25/03/2024
𝙂𝘼𝙉𝙂𝙂𝙐𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙆𝙎𝙐𝘼𝙇 𝘿𝙄 𝙏𝙀𝙈𝙋𝘼𝙏 𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼
Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tidak terhad kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. la merentasi jurang gender dan status dan boleh berlaku secara fizikal, lisan, bukan lisan (isyarat), visual dan juga secara psikologi.
Jika seseorang individu mendapati dirinya telah menjadi mangsa atau tidak pasti sama ada gangguan seksual telah terjadi ke atas dirinya, beliau boleh mengemukakan aduan rasmi ke Unit Integriti atau PDRM.
Orang ketiga yang mengetahui beserta bukti telah berlakunya gangguan seksual ke atas pegawai LKIM mahupun dilakukan oleh pegawai LKIM turut boleh membuat aduan ke Unit Integriti atau PDRM.
Gangguan seksual boleh memberi kesan negatif kepada pengadu, pegawai yang disyaki menggangu dan organisasi secara keseluruhannya. Mana-mana pegawai LKIM yang dibuktikan bersalah boleh dikenakan tindakan tatatertib malah lebih berat sekiranya disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah berdasarkan akta-akta berkaitan.
Pegawai dan kakitangan LKIM di semua peringkat diharap supaya cakna terhadap kempen-kempen kesedaran yang berkaitan agar dapat membebaskan tempat kerja daripada gangguan seksual dan mewujudkan suasana bekerja yang selamat, sihat dan harmoni.
Sumber : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Pengurusan Psikologi, Versi 1.0 (2022).