Pondok Rahmat Project

Pondok Rahmat Project Trust In Soul...

16/06/2026
16/06/2026

Alhamdulillah... Syukur.. tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan kolaborasi yang berimpak tinggi ini.

Videos credit to Ritz Zainal







Copy&Paste dari FB PMKL:

Blue Legacy 2026 merupakan program pemuliharaan marin hasil kerjasama strategik antara Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) dan GAS PETRONAS Eastern Region yang berlangsung pada 11 hingga 15 Jun 2026 di Pulau Redang, Terengganu.

Program ini mencipta sejarah apabila PMKL menjadi institusi pertama POLYCC yang memperoleh kelulusan Jabatan Perikanan Malaysia untuk memasang tukun tiruan serta memiliki plot pemuliharaan marin kekal di Pantai Mak Simpan, Pulau Redang yang dinamakan “GAS PETRONAS Eastern Region X PMKL Coral Garden.”

Inisiatif ini melibatkan pemasangan 1 unit Signature Reef dan 15 unit Castle Reef bagi menyediakan habitat baharu kepada hidupan marin, menyokong pemulihan biodiversiti laut dan menjadi tapak pemantauan biodiversiti jangka panjang.

Program bertemakan “Restoring Reefs, Empowering Future Generations” ini menggabungkan elemen ESG, pendidikan TVET, pembangunan komuniti dan konservasi biodiversiti marin. Ia turut memberi peluang kepada pelajar PMKL untuk terlibat dalam pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar melalui aktiviti lapangan seperti kursus menyelam, snorkeling dan ESG Marine Initiative.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Roseman bin Mat Jidin @ Jidin, Pengarah PMKL, mewakili YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Program ini turut mendapat sokongan Jabatan Perikanan Malaysia, Pondok Rahmat Project dan Alumni PMKL.

Secara keseluruhan, Blue Legacy 2026 membuktikan peranan TVET dalam menyokong agenda kelestarian negara melalui kerjasama pendidikan, industri, agensi kerajaan dan komuniti.

SENTUHAN ILMU NUSANTARA:PROGRAM CSR WAKAF AL-QURAN DAN IQRA’ DI INDONESIA📅 Tarikh: 6 Mei 2026📍 Tempat: Madrasah Darut Ta...
09/05/2026

SENTUHAN ILMU NUSANTARA:
PROGRAM CSR WAKAF AL-QURAN DAN IQRA’ DI INDONESIA

📅 Tarikh: 6 Mei 2026
📍 Tempat: Madrasah Darut Tauhid Shollu Alaih, Pekanbaru Riau, Indonesia

🤝 Anjuran:
Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Malaysia

✨ Kolaborasi Bersama:

• Surau Al-Hidayah Politeknik METrO Kuala Lumpur, Malaysia
• Khidmat Komuniti Nusantara, Indonesia
• Pondok Rahmat Project, Malaysia

Program Sentuhan Ilmu Nusantara merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan melalui sumbangan wakaf Al-Quran dan Iqra’ kepada komuniti pendidikan Islam di Pekanbaru Riau, Indonesia. Program ini bertujuan membuka peluang akses pendidikan Al-Quran yang lebih berkualiti kepada masyarakat yang memerlukan serta menyemai nilai keprihatinan dan ukhuwah antara Malaysia dan Indonesia.

🎯 Objektif Program:
✨ Menyumbang Al-Quran dan Iqra’ kepada komuniti yang memerlukan
❤️ Menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial
🤝 Mengukuhkan ukhuwah Malaysia–Indonesia
📖 Membuka akses pendidikan Al-Quran dan Iqra’ kepada masyarakat

📚 Sumbangan Berjaya Disalurkan:
✅ 100 naskhah Al-Quran
✅ 100 buku Iqra’
✅ Beras
✅ Kewangan

Alhamdulillah, semua sasaran sumbangan berjaya dicapai hasil sokongan orang ramai dan rakan kolaborasi.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan di Madrasah Darut Tauhid Shollu Alaih, pekanbaru Riau, Indonesia.

Wakaf Al-Quran & Iqra’ dan sumbangan beras & kewangan disampaikan kepada:

1️⃣ Madrasah Darut Tauhid Shollu Alaih
2️⃣ Madrasah Sunan Kalijaga
3️⃣ Madrasah Sunan Ampel, Kupang

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

*Disalin dan diedit dari FB PMKL*

09/05/2026

Address

No.1, Jalan Putra Perdana 6/10, Taman Putra Perdana
Puchong
47130

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Rahmat Project posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pondok Rahmat Project:

Shortcuts

Share