HDF Official

HDF Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HDF Official, Nonprofit Organization, No. 6, Jalan Nusaputra 1/2b, Bandar Nusaputra, Puchong.

Salam Nuzul al-Quran 1447H/2026M
07/03/2026

Salam Nuzul al-Quran 1447H/2026M

Apa jua alasan US & Regim Zionis, ianya bukannya tiket untuk mengambil tindakan sendiri ke atas kedaulatan sesebuah nega...
02/03/2026

Apa jua alasan US & Regim Zionis, ianya bukannya tiket untuk mengambil tindakan sendiri ke atas kedaulatan sesebuah negara lain. Hak asasi manusia dan kedaulatan sesebuah negara tidak harus dilanggar sewenang-wenangnya..

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Belia Antar...
02/03/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) berkuat kuasa mulai 2 Mac 2026.

🇲🇾 PELANCARAN “WATT A RACE 2026” DI Heriot-Watt University MalaysiaPada 25 Februari 2026, YBhg. Dr. Mohamed Maliki Moham...
25/02/2026

🇲🇾 PELANCARAN “WATT A RACE 2026” DI Heriot-Watt University Malaysia

Pada 25 Februari 2026, YBhg. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Development Foundation (HDF), telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program “Watt A Race 2026” yang berlangsung di kampus Heriot-Watt University Malaysia (HWU) di Putrajaya.

Program berbentuk eksplorasi ini melibatkan enam pasukan pelajar daripada pelbagai latar belakang kenegaraan, tahun pengajian dan bidang akademik. Para peserta perlu menyelesaikan tugasan serta menjawab soalan di 15 check points yang memfokuskan kepada kepelbagaian budaya, seni dan karakteristik masyarakat dari pelbagai negara.

Menurut Puan Natasya Saat, Koordinator Program dan Pensyarah Kanan universiti berkenaan, program ini mendapat sokongan peruntukan geran daripada ibu pejabat Heriot-Watt University yang berpangkalan di United Kingdom. Selain kampus di Malaysia, universiti ini turut mempunyai cawangan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Dalam ucaptama bertajuk “Racing Together Across Cultures: Embracing Diversity for a Better Future”, beliau menekankan bahawa kepelbagaian merupakan kekuatan yang perlu diraikan dalam membina masa depan yang lebih harmoni dan inklusif.

Beliau turut menyatakan:

“Pada satu sisi, perkataan ‘race’ melambangkan persaingan sihat, cabaran yang membina semangat berpasukan, daya tahan dan perkembangan diri. Namun pada sisi yang lebih mendalam, ia mengajak kita merenung makna kepelbagaian manusia yang kaya dengan etnik, bahasa, budaya dan tradisi. Perbezaan ini bukan halangan, tetapi khazanah yang mesti dihormati dan diraikan.”

Beliau juga menzahirkan rasa bangga melihat para pelajar mengenakan pakaian tradisional sebagai simbol identiti dan warisan budaya. Menurut beliau, universiti bukan sekadar pusat ilmu, tetapi ruang membina empati, kefahaman dan literasi budaya.

Dalam ucapannya, beliau turut merujuk kepada pandangan ahli astronomi terkenal Carl Sagan melalui konsep Pale Blue Dot, yang menggambarkan bumi sebagai titik biru kecil dan rapuh di tengah kosmos, mengingatkan manusia bahawa kita berkongsi planet yang sama dan wajar bersatu dalam kepelbagaian.

Majlis berakhir dengan perasmian rasmi program “Watt A Race 2026”.

Semoga Heriot-Watt University Malaysia terus maju sebagai institusi pendidikan bertaraf global yang meraikan kepelbagaian dan melahirkan generasi berfikiran global serta berjiwa kemanusiaan.



🇬🇧

LAUNCH OF “WATT A RACE 2026” AT Heriot-Watt University Malaysia

On 25 February 2026, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Chief Executive Officer of the Humanitarian Development Foundation (HDF), delivered the keynote address and officially launched “Watt A Race 2026” at Heriot-Watt University Malaysia (HWU), at Putrajaya.

The programme is an exploratory campus-based activity involving six teams of students from diverse nationalities, academic years and disciplines. Participants competed by completing tasks and answering questions across 15 checkpoints focusing on cultural diversity, arts and the unique characteristics of societies around the world.

According to Madam Natasya Saat, Programme Coordinator and Senior Lecturer, the initiative received grant support from the headquarters of Heriot-Watt University in the United Kingdom. In addition to its Malaysia campus, the university also operates a branch in Dubai, United Arab Emirates.

In his keynote speech entitled “Racing Together Across Cultures: Embracing Diversity for a Better Future”, Dr. Maliki emphasised that diversity is a strength to be celebrated.

He stated:

“On one level, the word ‘race’ represents healthy competition, a constructive challenge that builds teamwork, resilience and personal growth. More profoundly, it invites us to reflect on the richness of human diversity. Across the world, we see a tapestry of ethnicities, languages, cultures and traditions. These differences are not obstacles, they are treasures.”

He also expressed his delight in seeing students proudly wearing traditional attire, describing clothing as a symbol of history, identity and pride. He reminded students that universities are not merely centres of knowledge, but spaces that nurture empathy, understanding and cultural literacy.

In his speech, he referenced the vision of Carl Sagan in Pale Blue Dot, which describes Earth as a tiny, fragile point in the vast cosmos, a humbling reminder that humanity shares one planet and must unite despite differences.

The event concluded with the official declaration of the opening of “Watt A Race 2026”.

May Heriot-Watt University Malaysia continue to thrive as a global institution that celebrates diversity and nurtures socially conscious, globally minded graduates.

📍 CYBERJAYA | 24 FEBRUARI 2026Berbesar hati menerima kunjungan dua calon Sarjana Polisi Awam dari Lee Kuan Yew School of...
24/02/2026

📍 CYBERJAYA | 24 FEBRUARI 2026

Berbesar hati menerima kunjungan dua calon Sarjana Polisi Awam dari Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (NUS) yang sedang melaksanakan penyelidikan tahun akhir mereka.

Puan Nurulhuda Abdul Hamid (Kementerian Perladangan dan Komoditi) dan Puan Chong Xin Wei (Kementerian Pendidikan Tinggi) merupakan penjawat awam Malaysia yang mengikuti pengajian sepenuh masa di NUS dengan tajaan biasiswa penuh daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kajian yang dijalankan memberi tumpuan kepada penglibatan belia terpinggir (youth-at-risk) dalam proses pembangunan dasar kerajaan di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta. Penyelidikan ini dilaksanakan di bawah pasukan Nusantara Nexus.

Saya amat menghargai apabila pengalaman perkhidmatan di Universiti Sains Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, serta penglibatan dalam kepimpinan NGO belia di peringkat kebangsaan dan serantau Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Asia (AYC) dapat menyumbang kepada wacana penting ini.

Difahamkan bahawa kajian ini turut mendapat sokongan daripada UNESCO dalam usaha membangunkan kerangka polisi yang lebih inklusif bagi mendepani cabaran golongan belia berisiko, rentan dan dalam kategori NEET (Not in Education, Employment and Training).

Semoga kedua-dua penyelidik ini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan terus menyumbang kepada perkhidmatan awam Malaysia dengan tahap profesionalisme, integriti dan impak yang bermakna.

---------------------

📍 CYBERJAYA | 24 FEBRUARY 2026

It was a distinct pleasure to receive two Master of Public Policy candidates from the Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (NUS), who are currently undertaking their final research project.

Ms. Nurulhuda Abdul Hamid (Ministry of Plantation and Commodities) and Ms. Chong Xin Wei (Ministry of Higher Education) are Malaysian civil servants pursuing their studies full-time at NUS under a full scholarship sponsored by the Department of Malaysia Civil Service.

Their research focuses on the engagement of marginalized and youth-at-risk communities in public policy development processes across Kuala Lumpur, Singapore and Jakarta. The study is conducted under their research team, Nusantara Nexus.

I am honoured that my professional experience at University Science Malaysia and the Ministry of Youth And Sports Malaysia, together with my involvement in youth leadership at the national and regional levels including the Malaysian Youth Council (MYC) and Asian Youth Council (AYC) could contribute to this important discourse.

The research is supported by UNESCO and seeks to advance a more inclusive policy framework to address the needs of at-risk, vulnerable and NEET (Not in Education, Employment and Training) youth.

I wish them every success in completing their studies with distinction and in continuing their service to Malaysia with professionalism, integrity and lasting impact.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee atas pelantikan sebagai Ketua Pegaw...
03/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Kemanusiaan (HDF).
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman serta komitmen Y.Bhg Dr. dalam memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, pembangunan masyarakat dan kelestarian sosial. Di bawah kepimpinan Y.Bhg Dr, HDF akan terus diperkukuh sebagai sebuah yayasan yang berwibawa, progresif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi pembangunan insan dan agenda kemanusiaan sejagat.
Seluruh warga dan rakan strategik HDF mendoakan agar Dr. dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan serta kelancaran dalam mengemudi amanah dan tanggungjawab ini.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Semoga HDF terus melakar kejayaan dan memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan masyarakat.

Ikhlas daripada
Pengerusi dan seluruh ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Kemanusiaan (HDF)

Setinggi-tinggi Tahniah dan Menjunjung KasihYAM HAJAH SHARIFAH KHATREENA NURANIAH BINTI TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMA...
30/01/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Menjunjung Kasih

YAM HAJAH SHARIFAH KHATREENA NURANIAH BINTI TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL

di atas pelantikan sebagai Penaung Diraja, Yayasan Pembangunan Kemanusiaan.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan nilai kemanusiaan, kebudayaan dan pembangunan masyarakat yang lestari.
Kami amat berbesar hati dan mendoakan agar YAM Hajah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan serta keberkatan Allah SWT dalam setiap langkah dan amanah yang dipikul.

Menjunjung kasih YAM Hajah.

ikhlas daripada
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Kemanusiaan (HDF)




Salam Aidiladha 1446H/2025M
07/06/2025

Salam Aidiladha 1446H/2025M

Salam Takziah Buat seluruh Ahli Keluarga Allahyarham Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5.Semoga Roh Allah...
15/04/2025

Salam Takziah
Buat seluruh Ahli Keluarga Allahyarham Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5.
Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman.

Our Prayers Are With Putra Heights & Kampung Sungai BaruIn this moment of tragedy, our hearts go out to the communities ...
03/04/2025

Our Prayers Are With Putra Heights & Kampung Sungai Baru

In this moment of tragedy, our hearts go out to the communities of Putra Heights and Kampung Sungai Baru, and to all individuals affected by the recent explosion.

To those who have experienced loss, injury, or emotional trauma — please know that you are not alone. We are with you in spirit, praying for healing, safety, and strength.

To the courageous emergency responders, frontliners, and volunteers — your efforts are deeply appreciated. Thank you for standing strong for the community.

Let us continue to uplift one another with love and unity during this difficult time.





Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hasan, Menteri Luar Negeri di atas penyampaian Kenyataan L...
23/02/2024

Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hasan, Menteri Luar Negeri di atas penyampaian Kenyataan Lisan mewakili Malaysia di Sesi Pendengaran Awam berhubung permohonan bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin, termasuk Baitul Maqdis Timur di Peace Palace, ICJ, The Hague, Belanda.
Ucapan yang disampaikan oleh beliau mendapat sambutan dan pujian daripada pihak asing yang rata-rata menyokong pendapat serta hujahan yang disampaikan. Tahniah juga kepada Pasukan Wisma Putra, Pejabat Peguam Negara dan sudah pastinya Pasukan Peguam Yayasan MyAQSA yang diketuai oleh Prof Datuk Dr Rahmat.
Semoga usaha ini memberikan impak yang besar untuk keamanan tatkala seluruh masyarakat dunia inginkan pendamaian di tanah Palestin serta semangat kemanusiaan dapat ditegakkan di bumi Palestin.

Ikhlas

Ketua Eksekutif dan Lembaga Pemegang Amanah
Humanitarian Development Foundation

Address

No. 6, Jalan Nusaputra 1/2b, Bandar Nusaputra
Puchong
47130

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HDF Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HDF Official:

Share