Pertubuhan My Amal Selangor

Pertubuhan My Amal Selangor Pertubuhan Kebajikan serta Sukarelawan

FREE MARKET!!! Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan untuk program pertama Pertubuhan My Amal Selangor, 11 Feb 2024 ,...
12/02/2024

FREE MARKET!!!

Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan untuk program pertama Pertubuhan My Amal Selangor, 11 Feb 2024 , Program Free Market & Back To School anjuran Pertubuhan My Amal Selangor dengan Kerjasama YB Abbas Azmi , Ustaz Fauzan Rosli Ahli Majlis MPP Zon 12 MBSJ, Tuan Saidin Awang Ahli Majlis MPP Zon 15 MBSJ, Dengan Sokongan Hong Leong Bank Islamic & PDRM, serta penaja Allied Food Industries dan Butik Tudung Si Comel . Tidak lupa juga kepada Puan Dafinah Ahmed Hilmi CEO Hong Leong Islamic Malaysia, Datin Azura Ibrahim Pengarah Sortie OPS Ihsan dan semua Ahli jawatankuasa serta sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal hingga selesai. Disamping itu juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan My Amal Selangor telah melancarkan Tabung Kebajikan PMAS serta Tabung Bencana PMAS. Tahniah sekali lagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.






JOM SEMUA BERSAMA KAMI โ€ผ๏ธFREE MARKET (BACK TO SCHOOL) ๐Ÿ›’๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ““๐Ÿ“š๐ŸŽ’Anjuran  PERTUBUHAN MY AMAL Pertubuhan My Amal Selangor ( S ...
01/02/2024

JOM SEMUA BERSAMA KAMI โ€ผ๏ธ

FREE MARKET (BACK TO SCHOOL) ๐Ÿ›’๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ““๐Ÿ“š๐ŸŽ’
Anjuran PERTUBUHAN MY AMAL Pertubuhan My Amal Selangor
( S E G A L A N Y A P E R C U M Aโ—โ— )

TARIKH ๐Ÿ“†
11 Feb 2024
TEMPAT ๐Ÿš๏ธ
DEWAN MBSJ KG SERI AMAN
MASA โฐ
8.00 PAGI โ€“ 2.00 PTG

APA YANG MENARIK โ‰๏ธ

Pelbagai acara diadakan seperti pertunjukan roti canai terbang, pemeriksaan kesihatan percuma PEKA B40,

Pembukaan akaun bank kanak-kanak Hong Leong percuma(150 kanak-kanak yang pertama) https://forms.gle/1mAdHkfAwz5Tx57n6 ( Sila isi kan nama serta jenis akaun di Google form untuk pembukaan akaun)

Booth Dari Sugar Doll

Booth Dari i-trainkids

Booth dari First Responder Volunteer Team Pertubuhan My Amal Selangor

Booth dari Pusat Khidmat Masyarakat untuk pendaftaran SMUE, SADE (Skim Air Darul Ehsan)

Booth pameran dari PDRM (AMANITA)

PEMBERIAN TUDUNG SEKOLAH KANAK-KANAK PERCUMA !!!! DARI BUTIK TUDUNG SI COMEL!!!

PEMBERIAN PAKAIAN (PRE-LOVED) PERCUMA !!!

Pertandingan melukis kanak-kanak๐ŸŽจ๐ŸŽจ
Makanan percuma* seperti kuih -muih, mee rebus ๐Ÿ๐Ÿœ๐Ÿฒ๐Ÿ›๐Ÿฃ dan
pelbagai lagi aktiviti menarik akan diadakan.

P/S- PLASTIK BEG TIDAK DISEDIAKAN !!!

Assalamualaikum wbt, kami ingin mengucapkan selamat tahun baru.
01/01/2024

Assalamualaikum wbt, kami ingin mengucapkan selamat tahun baru.

*PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR**PENDAFTARAN AHLI SUKARELAWAN FIRST RESPONDER TEAM PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR*Pengambilan ...
26/12/2023

*PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR*

*PENDAFTARAN AHLI SUKARELAWAN FIRST RESPONDER TEAM PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR*

Pengambilan Ahli Pasukan My Amal First Responder Team (MY AMAL FRVT) yang memberikan khidmat bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana kini dibuka kepada mereka yang berminat.

Pengambilan baharu adalah terbuka kepada :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18-40 tahun
- Mempunyai mentaliti dan sikap yang positif
- Semangat kerjasama berpasukan
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan anggota

Golongan belia adalah digalakan memohon.
Latihan mengenai asas pertolongan cemas, pengendalian/pengurusan ketika bencana, operasi menyelamat serta latihan-latihan berpasukan yang berkaitan akan diberikan secara percuma.

Bagi yang berminat mendaftar, sila isi borang pendaftaran MY AMAL FRVT di link berikut :
https://docs.google.com/forms/d/1eKKtoshauArQ4puYRNCwiUuMgjCaiCPft7Hh_l8OGCg/edit?usp=drivesdk

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Penyelaras keahlian :
Din (011-6078 6738) Whatssapp sahaja
Salam (019-4425 163) Whatsapp sahaja

PENDAFTARAN AHLI SUKARELAWAN FIRST RESPONDER TEAM PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR Pengambilan Ahli Pasukan My Amal First Responder Team (MY AMAL FRVT) yang memberikan khidmat bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana kini dibuka kepada mereka yang berminat. Pengambilan baru adalah terbuka kepada : - W...

KLIA-   Majlis Pelepasan Sorti Ke-3 Bantuan Ops Ihsan di Gudang Lojistik MASKARGO disempurnakan oleh Duli Yang Maha Muli...
18/12/2023

KLIA- Majlis Pelepasan Sorti Ke-3 Bantuan Ops Ihsan di Gudang Lojistik MASKARGO disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Turut bersama menghadiri, wakil dari Pertubuhan My Amal Selangor , En Mohamed Rashidi Ramli (Setiausaha My Amal Selangor). Terima kasih Sekretariat Ops Ihsan, Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR di atas jemputan bersama menjayakan program Ops Ihsan.

PUCHONG -Sesi Taklimat Pasukan  Sukarelawan Responde Pertama My Amal Selangor Pertubuhan My Amal  Selangor (My Amal Sela...
16/12/2023

PUCHONG -Sesi Taklimat Pasukan Sukarelawan Responde Pertama My Amal Selangor Pertubuhan My Amal Selangor
(My Amal Selangor First Responder Volunteer Team)

Alhamdulilah.. .selesai sesi pertama taklimat penerangan penubuhan kepada ahli. Sesi ini adalah untuk memberikan penerangan yang jelas terhadap pengenalan, objektif, matlamat dan organsasi pasukan kepada ahliยฒ yang telah mendaftar .

Taklimat disampaikan oleh Pengerusi My Amal Selangor, En Mohd Nazlee Zainal serta Ketua Penyelaras Pasukan, En Mohd Sharifudin Ismail.

Taklimat juga dihadiri oleh pihak Hong Leong Bank / HL Assurance Puchong Prima.

09/12/2023

PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR

PENDAFTARAN AHLI SUKARELAWAN FIRST RESPONDER TEAM, PERTUBUHAN MY AMAL SELANGOR

Pengambilan Ahli Pasukan My Amal First Responder Team (MY AMAL FRVT) yang memberikan khidmat bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana kini dibuka kepada mereka yang berminat.

Pengambilan baharu adalah terbuka kepada :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18-40 tahun
- Mempunyai mentaliti dan sikap yang positif
- Semangat kerjasama berpasukan
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan anggota

Golongan belia adalah digalakan memohon.
Latihan mengenai asas pertolongan cemas, pengendalian/pengurusan ketika bencana, operasi menyelamat serta latihan-latihan berpasukan yang berkaitan akan diberikan secara percuma.

Bagi yang berminat mendaftar, sila isi borang pendaftaran MY AMAL FRVT di link berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdkZZGNBiK1MCDRT9sAKSZSTD7wYq43ohkcxtiFulEZ4FnUNQ/viewform?usp=sf_link

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Penyelaras keahlian :
Din (011-6078 6738) Whatssapp sahaja
Salam (019-4425 163) Whatsapp sahaja

TURUT SAMA MEMBANTUSEPANG - Ops Ihsan membantu kerja-kerja penyusunan barangan kargo bantuan ke Gaza, Palestin ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ญ bertem...
05/12/2023

TURUT SAMA MEMBANTU

SEPANG - Ops Ihsan membantu kerja-kerja penyusunan barangan kargo bantuan ke Gaza, Palestin ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ญ bertempat di Gudang Utama, MAPIM, Bandar Serenia, Sepang.

Terima kasih kepada semua ahli My Amal Selangor yang hadir membantu.

PUCHONG - Sepetang bersama Pengurus Hong Leong Bank, Cawangan Puchong Prima dan Wakil Pejabat ADUN N29 En. Fauzi untuk s...
05/12/2023

PUCHONG - Sepetang bersama Pengurus Hong Leong Bank, Cawangan Puchong Prima dan Wakil Pejabat ADUN N29 En. Fauzi untuk sesi lawatan ke peniaga-peniaga pasar malam di Puchong Prima bagi menjayakan program 'Built-Up Around U' HLB.

My Amal Selangor mengedarkan risalah bagi pengambilan ahli Pasukan Sukarelawan Responde Pertama My Amal kepada orang awam yang berminat.

โ€œSebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanafaat bagi orang lainโ€, (H.R Bukhari)SELAMAT HARI SUKARELAWAN SEDUNIA5 DI...
05/12/2023

โ€œSebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanafaat bagi orang lainโ€, (H.R Bukhari)

SELAMAT HARI SUKARELAWAN SEDUNIA
5 DISEMBER 2023

Pertubuhan My Amal Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Sukarelawan Sedunia buat semua para sukarelawan.
Terima kasih atas jasa anda!

Please Take note...!!!
25/11/2023

Please Take note...!!!

Fenomena air pasang besar boleh menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.

Situasi itu akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).

Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang





Address

Puchong
47150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan My Amal Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan My Amal Selangor:

Share