Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad

Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad (KoSALAM) merupakan sayap Biro Ekonomi Masjid As Salam. Berfungsi sebagai Koperasi Pengguna.

Diluluskan penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad (KoSALAM) pada 20 Jun 2013. Berfungsi sebagai Koperasi Pengguna mengikut Undang – Undang Kecil (UUK) KoSALAM perkara 7. Ditadbir oleh 15 Ahli Lembaga Koperasi hasil pemilihan mesyuarat agung dan mempunyai kekuatan seramai 170 anggota. Beroperasi di Masjid As Salam Puchong Perdana dan memulakan aktiviti pada tahun pertama d

engan aktiviti penyewaan tapak perniagaan sekitar Masjid As Salam Puchong Perdana, Tadika Islam As Salam dan penganjuran Kursus Pra Perkahwinan (tauliah JAIS). Alhamdulillah, dengan sokongan anggota dan kecekapan pentadbiran KoSALAM mencatatkan keuntungan bagi tahun pertama dan memberi dividen sebanyak 10% kepada anggota. Pelbagai aktiviti yang sedang dirancang bagi merancakkan transaksi kewangan KoSALAM disamping tujuan untama penubuhan untuk mengimarahkan Masjid As Salam Puchong Perdana. Tahun kedua ini KoSALAM bakal merasmikan Homestay As Salam, As Salam Supermarket dan memasuki bidang perniagaan pembekalan kerajaan disamping meningkatkan perkhidmatan sedia ada.

Address

Masjid As Salam Puchong Perdana
Puchong
47150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad:

Share