Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah

Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah Siap Di bina pada tahun 1999 ,05 Mac Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PADUKA SRI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SIR HISAMUDDIN ALAM SHAH ALHAJ - 1960-2001

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001). Baginda belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klan

g pada 1934 dari darjah 1 hingga 6. melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga Disember, 1941 apabila meletus Perang Dunia Kedua .1947-1949 belajar p**a di School of Oriental and African Studies, Universiti London . Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih Jabatan Ukur Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Nazir Sekolah selama lapan bulan. 1952 menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan `Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar'. Dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950. Pada 1 September 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat , Sultan Salahuddin dilantik sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabal sebagai Sultan pada 26 Jun 1961. Baginda mempunyai 10 putera dan puteri dari 3 isteri. Dengan isteri pertama yang juga sepupu baginda, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, baginda dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu
Tengku Idris Shah yang merupakan Raja Muda Selangor,
Tengku Puteri Sofiah,
Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor),
Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah
(Tengku Panglima Besar Selangor),
Tengku Puteri Arafiah
dan Tengku Puteri Aishah. Bersama isteri kedua, Cik Mahiran, baginda dikurniakan seorang putera,
Tengku Ahmad Shah
manakala dengan isteri ketiga Tengku Ampuan Rahimah Almarhum Sultan Abdul Aziz dikurniakan dua puteri iaitu
Tengku Puteri Nor Marina dan Tengku Puteri Nor Zihan. Pada 3 Mei 1990 baginda berkahwin dengan Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudian bergelar Cik Puan Besar Selangor.Mereka tidak dikurniakan anak. Baginda ditabal sebagai Yang diPertuan Agong pada 23 September 1999. Baginda mengisytiharkan Tengku Idris Shah sebagai Pemangku Raja Selangor. Baginda mangkat pada 11.57 pagi , 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Kuala Lumpur

24/08/2026
21/08/2026

KHATIB DAN IMAM JUMAAT : USTAZ MOHD IRFAN
BILAL JUMAAT : USTAZ MUHAMMAD FAISZI

TAJUK KHUTBAH : MAULIDUR RASUL: MEMAKNAI SEMULA CINTA KEPADA NABI SAW

21/08/2026
PROGRAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau IndahAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.De...
20/08/2026

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™
Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh sukacita, Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah menjemput seluruh ahli kariah dan masyarakat setempat untuk bersama-sama memeriahkan Program Maulidur Rasul 1448H dengan pengisian yang penuh keberkatan dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

๐Ÿ“– BACAAN RAWI & MARHABAN
๐Ÿ“… 24 โ€“ 29 Ogos 2026
๐Ÿ•Œ Selepas Solat Maghrib

โœจ KEMUNCAK PROGRAM โ€“ 30 OGOS 2026(SABTU)
๐ŸŽ™๏ธ Ceramah Perdana Maulidur Rasul
๐Ÿ•Œ Selepas Solat Maghrib

๐Ÿ“– Bacaan Rawi & Marhaban
๐Ÿ‘ถ Majlis Tahnik
๐Ÿ•Œ Selepas Solat Isyak

๐Ÿ’™ Tema:
โ€œMeneladani Akhlak Rasulullah SAWโ€
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid, memperbanyakkan selawat dan menghayati sirah serta akhlak Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan.

โ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.โ€
(Surah al-Ahzab: 21)

๐Ÿ“ Tempat:
Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat.
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. ๐Ÿคฒ

19/08/2026

NAMA PENCERAMAH : USTAZ ABDUL QUDDUS

17/08/2026

Penceramah: Ustaz Abdul Salam
Kitab : Nasihat Agama

15/08/2026

Petang ni kita test stamina dulu ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จ
Konon nak test staminaโ€ฆ sekali baru gerak brp langkah , paru-paru dah buat mesyuarat tergempar tercungapยฒ ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Tapi takpe! Yang penting kita cuba, kita bergerak, kita enjoy! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ
Jom ramai-ramai join LARIAN MERDEKA โ€“ FUN RUN & BRISKWALK ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ“… 30 Ogos 2026
Tak perlu tunggu stamina power baru nak joinโ€ฆ join dulu, stamina kita bincang kemudian! ๐Ÿคฃ
Jom meriahkan Merdeka dengan langkah kita! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›
Tq Rakan Strategik kita Jual Coffee Masjid Cyberjaya 10

**auindah

14/08/2026

Khatib dan Imam Jumaat : Ustaz Muhammad Aiman
Bilal Jumaat : Bilal Md Robi

Tajuk Khutbah : "Ihsan terhadap makhluk Allah s.w.t"

Address

Masjid Sultan Abdul Aziz, Persiaran Masjid Sultan
Port Klang
42920

Telephone

+60103580503

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah:

Shortcuts

Share