KRT Cluster 3 Sepang

KRT Cluster 3 Sepang Komuniti Rukun Tetangga Cluster 3 Putra Perdana Sepang

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 27 Mei 2026PROGRAM: Majlis Korban Cluster 3๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 3.30 petang๐Ÿ“ ...
28/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 27 Mei 2026

PROGRAM: Majlis Korban Cluster 3
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 3.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan Surau An Nur
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: Kejiranan Cluster 3
๐Ÿค Anjuran: Jawatankuasa Surau An Nur dengan kerjasama KRT Cluster 3
๐Ÿ‘ค Kehadiran: 170 orang

Majlis Korban Cluster 3 telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana harmoni, semangat kejiranan dan kerjasama yang amat membanggakan.

Pagi Aidiladha dimulakan dengan alunan takbir raya yang menghidupkan suasana penuh syahdu dan kesyukuran. Program diteruskan dengan Solat Sunat Aidiladha yang bermula pada jam 8.09 pagi dan dihadiri kira-kira 100 orang penduduk.

Selesai solat, para penduduk menikmati sarapan pagi utama yang ditaja oleh KRT Cluster 3 bersama juadah potluck yang dibawa oleh penduduk lain. Suasana ketika itu sangat meriah dengan penduduk saling bertanya khabar dan beramah mesra sesama jiran.

Selepas itu, penduduk pulang sebentar untuk menukar pakaian yang lebih selesa sebelum berkumpul semula bagi mendengar taklimat dan briefing berkaitan prosedur ibadah korban serta peraturan keselamatan sepanjang program berlangsung.

Sambil sesi briefing dijalankan, para sukarelawan mula bergotong-royong menyediakan bahan masakan dan kelengkapan memasak. Semangat kerjasama jelas kelihatan apabila penduduk tanpa mengira usia saling membantu dalam pelbagai urusan.

Ibadah korban bermula pada jam 9.18 pagi melibatkan lembu kumpulan pertama dan diteruskan sehingga selesai lembu ketiga. Penduduk bersama-sama membantu dalam proses melapah, memotong dan mengagihkan daging korban dengan penuh tertib dan semangat muafakat.

Menjelang tengah hari, proses memasak berjaya diselesaikan dan semua hadirin menikmati jamuan makan tengah hari sekitar jam 1.30 petang. Antara menu yang disediakan termasuk sup daging, daging goreng, bihun, ulam-ulaman dan sambal.

Kanak-kanak, golongan muda serta warga emas turut sama berganding bahu membantu menguruskan pelbagai tugasan sepanjang program berlangsung. Suasana penuh kemesraan dan semangat tolong-menolong jelas dapat dirasai sepanjang hari.

Aidiladha bukan sahaja mengajar erti pengorbanan, malah menjadi medium terbaik untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyemai sifat prihatin serta mengeratkan hubungan sesama jiran dan komuniti.

Selesai jamuan, semua penduduk bersama-sama menjalankan aktiviti pembersihan kawasan dan pengemasan peralatan bagi memastikan keadaan kembali bersih dan teratur seperti asal.

Pihak KRT Cluster 3 dan Jawatankuasa Surau An Nur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penduduk, peserta korban dan sukarelawan yang telah menyumbang tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan program ini ๐Ÿค

โœจ *Jiran Kita, Keluarga Kita* โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 24 Mei 2026PROGRAM: Gotong-Royong Persediaan Aidiladha๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 10...
28/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 24 Mei 2026

PROGRAM: Gotong-Royong Persediaan Aidiladha
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Laman Surau An Nur
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: Kejiranan Cluster 3
๐Ÿค Anjuran: Jawatankuasa Surau An Nur dengan kerjasama KRT Cluster 3 dan KOSPEN C3
๐Ÿ‘ค Kehadiran: 25 orang

Suasana meriah dan penuh semangat kejiranan dapat dirasai sepanjang berlangsungnya Program Gotong-Royong Persediaan Aidiladha yang melibatkan penduduk Cluster 3.

Seawal pagi, para penduduk telah hadir bagi bersama-sama melakukan pelbagai persiapan menjelang sambutan Aidiladha dan program ibadah korban yang bakal berlangsung di Surau An Nur.

Antara kerja-kerja yang dilakukan termasuk:
๐Ÿ”น Membersihkan kanvas yang akan digunakan pada hari raya
๐Ÿ”น Memasang khemah dan menyusun kawasan program
๐Ÿ”น Melakukan inventori barang-barang kegunaan program korban
๐Ÿ”น Membasuh bekas-bekas dan alatan memasak
๐Ÿ”น Mengumpulkan bahan serta kelengkapan masakan
๐Ÿ”น Menyapu dan membersihkan kawasan sekitar surau
๐Ÿ”น Membersihkan ruang dalaman Surau An Nur

Semangat kerjasama jelas kelihatan apabila penduduk saling membantu dan berganding bahu menyelesaikan tugasan tanpa mengira usia. Suasana gotong-royong turut diserikan dengan gelak tawa, gurauan mesra dan sikap prihatin sesama jiran.

Pada masa yang sama, pihak KOSPEN C3 turut membuka kaunter pemeriksaan kesihatan untuk penduduk yang berminat. Inisiatif ini memberi peluang kepada komuniti untuk membuat pemeriksaan asas kesihatan sambil menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Program seperti ini bukan sahaja membantu mempercepatkan persiapan Aidiladha, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat bekerjasama dan memperkukuhkan hubungan dalam komuniti.

Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk dan sukarelawan yang hadir serta menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan program ini ๐Ÿ’š

โœจ Jiran Kita, Keluarga Kita โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG.Aktiviti Saringan Kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit KOSPEN KRT Cluster 3& P...
24/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG.

Aktiviti Saringan Kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit KOSPEN KRT Cluster 3
& Program Gotong Royong Pembersihan Musolla dan Laman KRT Cluster 3, Putra Perdana sempena sambutan program Korban Aidiladha 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 24/5/2026 (Ahad)
โฐ Masa: 8.00pagi - 10:30pg
Kehadiran penduduk: 20 orang
Sukarelawan KOSPEN = 5 orang.
Terma kasih bantuan dari PKD Sepang En Alistair

Sebanyak 20 Saringan NHSI KOSPEN telah berjaya dilaksanakan.

Program pembersihan dan persiapan program korban melibatkan pembersihan peralatan korban, memasak dan keperluan lain. Terima kasih pada semua jiran-jiran yang bersama-sama menjayakan gotong royong kita hari ini.

โœจ Jiran Kita, Keluarga Kita โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 30Apr 2026 - 3Mei 2026 (4 hari)PROGRAM: Kembara Bermotosikal Ride Malaya 1.0...
10/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 30Apr 2026 - 3Mei 2026 (4 hari)

PROGRAM: Kembara Bermotosikal Ride Malaya 1.0
๐Ÿ“ Tempat: Dari KRT Cluster3 mengelilingi Semenanjung Malaysia (1800km)
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: Ahli KRT Cluster 3
๐Ÿค Anjuran: Cluster 3 Bikers Club
๐Ÿ‘ค Kehadiran: 6 Orang Lelaki & 1 Orang Wanita

Satu program kembara bermotosikal mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 1800km telah diadakan dengan disertai oleh 7 orang ahli KRT Cluster 3.

Kembara sejauh 1800km ini bermula dari KRT Cluster 3 di Putra Perdana mengambil masa 4 hari untuk dihabiskan meyusuri laluan seperti berikut:
Hari 1: Cluster 3 - Tapah - Gurun Kedah
Hari 2: Gurun - Gerik - Jeli - Dungun
Hari 3: Dungun - Kuantan - Mersing - Johor Bahru
Hari 4: Johor Bahru - Muar - Cluster 3

Antara objektif Ride Malaya 1.0 ini termasuk:
๐Ÿ”น Memberi sumbangan kepada Masjid-masjid yang dilalui sepanjang perjalanan.
๐Ÿ”น Memupuk jati diri serta kekentalan jiwa dalam mengharungi kembara perjalanan yang jauh.
๐Ÿ”น Merapatkan silaturrahim sesama ahli yang menyertai kembara.@
๐Ÿ”น Mempertingkatkan skil dan teknik tunggangan motosikal melalui pelbagai bentuk muka bumi dan keadaan jalanraya.

Alhamdulillah kesemua peserta kembara berjaya menamatkan perjalanan selama 4 hari ini tanpa sebarang masalah teknikal diisamping mencapai objektif program kembara seperti dirancang.

โœจ Jiran Kita, Keluarga Kita โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 10 Mei 2026PROGRAM:bGotong-Royong Pembersihan Kawasan Rumah Ibu Tunggal๐Ÿ•ฃ Mas...
10/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 10 Mei 2026

PROGRAM:bGotong-Royong Pembersihan Kawasan Rumah Ibu Tunggal
๐Ÿ•ฃ Masa:v8.30 pagi โ€“ 2.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Jalan 3/23, Taman Putra Perdana
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan:Kejiranan Cluster 3
๐Ÿค Anjuran: KRT C3
๐Ÿ‘ค Kehadiran: 10 orang

Satu program gotong-royong telah dijalankan bagi membantu seorang ibu tunggal yang mempunyai anak OKU serta menghadapi kekangan untuk menguruskan kawasan rumah dan tanaman sedia ada.

Prihatin dengan keadaan tersebut, penduduk Cluster 3 telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama menghulurkan tenaga, masa dan peralatan bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Antara kerja-kerja yang telah dilakukan termasuk:
๐Ÿ”น Penebangan beberapa pokok yang tumbuh meliar
๐Ÿ”น Pembuangan pokok-pokok yang melilit dan mengganggu kawasan rumah
๐Ÿ”น Pembersihan kawasan dalam dan luar rumah
๐Ÿ”น Penyusunan semula pasu-pasu lama dan kawasan halaman

Kesemua alatan dan barangan keperluan telah dibawa sendiri oleh para penduduk yang terlibat. Turut disediakan makanan dan minuman buat semua sukarelawan sepanjang aktiviti berlangsung.

Alhamdulillah, hasil kerjasama dan semangat kejiranan yang tinggi, kawasan rumah berjaya dibersihkan dan menjadi lebih terang, selesa serta selamat untuk didiami.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malah mencerminkan nilai prihatin dan semangat kebersamaan dalam komuniti demi kesejahteraan bersama โค๏ธ

โœจ Jiran Kita, Keluarga Kita โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 30 Mac 2026PROGRAM: Potluck Raya Ahli Padang PP๐Ÿ•ฃ Masa: 8.30 pagi๐Ÿ“ Tempat: Pa...
03/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 30 Mac 2026

PROGRAM: Potluck Raya Ahli Padang PP
๐Ÿ•ฃ Masa: 8.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Padang Taman Putra Perdana
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: Kaum ibu penduduk Putra Perdana
๐Ÿค Anjuran: Geng Padang PP

Program Potluck Raya Ahli Padang PP telah berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni sempena sambutan Syawal.

Antara ahli Cluster 3 yang hadir:
๐Ÿ”น Pn. Salmah
๐Ÿ”น Pn. Azimah
๐Ÿ”น Pn. Ain
๐Ÿ”น Pn. Rosni

Program ini bertujuan meraikan Syawal serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran, bukan sahaja dalam Cluster 3 tetapi juga seluruh komuniti Putra Perdana.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti cabutan bertuah dan pertandingan pakaian raya terbaik. Tahniah diucapkan kepada **Kak Ros (Pn. Rosmi)** yang telah memenangi kategori pakaian raya terbaik! ๐ŸŽ‰๐Ÿ˜˜

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini ๐Ÿ’› Semoga semangat kejiranan ini terus subur dan berkekalan.

โœจ *Jiran Kita, Keluarga Kita* โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 9 April 2026 (Khamis)PROGRAM: Majlis Bacaan Yasin & Solat Bakal Jemaah Haji ...
03/05/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 9 April 2026 (Khamis)

PROGRAM: Majlis Bacaan Yasin & Solat Bakal Jemaah Haji C3
๐Ÿ•˜ Masa: Selepas solat Isyak
๐Ÿ“ Tempat: Musolla An Nur, Cluster 3
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: Kejiranan Cluster 3
๐Ÿค๐Ÿป Anjuran: Musolla Annur dan KRT C3
๐Ÿ‘ค Kehadiran: 50 orang

Majlis Bacaan Yasin dan solat bersama bakal jemaah haji Cluster 3 telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan suasana yang tenang.

Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan doa bersama buat bakal jemaah haji agar dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan dan keselamatan sepanjang menunaikan ibadah haji.

Air Yasin turut disediakan untuk para hadirin. Selain itu, juadah makanan dan minuman telah disediakan oleh bakal-bakal jemaah haji sebagai tanda kesyukuran dan perkongsian rezeki bersama komuniti.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan sama-sama menjayakan majlis ini ๐Ÿค Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dalam komuniti kita.

โœจ *Jiran Kita, Keluarga Kita* โœจ















KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG๐Ÿ“… 21 April 2026PROGRAM: Mesyuarat AJK KRT Cluster 3 Sesi 2026/2029๐Ÿ•˜ Masa: 9.45...
24/04/2026

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG
๐Ÿ“… 21 April 2026

PROGRAM: Mesyuarat AJK KRT Cluster 3 Sesi 2026/2029
๐Ÿ•˜ Masa: 9.45 malam โ€“ 12.35 tengah malam
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Mesyuarat Surau Annur

Mesyuarat AJK KRT Cluster 3 bagi sesi 2026/2029 telah berlangsung dengan lancar dan penuh komitmen daripada semua ahli jawatankuasa.

Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi, diikuti sesi perkenalan barisan AJK baharu bersama mantan kepimpinan. Turut diadakan taklimat berkaitan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRT bagi memastikan perjalanan organisasi lebih tersusun dan berkesan.

Beberapa perkara utama telah dibincangkan termasuk perancangan aktiviti komuniti, usaha mengeratkan hubungan sesama AJK serta inisiatif meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk.

Selain itu, beberapa tindakan awal telah dipersetujui bagi memperkemas pengurusan KRT dan memperkukuh komunikasi dalam kalangan AJK.

Pihak KRT Cluster 3 merakamkan penghargaan kepada semua AJK yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat ini. Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat bersama.

๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ














KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG | 21 OKTOBER 2025TAJUK PROGRAM: MESYUARAT KAUM IBU KRT CLUSTER 3TARIKH: 21 OK...
17/11/2025

KRT CLUSTER 3, TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG | 21 OKTOBER 2025
TAJUK PROGRAM: MESYUARAT KAUM IBU KRT CLUSTER 3
TARIKH: 21 OKTOBER 2025
MASA: 10.00 PAGI โ€“ 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT: SERAI SHAFTSBURY CYBERJAYA
PENYERTAAN: 8 ORANG KAUM IBU KRT CLUSTER 3

Mesyuarat kaum ibu KRT CLUSTER 3 telah diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang masih belum dilaksanakan bagi tahun ini serta merancang program-program untuk tahun hadapan. turut dibincangkan juga ialah urusan kutipan yuran dan pengagihan tugasan bagi memastikan perjalanan aktiviti komuniti kaum ibu berjalan lebih teratur.

Antara peserta yang hadir ialah puan Rohaya, Puteri Azizah, Salmah Hasni, Salmah Mansor, Norlela, Azu, Zalila dan kak Izan. Jumlah kehadiran adalah seramai lapan orang. Mesyuarat berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 1 tengah hari dan disusuli dengan jamuan makan tengah hari.

KRT CLUSTER 3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua wakil kaum ibu yang hadir dan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan mesyuarat ini. semoga perancangan yang dibentuk dapat dilaksanakan dengan baik.
๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ














KRT KELAS KETIGA, TAMAN PUTERA PERDANA, SEPANG | 27 SEPTEMBER 2025TAJUK PROGRAM: PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA โ€“ HARI CUCI MA...
17/11/2025

KRT KELAS KETIGA, TAMAN PUTERA PERDANA, SEPANG | 27 SEPTEMBER 2025

TAJUK PROGRAM: PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA โ€“ HARI CUCI MALAYSIA

TARIKH: 27 SEPTEMBER 2025
MASA: (8.00 - 12.00 pm)
TEMPAT: APARTMENT SIANTAN
PENGANJUR: KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
KERJASAMA: APARTMENT SIANTAN & KOSPEN KRT CLUSTER 3
PENYERTAAN KRT: 5 ORANG AJK KRT
NAMA PESERTA:
PUTERI AZIZAH
ROHAYA
SALMAH HASNI
EN REDZUAN
SALMAH MANSOR

Program Hari Cuci Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan NEGARA dengan kerjasama pengurusan apartment Siantan. KRT CLUSTER 3 telah menghantar seramai lima orang AJK KOSPEN sebagai wakil untuk membantu KOSPEN daerah Sepang.

Antara ajk yang hadir ialah puan Puteri Azizah, puan Rohaya, pn Salmah Hasni dan Encik Redzuan. Program berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan daripada penduduk Apartment Siantan serta pasukan kerjasama lain.

KRT CLUSTER 3, amat berbesar hati dapat turut serta dalam usaha memperkukuh perpaduan komuniti serta menyokong aktiviti kebersihan peringkat negeri.

KRT CLUSTER 3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk dan peserta yang telah hadir serta menjayakan program Hari Cuci Malaysia ini. komitmen dan kerjasama anda sangat dihargai
๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ














Address

Taman Putra Perdana
Puchong
47130

Telephone

+60192277712

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Cluster 3 Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Cluster 3 Sepang:

Share