13/04/2026
10 April 2026 I Geo Hotel Resort, Genting Highlands
KONVENSYEN MAJLIS GURU BESAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI SELANGOR
Terima kasih diucapkan kepada urusetia majlis yang menjemput serta membenarkan pihak Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur dalam menyertai program ini pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga kepada YBhg. Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Noormalis, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Hulu Selangor dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang telah sudi singgah di booth kami untuk merasai Simulasi Kebakaran yang dibawakan khas untuk program ini.
Semoga konvensyen ini menjadi pemangkin kepada transformasi berterusan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah-sekolah di Negeri Selangor serta memperkukuhkan lagi hubungan erat diantara NGO Kami sekolah bukan sahaja didalam bidang pendidikan malahan untuk pencegahan kebakaran.
‘Tahun Ini, Tahun Kita’