hadir untuk bertanya khabar, berkongsi rasa, menghulurkan kasih dan menitipkan doa.

Justeru itu ziarah pada kali ini diketuai oleh YBhg. Datin Zuraini Che Hamid dengan diiringi Datin Nurfariza Hassan, Puan Yusmawati Yusoff, Puan Rohani Ali dan Puan Nor Azhana Ab Aziz.
Pimpinan muslimat tempatan juga ada bersama memeriahkan suasana ziarah.

Turut serta adalah YB Ustaz. Mohd Rodzi Ja'afar, Adun Gaal.

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat setiap insan yang sedang diuji. ๐Ÿ’œ



Ziarah Mahabbah PURNAMA Ke Parlimen Pasir Puteh 2026 .[ Dun Limbongan ]Ziarah dun Limbongan ini diketuai oleh YBhg. Dati...
15/09/2026

Ziarah Mahabbah PURNAMA Ke Parlimen Pasir Puteh 2026 .
[ Dun Limbongan ]

Ziarah dun Limbongan ini diketuai oleh YBhg. Datin Rohani Che Hassan dengan diiringi oleh Datin Wan Sakinah Wan Ismail, Puan Nor Aini Mustafa dan pimpinan muslimat setempat.
Turut hadir ialah YB Ustazah Nor Asilah Mohd Zin, Adun Limbongan.

Walau terkadang ziarah ini sebuah kunjungan yang singkat namun diharapkan ia mampu menghadirkan kekuatan yang panjang. Moga sebuah sapaan mampu mengusir sepi dan sebuah doa mampu menjadi cahaya ketika langkah terasa berat.

PURNAMA hadir menyulam harapan dan menitipkan doa agar setiap yang diuji terus kuat, sabar dan tabah kerana di sebalik setiap ujian, ada kasih sayang Allah yang tidak pernah terhenti.

Semoga setiap langkah Ziarah Mahabbah PURNAMA menjadi amal yang diterima, mengikat ukhuwwah dengan kasih dan meninggalkan jejak kebaikan di setiap hati yang diziarahi. ๐Ÿ’œ



Perginya ketika sedang menunaikan amanah dan melaksanakan tugas  mulia.  Almarhumah Dr. Ainul Baraah binti Kamarudin ial...
13/09/2026

Perginya ketika sedang menunaikan amanah dan melaksanakan tugas mulia.

Almarhumah Dr. Ainul Baraah binti Kamarudin ialah seorang pegawai perubatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak pada September 2026.

Jenazah beliau dibawa pulang ke Kelantan dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kedeper, Pengkalan Chepa pada 13 September 2026, Ahad.

YABhg. Datin Panglima Perang Datin Hajah Wan Nor Hanita Wan Yaacob, YDP PURNAMA berkesempatan menziarahi keluarga Almarhumah bagi menyampaikan salam takziah serta memberi penghormatan terakhir.
Turut mengiringi beliau ialah Datin Pg Radziah Pg Abdullah dan Puan Siti Nurhajartum Akmal Mohammad.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, menerima amal kebajikannya, melimpahkan rahmat dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan hati yang tabah, jiwa yang tenang dan kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง ูˆุฃุฏุฎู„ู‡ุง ุงู„ุฌู†ุฉ ูŠุง ุฑุจ
ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†.

Ziarah Mahabbah PURNAMA Ke Parlimen Pasir Puteh 2026.(Dun Semerak)Menyusuri desa, PURNAMA terus mengatur langkah menyant...
12/09/2026

Ziarah Mahabbah PURNAMA Ke Parlimen Pasir Puteh 2026.
(Dun Semerak)

Menyusuri desa, PURNAMA terus mengatur langkah menyantuni dengan kasih, mendampingi dengan hati mengunjungi insan-insan di Kg. Telaga papan, Cherang Ruku, Gong Kedak, Air Tawar dan Udm Golok.

Ziarah di dun Semerak ini diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Asikin Hj Ahmad diiringi oleh Datin Hussin, Puan Norazwanee, Puan Siti Nurhajartum Akmal Mohammad dan pimpinan muslimat tempatan.

Turut bersama memeriahkan ziarah ini ialah YB Nor Sham Sulaiman, Adun Semerak.

PURNAMA turut berkesempatan menyantuni Puan Bidah Kadir isteri kepada Wan Hassan Wan Ibrahim, mantan Adun Semerak (2008 hingga 2013 dan 2018 hingga 2023).

Semoga ziarah ini dapat mengikat silaturahim dan menyuburkan mahabbah kerana PURNAMA hadir bukan sekadar berkunjung, tetapi untuk membuat hati yang diuji terasa tidak sendiri dengan titipan doa agar setiap ujian diganti Allah dengan kekuatan dan ketenangan. ๐Ÿ’œ



Ziarah Mahabbah PURNAMA Di Parlimen Pasir Puteh 2026.[ Dun Selising ]Merentasi sawah, menelusuri jalan-jalan kecil menyu...
10/09/2026

Ziarah Mahabbah PURNAMA Di Parlimen Pasir Puteh 2026.
[ Dun Selising ]

Merentasi sawah, menelusuri jalan-jalan kecil menyusuri desa di Dun Selising, Pasir Puteh.
Ziarah PURNAMA bukan sekadar sebuah perjalanan,
tetapi langkah kecil yang membawa seribu makna, tanda prihatin dan kepedulian bagi menyantuni golongan asnaf dan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan.

YBhg. Datin Bahrulnurarifah Baharuddin, Timb. YDP PURNAMA mengetuai ziarah di dun Selising ditemani oleh Datin Nik Salma, Puan Norhasliza Mahmood dan Puan Suhana Ehwan.
Pimpinan muslimat tempatan juga turut bersama dalam ziarah ini.

Ziarah kali ini melibatkan Kg. Tualang Tinggi, Wakaf Bunut, Jerus, Bukit Bidang, Lepah, Berangan, Permata Gading dan Bukit Abal.

PURNAMA turut menyantuni Puan Fauziah Zakaria isteri kepada Che Bisi Hassan, mantan Adun Selising (1995-1999).

Semoga setiap insan yang sedang diuji dikurniakan hati yang sabar, jiwa yang tabah dan diberi kekuatan.
Yakinlah, di sebalik setiap ujian yang berat, tersimpan hikmah dan kasih sayang Allah yang tidak pernah tersasar.



Musibah mereka, duka kita bersama.โ€œApi, waktu kecil menjadi kawanโ€ฆ bila besar menjadi lawanโ€Begitulah takdir yang menimp...
08/09/2026

Musibah mereka, duka kita bersama.

โ€œApi, waktu kecil menjadi kawanโ€ฆ bila besar menjadi lawanโ€

Begitulah takdir yang menimpa 9 orang peniaga dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 3 pagi Sabtu lepas.
Ianya melibatkan beberapa buah rumah kedai dan kios di hadapan Wisma MDT di Wakaf Bharu, Tumpat.

Tempat yang selama ini menjadi sumber rezeki dan keperluan mereka, sekelip mata bertukar menjadi musibah yang memusnahkan harta benda dan meninggalkan luka di hati.

Justeru itu, Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Kelantan (PURNAMA) turut hadir menyantuni, berkongsi rasa dan menghulurkan sedikit bantuan buat mereka yang diuji. ๐Ÿ’œ

YABhg. Datin Panglima Perang Datin Hajah Wan Nor Hanita Wan Yaakob hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 9 orang peniaga yang terjejas akibat kebakaran besar pada awal pagi Sabtu itu.
Bersama beliau pada ziarah tersebut adalah YBhg. Datin Bahrulnurarifah Baharuddin, YBhg. Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabedah Abdul Hamid, Datin Rohani Che Hasan, Datin Nurfariza Hassan, Puan Rohani Ali dan Puan Nor Azhana Ab Aziz.

Turut hadir, YB Dato' Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Hj. Mohd Rusli Abdullah, Adun Wakaf Bharu.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan, ketabahan lepada mereka dan menggantikan setiap kehilangan dengan rezeki serta kehidupan yang lebih baik.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุฑู‡ู… ููŠ ู…ุตูŠุจุชู‡ู… ูˆุงุฎู„ูู‡ู… ุฎูŠุฑู‹ุง ู…ู†ู‡ุงโ€ฆ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Setinggi Tahniah Datoโ€™ Kak Lah Siti Zailah Mohd Yusoff  atas anugerah yang diperolehi. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู.Semoga anugerah...
07/09/2026

Setinggi Tahniah Datoโ€™ Kak Lah Siti Zailah Mohd Yusoff atas anugerah yang diperolehi. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู.
Semoga anugerah ini memberi manfaaat untuk diri, masyarakat dan Islam.

Terus istiqamah melangkah, teguh mempertahankan Islam dan berbakti untuk ummah. โœจ


Address

Pulai Chondong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Purnama 99 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share