16/05/2024
Soalan :
Jika si jenazah itu mempunyai hutang, Hutang dengan Hak2 Allah SWT dan Hutang dengan manusia, yang mana di dahulukan?
Jawapan :
Ini berdasarkan kepada hadith daripada Ibn Abbas R.A, seorang perempuan daripada Bani Juhainah datang bertemu Rasulullah SAW, lalu berkata:
إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ أَفَأَحُجَّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَتَهُ؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: اَقْضُوا دَينَ اللهِ، الَّذِي لَهُ، فَإِنَّ اللَّهَ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ.
Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji. Adakah aku perlu mengerjakan haji bagi pihaknya?” Baginda menjawab: “Ya, tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bukankah sekiranya ibumu berhutang, kamu akan menyelesaikannya?” Dia menjawab: “Ya.” Baginda bersabda lagi: “Tunaikanlah hutang Allah kerana hutang Allah lebih berhak ditunaikan.”
Riwayat al-Bukhari (7315)
Jadi jika ada di antara kita ingin bahagikan harta pusaka si mati pastikan dia chek dulu tentang harta si mati itu sebelum dia bahagikan harta pusaka.
Lagi2 bab badal haji.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua.