Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu

Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu, Non-Governmental Organization (NGO), Puchong.

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™βœ¨

Ikhlas daripada kami, semoga seluruh warga Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu sentiasa diberi kesihatan yang baik, kegembiraan yang berpanjangan, serta kejayaan dalam setiap langkah yang diambil.

Semoga Hari Raya ini membawa seribu makna, mengeratkan silaturahim, dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama persatuan!

Selamat menyambut Aidilfitri dengan penuh keceriaan bersama insan tersayang πŸ’š

24/02/2026

"...semuanya sama tetapi kenapa SHAKAM tidak sama taraf?" Baca berita penuh di ruangan komen.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK 1447H/ 2026Seluruh warga TSDEAF mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mubarak kepada s...
18/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK 1447H/ 2026

Seluruh warga TSDEAF mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mubarak kepada seluruh umat islam.

Semoga bulan suci ini membawa keberkatan, kedamaian dan meningkatkan lagi keimanan kita semua dalam memperbaiki diri dan mendekatkan diri pada Allah.

SALAM ISRAK & MIKRAJSeluruh warga Pekak Terengganu mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh umat islam.Semoga denga...
16/01/2026

SALAM ISRAK & MIKRAJ

Seluruh warga Pekak Terengganu mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh umat islam.

Semoga dengan memperingati peristiwa agung ini, kita dapat sama-sama memperkukuhkan iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

04/01/2026

β€œBismillahirrahmanirrahim, semoga segala urusan TSDeaf dipermudahkan, dilancarkan, dan diberi kejayaan.”

Selamat Tahun Baru 2026Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih at...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026
Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu semua ahli, atlet serta para penyokong sepanjang tahun lalu.

Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, kejayaan yang lebih gemilang, kesihatan yang berpanjangan serta memperkukuh perpaduan dan kecemerlangan atlet Orang Pekak Terengganu di peringkat negeri dan kebangsaan.

Pejabat ditutup, namun perjuangan TSDeaf tidak terhenti.Hari ini kami telah mengemas barang-barang dari pejabat Persatua...
30/12/2025

Pejabat ditutup, namun perjuangan TSDeaf tidak terhenti.

Hari ini kami telah mengemas barang-barang dari pejabat Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu.
Kami ingin menegaskan bahawa TSDeaf akan terus aktif dalam bidang sukan, penyertaan kejohanan dan Penganjuran program-program bagi tahun 2026.

Jika ada rezeki, insya-Allah pejabat akan dibuka semula pada masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua.

TSDeaf kini berhadapan krisis kewangan yang serius.Pejabat operasi kami berisiko ditutup kerana kekurangan dana, dan ham...
03/12/2025

TSDeaf kini berhadapan krisis kewangan yang serius.
Pejabat operasi kami berisiko ditutup kerana kekurangan dana, dan hampir semua program latihan atlet pekak terpaksa dihentikan.

Kami merayu sokongan daripada Kerajaan Negeri, agensi berkaitan, badan korporat dan masyarakat untuk membantu memastikan pembangunan atlet pekak Terengganu dapat diteruskan.

Setiap bantuan, sekecil apa pun, amat bermakna bagi kami.



Baca: https://stadiumastro.com/sukan/tsdeaf-berdepan-krisis-kewangan-dan-risiko-kehilangan-pejabat-operasi

Daripada Kesunyian kami mencipta Kejayaan
12/10/2025

Daripada Kesunyian kami mencipta Kejayaan

Selamat Hari Sukan Negara 2025!

Dari kami di MSDeaf, semoga semangat kesukanan terus hidup dalam diri setiap atlet, jurulatih dan komuniti orang pekak di seluruh Malaysia.

Teruskan berjuang, bersemangat dan bersatu melalui sukan!

11/10/2025

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π πŽπ‘π€ππ† ππ„πŠπ€πŠ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (πŒπ’πƒπžπšπŸ) πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ ππ€πˆπŠ π’π„πŒππ„ππ€ ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ„π„πŒππ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Sarawak 2025 telah ...
09/10/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Sarawak 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan ukhwah.

Kontinjen Terengganu menamatkan saingan di tangga ke-13 keseluruhan, dengan kutipan 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Senarai pemenang pingat:

πŸ₯ˆ Pingat Perak
β€’ Beregu Lelaki (Badminton) – Syed Muhammad Abdarra’iq & Khalid Ibni Walid
β€’ 400 Meter Wanita – Nur Syuhada Elyana

πŸ₯‰ Pingat Gangsa
β€’ Individu Lelaki (Badminton) – Syed Muhammad Abdarra’iq
β€’ Lempar Lembing Lelaki – Muhammad Irfan Najmi
β€’ 4x400 Meter Wanita – Nur Syuhada Elyana, Nur Damia Lyana, Nur Khairunnisa Sofia & Nurul Insyirah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai pengiring atas semangat juang dan usaha gigih yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan, guru-guru pengiring serta sekolah-sekolah terlibat yang banyak memberi sokongan dan kepercayaan kepada atlet Terengganu.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita melangkah lebih jauh di SOPMA 2027.. InshaAllah!

Pasukan Badminton Terengganu mula berlatih sebelum berentap esok. Mohon doakan kejayaan milik Terengganu
05/09/2025

Pasukan Badminton Terengganu mula berlatih sebelum berentap esok. Mohon doakan kejayaan milik Terengganu

Address

Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share