Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia - Pekida Daerah Petaling

  • Home
  • Malaysia
  • Puchong
  • Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia - Pekida Daerah Petaling

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia  - Pekida Daerah Petaling OFFICIAL PAGE : PEKIDA DAERAH PETALING. (Non-Governmental Organizations)
PPM-002-02-10051983-000192

02/04/2026

Program E-Sedekah PEKIDA Malaysia

Penerima sumbangan dari ahli PEKIDA Daerah Petaling. Terima kasih kpd semua ahli diseluruh negeri.

Teruskan menyumbang https://semak.pekida.org.my/

02/04/2026

Mewakili bagi pihak PEKIDA Daerah Petaling

Terima kasih kepada semua penyumbang E-Sedekah PEKIDA Malaysia di seluruh negeri.
Terima kasih kepada TokAyah Presiden, Ybhg Dato Hj Mohd F**d serta AMT PEKIDA Malaysia yang mencetuskan program ini.

Kesempatan ini, PEKIDA Daerah Petaling menyeru agar semua ahli-ahli diseluruh negeri bersama-sama memberikan sokongan dan penyertaan agar ianya dpt dimanafaatkan bersama.

Bersama kita teguh bercerai kita roboh.

Teruskan menyumbang https://semak.pekida.org.my/

Penyerahan Bantuan Tabung Kebajikan PEKIDA Malaysia melalui dana E-Sedekah PEKIDA Malaysia kepada Sdr Che Wan, ahli PEKI...
02/04/2026

Penyerahan Bantuan Tabung Kebajikan PEKIDA Malaysia melalui dana E-Sedekah PEKIDA Malaysia kepada Sdr Che Wan, ahli PEKIDA Daerah Petaling yang telah menjalani pembedahan jantung sebelum ini di Hospital Serdang.

Bantuan ini diserahkan oleh Pengerusi PEKIDA Daerah Petaling, Ayahanda Sabri bin Adam. Ia bertujuan untuk serba sedikit meringankan beban dan membantu menampung kos rawatan/perbelanjaan.

Terima kasih kepada semua penyumbang E-Sedekah PEKIDA Malaysia di seluruh negeri.
Terima kasih kepada TokAyah Presiden, Ybhg Dato Hj Mohd F**d serta AMT PEKIDA Malaysia yang mencetuskan program ini.

Kesempatan ini, PEKIDA Daerah Petaling menyeru agar semua ahli-ahli diseluruh negeri bersama-sama memberikan sokongan dan penyertaan agar ianya dpt dimanafaatkan bersama.
Bersama kita teguh bercerai kita roboh.

Teruskan menyumbang https://semak.pekida.org.my/

25/07/2025

KATEGORI AHLI-AHLI PEKIDA MALAYSIA YANG LAYAK MENERIMA DANA E-SEDEKAH (TABUNG KEBAJIKAN PEKIDA MALAYSIA)

- RUMAH TERBAKAR
- PEMBEDAHAN JANTUNG
- SAKIT KRONIK
- RAWATAN HEMODIALISIS
- HILANG ANGGOTA BADAN (MAJOR)

JOM SEMUA AHLI PEKIDA TERUS MENYUMBANG, SILA DAFTAR @ TOPUP SUMBANGAN ANDA DI LINK DI BAWAH INI ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://semak.pekida.org.my/

30/06/2025
28/06/2025

UCAPAN MAAL HIJRAH 1447H
YBHG. TOK AYAH DATO' HJ. MOHD F**D MAT ISA, PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru Islam 1447 Hijrah. Selawat dan salam kita hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu para pejuang, pembawa cahaya kepada umat manusia.

Tahun ini kita sekali lagi diberikan kesempatan menyambut Maal Hijrah. Maal Hijrah bukan sekadar peralihan ke tahun baharu semata-mata, tetapi ia adalah satu menifestasi bahawa perjuangan dan pengorbanan itu adalah darah daging seorang Muslim sejati.

Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi satu strategi pembinaan tamadun, membina negara Islam yang berdaulat, berasaskan akidah, syariah dan perpaduan ummah.

Sebagai Presiden PEKIDA Malaysia, saya ingin mengajak seluruh ahli PEKIDA khususnya generasi muda selaku selaku pewaris perjuangan agar mengambil ibrah dan semangat hijrah dalam perkara berikut:

1. Hijrah Pemikiran

Berhijrahlah daripada menjadi umat yang leka kepada umat yang peka. Umat yang tahu membezakan antara musuh dan sahabat. Umat yang celik sejarahnya, teguh jati dirinya dan sedar peranannya sebagai penyambung perjuangan ummah.

2. Hijrah Perjuangan

PEKIDA bukan pertubuhan picisan. Kita lahir daripada rahim perjuangan. Kita ada sanad baiโ€˜ah yang sah sedari Khalifah Uthmaniyyah, melalui Tokku Paloh, Datoโ€™ Bahaman dan akhirnya ke Jemaah 30 pejuang asal yang bermesyuarat di Gunung Jerai demi membebaskan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan.

Sebagai ahli perjuangan dalam PEKIDA, kita sewajarnya bukan sekadar berpakaian segak, berarak dan berselawat, tetapi dalam diri kita wajib memiliki jiwa dan semangat untuk pertahankan Islam, bangsa Melayu, institusi raja dan tanah air yang kita cintai ini.

3. Hijrah Akhlak dan Taqwa

Setiap ahli PEKIDA juga wajib menjaga maruah diri, maruah pertubuhan dan maruah agama. Tinggalkan maksiat, jauhi rasuah, hindari khianat dan permusuhan sesama kita.

Jadilah ahli PEKIDA yang berilmu, beradab dan berani berkata benar walau berdepan rintangan.

Ingatlah, musuh tidak pernah tidur. Agenda memerangi Islam, memesongkan aqidah, liberalisme, hak kesamarataan antara kaum dan pelbagai lagi yang mengancam Islam dan bangsa Melayu sedang giat direncanakan oleh musuh-musuh Islam.

Maka dalam sambutan Maal Hijrah ini, saya menyeru agar kita bersama-sama lakukan kebangkitan atas nama Islam dan Melayu.

Kebangkitan dalam merapatkan saf dan kesatuan di kalangan ahli di bawah panji PEKIDA. Kebangkitan untuk mempertahankan warisan budaya dan bangsa. Islam Kebangkitan untuk menyambung perjuangan dan kebangkitan dalam melonjakkan nama PEKIDA sebagai sebuah organisasi yang disegani dan dihormati dalam negara.

Akhir kata sekali lagi saya menyeru seluruh ahli PEKIDA di segenap ceruk kampung, daerah, negeri dan seluruh negara untuk bangkit, bersatu dan terus istiqamah dalam dalam perjuangan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ ู‡ุฐุง ุงู„ุนุงู… ุนุงู…ู‹ุง ู…ุจุงุฑูƒู‹ุง ุนู„ูŠู†ุงุŒ ุนุงู… ู†ุตุฑู ูˆุชู…ูƒูŠู†ู ู„ุฏูŠู†ูƒุŒ ูˆูˆุญุฏุฉู ู„ุฃู…ุชูƒุŒ ูˆุซุจุงุชู ุนู„ู‰ ุงู„ุญู‚

Sekian,

PEKIDA BANGKIT!!!
PEKIDA TAAT DAN SETIA!!!
ALLAHU AKBAR!!!

ูˆุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

1 MUHARRAM 1447H / 6 JULAI 2025

20/06/2025
18/06/2025

Laungan Takbir oleh ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia - Pekida Daerah Petaling bagi melaungkan kebesaran Allah SWT

18/06/2025

14/6/2025 - Persembahan Silat dari ahli-ahli PEKIDA Daerah Petaling yang diketuai oleh Sdr Abdul Halim bin Sabri. Persembahan ini menutup tirai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia - Pekida Daerah Petaling

14/6/2025 (PUCHONG) - Alhmdulilah..syukur ke hadrat Allah SWT Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan PEKIDA Daerah...
18/06/2025

14/6/2025 (PUCHONG) - Alhmdulilah..syukur ke hadrat Allah SWT Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan PEKIDA Daerah Petaling berjalan lancar yang dirasmikan oleh Ybhg Tok Ayah Dato' Hj Mohd Fuad bin Hj Mat Isa, PRESIDEN PEKIDA Malaysia.

Terima kasih kpd semua ahlijwtnkuasa.. .ahli-ahli jemaah yg membantu sejak dr awal persiapan sehingga selesai
Segala pengorbanan semua amatlah dihargai dan moga dibalas sebaik-baik balasan

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua ahli yg melapangkn masa.

Bagi pihak PEKIDA Daerah Petaling, jika ada sbrng kecacatan dan layanan harap dimaafkan. Semoga kita jumpa tahun depan dan majlis akan datang.. .

Salam ukhwah, Salam perjuangan

Terima kasih dan terima kasih

Address

Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia - Pekida Daerah Petaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share