PIBG SK Pelabuhan Utara Official

PIBG SK Pelabuhan Utara Official Info sarana ibu bapa SK Pelabuhan Utara. Menghebahkan maklumat berkaitan program dan aktiviti PIBG.

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธTarikh : 31 Oktober 2025 / 9 Jamadil Awal 1447HHari : JumaatBilangan : 6 / 2025Anju...
02/11/2025

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธ

Tarikh : 31 Oktober 2025 / 9 Jamadil Awal 1447H
Hari : Jumaat
Bilangan : 6 / 2025
Anjuran : Unit Kebajikan Murid (HEM) dengan kerjasama PIBG

Alhamdulillah, Program Sesuap Rasa Setulus Kasih edisi keenam telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan semangat kebersamaan. Melalui sumbangan ikhlas daripada para penyumbang dan warga sekolah yang prihatin, program kali ini berjaya menyediakan sarapan pagi berupa karipap kepada 100 orang murid sesi pagi terawal. Selain itu, semua murid Tahun 2 turut menerima kek coklat Apollo sebagai tanda kasih dan perhatian terhadap kebajikan mereka.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah murid-murid yang menikmati juadah tersebut bersama-sama. Suasana penuh ceria ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara warga sekolah, malah menyuntik semangat murid untuk memulakan hari dengan lebih positif. Program ini turut memberi kesan yang bermakna apabila murid-murid hadir ke kelas dengan perasaan teruja dan bersemangat untuk menduduki ujian bagi murid sesi pagi.

Semoga program Sesuap Rasa Setulus Kasih terus menjadi wadah yang menyemai rasa syukur, kasih sayang dan semangat memberi dalam kalangan warga sekolah.

๐ŸŒธPROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธTarikh : 17 Oktober 2025 / 25 Rabiul Akhir 1447HHari : JumaatBilangan : 5 / 2025Anju...
18/10/2025

๐ŸŒธPROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธ

Tarikh : 17 Oktober 2025 / 25 Rabiul Akhir 1447H
Hari : Jumaat
Bilangan : 5 / 2025
Anjuran : Unit Kebajikan Murid (HEM) dengan kerjasama PIBG

Alhamdulillah, Program Sesuap Rasa Setulus Kasih kembali mewarnai pagi Jumaat dengan penuh keberkatan. Penganjuran kali kelima ini menjadi bukti keprihatinan warga sekolah terhadap kebajikan murid, di samping menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dapat dikongsi bersama. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PIBG dan para penyumbang yang tidak pernah jemu menghulur bantuan, menjadi tulang belakang kepada kejayaan program ini.

Program kali ini bukan sekadar memberi makanan, tetapi juga menyemai nilai kasih sayang, empati dan kesedaran sosial dalam diri murid. Melalui inisiatif sebegini, mereka dididik untuk menghargai nikmat rezeki serta memahami pentingnya saling membantu dalam komuniti sekolah.

Suasana ceria jelas terpancar pada wajah murid-murid yang menikmati juadah bersama rakan dan guru. Semoga Sesuap Rasa Setulus Kasih terus menjadi jambatan kasih yang menghubungkan hati, menyuburkan rasa prihatin serta menambah keberkatan dalam setiap langkah warga sekolah.

๐Ÿ’ƒ PERTANDINGAN FORMASI AERODANCE TERBUKA HARI SUKAN NEGARA 2025๐Ÿ“… Tarikh: 12 Oktober 2025๐Ÿ“ Tempat: Dataran Putrajayaโฐ Mas...
12/10/2025

๐Ÿ’ƒ PERTANDINGAN FORMASI AERODANCE TERBUKA HARI SUKAN NEGARA 2025

๐Ÿ“… Tarikh: 12 Oktober 2025
๐Ÿ“ Tempat: Dataran Putrajaya
โฐ Masa: 7:30 pagi โ€“ 12:00 tengah hari

Alhamdulillah dengan keizinanNya, pasukan FLEXIKIDS SKPU pd hari ini telah menyertai Pertandingan Formasi Aerodance sempena Hari Sukan Negara 2025 di Putrajaya anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan bagi kategori 7-14 tahun.

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada pasukan FLEXIKIDS SKPU kerana berjaya mendapat JOHAN bagi kategori yang telah dipertandingkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin ducapkan kepada Jurulatih Utamanya, Pn. Norzaliamasayu binti Mohd Lias dan pengurus pasukannya Pn.Nursyahidah binti Mokhtar yang bertungkus lumus melatih, mengurus dan membimbing anak-anak FLEXIKIDS sehingga boleh mencapai ke tahap ini..

Turut diberi penghargaan juga kepada ibu bapa yg sentiasa memberi sokongan moral, kewangan dan masa demi minat anak-anak untuk lebih berpotensi dan maju ke hadapan.

Semangat, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan anak-anak menjadi bukti bahawa kejayaan lahir daripada usaha bersama โ€” anak, jurulatih dan ibu bapa.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua untuk kekal aktif, sihat dan bersemangat dalam dunia sukan dan tarian serta apa jua bidang yang dceburi ๐Ÿ†โœจ

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธTarikh : 3 Oktober 2025 / 10 Rabiul Akhir 1447HHari : JumaatBilangan : 4 / 2025Anju...
04/10/2025

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธ

Tarikh : 3 Oktober 2025 / 10 Rabiul Akhir 1447H
Hari : Jumaat
Bilangan : 4 / 2025
Anjuran : Unit Kebajikan Murid (HEM) dengan kerjasama PIBG

Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurnia-Nya, Program Sesuap Rasa Setulus Kasih dapat diteruskan buat kali keempat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada PIBG dan para penyumbang yang tidak jemu menyokong, sehingga program ini dapat dijalankan secara berterusan demi manfaat warga sekolah.

Biarpun suasana pagi ditemani hujan, murid-murid tetap hadir awal dengan penuh semangat. Seperti biasa, 100 murid sesi pagi menerima juadah istimewa. Kali ini, donut susu menjadi pilihan, menambahkan lagi kegembiraan dalam kalangan mereka.

Program ini bukan sahaja memberi makanan, bahkan turut mengeratkan hubungan antara guru dan murid. Dengan adanya inisiatif sebegini, murid dapat memulakan sesi pembelajaran dengan perut terisi, hati gembira dan lebih bersemangat menimba ilmu. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin suasana sekolah yang ceria dan penuh keberkatan.


๐ŸŒฟ PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA , TAHUN2025 ๐ŸŒฟ๐Ÿ“… Tarikh : 27 September 2025 / 4 Rabiul Akhir 1447H๐Ÿ“Œ Hari : Sabtu๐Ÿซ Anjuran ...
28/09/2025

๐ŸŒฟ PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA , TAHUN2025 ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… Tarikh : 27 September 2025 / 4 Rabiul Akhir 1447H
๐Ÿ“Œ Hari : Sabtu
๐Ÿซ Anjuran : PIBG SKPU dgn kerjasama UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SKPU

Syukur ke hadrat Ilahi, Program Gotong-Royong Perdana Bersama PIBG Sesi 2025 telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan yang menggalakkan daripada ibu bapa, murid-murid serta warga sekolah.

Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah, malah menjadi medan untuk memupuk nilai kebersamaan, semangat kerjasama, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sekolah dan komuniti.

Hasil pelaksanaan program ini, kawasan sekolah kini kelihatan lebih bersih, ceria dan kondusif. Diharapkan suasana yang lebih selesa ini dapat meningkatkan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah serta memberi semangat kepada guru dalam melaksanakan tugas harian.


๐Ÿ“ ๐Ÿงน๐Ÿช ๐Ÿช’๐Ÿ•‘๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ฃJOM HADIR PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK PELABUHAN UTARA TAHUN 2025ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..1...
23/09/2025

๐Ÿ“ ๐Ÿงน๐Ÿช ๐Ÿช’๐Ÿ•‘๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ฃ

JOM HADIR PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK PELABUHAN UTARA TAHUN 2025

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

1. Sukacita dijemput kepada semua ibu bapa/ penjaga untuk hadir ke Program Gotong-Royong Perdana yang bakal diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 27.9.2025
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Persekitaran SK Pelabuhan Utara

2.Bersama- sama ini disertakan link survey kehadiran awal ibu bapa bagi memudahkan agihan tugasan semasa gotong royong dijalankan..

https://forms.gle/2beL7TfZcgCDVnWp9

3. Sijil Penghargaan e-Gotong-Royong Perdana SKPU dsediakan kepada semua yg hadir pada hari tersebut.

4. Sarapan pagi disediakan dan sumbangan juadah tambahan amatlah dialu2kan drp ibu bapa penjaga.

5.Digalakan ibu bapa / penjaga mmbawa peralatan seperti berus cat, skop, cangkul dan kereta sorong..

6 .Terima ksh atas keperihatinan dan kerjasama daripada semua ibu bapa / penjaga..

ibu bapa/ penjaga yg belum join group info sarana ibu bapa bolelah tekan link ini

https://t.me/+8OnelWsKHkAzZmVl

Sekian, terima ksh

URUSETIA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SKPU

SURVEY KEHADIRAN IBU BAPA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK PELABUHAN UTARA TAHUN 2025ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
17/09/2025

SURVEY KEHADIRAN IBU BAPA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK PELABUHAN UTARA TAHUN 2025

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Sukacita dijemput kepada semua ibu bapa/ penjaga hadirke Program Gotong-Royong Perdana yang bakal diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 27.9.2025
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Persekitaran SK Pelabuhan Utara

Bersama- sama ini disertakan link survey kehadiran awal ibu bapa bagi memudahkan agihan tugasan semasa gotong royong dijalankan..

https://forms.gle/2beL7TfZcgCDVnWp9

Terima ksh atas keperihatinan dan kerjasama daripada semua ibu bapa / penjaga..

ibu bapa/ penjaga yg belum join group info sarana ibu bapa bolelah tekan link ini untuk join

https://t.me/+8OnelWsKHkAzZmVl

Sekian, terima ksh

URUSETIA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SKPU

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธTarikh : 12 September 2025 / 19 Rabiul Awwal 1447HHari : JumaatBilangan : 3 / 2025A...
13/09/2025

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธ

Tarikh : 12 September 2025 / 19 Rabiul Awwal 1447H
Hari : Jumaat
Bilangan : 3 / 2025
Anjuran : Unit Kebajikan Murid (HEM) dengan kerjasama PIBG

Syukur ke hadrat Ilahi, Program Sesuap Rasa Setulus Kasih berjaya dianjurkan sekali lagi dan kini memasuki siri ketiga. Penganjuran ini terus menerima sambutan hangat daripada murid-murid serta mendapat dukungan penuh daripada para penyumbang yang budiman.

Lebih menggembirakan, walaupun cuti sekolah semakin hampir, murid-murid tetap bersemangat hadir awal ke sekolah. Seramai 100 murid terawal sesi pagi dan semua murid Tahun 1 bagi sesi petang telah menerima juadah makanan istimewa sumbangan PIBG dan individu prihatin.

Program ini bukan sahaja memberi ganjaran berbentuk juadah, malah turut menyemai nilai kebersamaan dan rasa syukur dalam kalangan warga sekolah, menjadikan suasana lebih ceria dan bermakna.


01/09/2025
๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธTarikh : 29 Ogos 2025 / 5 Rabiul Awal 1447HHari     : JumaatBilangan : 2 / 2025Anju...
30/08/2025

๐ŸŒธ PROGRAM SESUAP RASA SETULUS KASIH ๐ŸŒธ

Tarikh : 29 Ogos 2025 / 5 Rabiul Awal 1447H
Hari : Jumaat
Bilangan : 2 / 2025
Anjuran : Unit Kebajikan Murid (HEM) dengan kerjasama PIBG

Alhamdulillah, dengan keizinNya, Program Sesuap Rasa Setulus Kasih berjaya dilaksanakan untuk kali yang kedua dengan jayanya dan mendapat sambutan sepenuhnya daripada murid-murid dan para penyumbang.

Inisiatif ini terus mengekalkan objektif utamanya iaitu menyemai rasa prihatin dan memberi dorongan kepada murid agar hadir awal ke sekolah. Seramai 100 orang murid terawal yang hadir pada sesi pagi dan murid tahun 3 bagi sesi petang berpeluang menerima juadah makanan yang disumbangkan oleh PIBG dan individu.

Kejayaan program yang telah memasuki siri kedua ini diharap mampu memperkukuh budaya disiplin hadir awal ke sekolah, di samping menyemarakkan semangat murid untuk menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi


26/08/2025

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI

๐ŸŒธ PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA PIBG SESI 2025 ๐ŸŒธ

โ‡๏ธUntuk makluman semua, Program Gotong-Royong Perdana ini dianjurkan oleh Unit 3K dan Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama PIBG SKPU.

โ‡๏ธProgram ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, ceria dan selesa.
โ‡๏ธSemua ibu bapa dijemput hadir bersama-sama untuk berganding bahu menceriakan persekitaran sekolah.
โ‡๏ธSarapan pagi disediakan dan sumbangan juadah daripada ibu bapa amat dialu-alukan.

Pelaksanaan program ini akan diadakan seperti berikut:
๐Ÿ“Œ Tarikh : 27 September 2025 (Sabtu)
๐Ÿ•– Masa : 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿซ Tempat : Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara

Semoga dengan adanya program ini, ikatan silaturahim antara pihak sekolah, PIBG, ibu bapa dan warga SK Pelabuhan Utara semakin erat di samping memupuk semangat kerjasama serta bergotong-royong.

Sekian, terima kasih atas sokongan semua.
โ€œBersatu Hati, Sekolah Ceria.โ€ ๐ŸŒน

Address

Bandar Sultan Suleiman
Port Swettenham
42000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Pelabuhan Utara Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share