Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3

Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3 Page rasmi Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™Maaf Zahir dan BatinSemoga Aidilfitri yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, keberk...
20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta mempereratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga komuniti kita.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang telah ditunjukkan oleh semua penduduk.

Semoga Syawal ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Ikhlas daripada:
Persatuan Penduduk & KRT
Taman Bayu Indera 3

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUKKRT TAMAN BAYU INDERA 3Alhamdulillah, Program Agihan Bubur Lambuk anjuran KRT Taman Bayu Inde...
07/03/2026

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK
KRT TAMAN BAYU INDERA 3

Alhamdulillah, Program Agihan Bubur Lambuk anjuran KRT Taman Bayu Indera 3 bersama Persatuan Penduduk yang diadakan pada 07 Mac 2026 di Jalan utama Taman Bayu Indera 3 telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penduduk.

Program ini diadakan bersempena bulan Ramadan bagi berkongsi rezeki serta memupuk semangat silaturahim dan kejiranan dalam kalangan warga taman. Ramai penduduk hadir untuk mengambil bubur lambuk yang disediakan serta bersama-sama memeriahkan suasana Ramadan di taman kita.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK KRT, Persatuan Penduduk, Jiran Wanita Rukun Tetangga serta para penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan mengeratkan lagi hubungan sesama jiran.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini, pihak kami dengan rendah hati memohon maaf.
Terima kasih atas sokongan padu warga Taman Bayu Indera 3.





πŸŒ™

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM BERBUKA PUASA & SOLAT BERJEMAAH  ANJURAN KRT TAMAN BAYU INDERA 3βœ¨πŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...
01/03/2026

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM BERBUKA PUASA & SOLAT BERJEMAAH ANJURAN KRT TAMAN BAYU INDERA 3βœ¨πŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera 🀍

Alhamdulillah, Program Berbuka Puasa yang telah diadakan pada 28 Februari 2026 di Padang Futsal Taman Bayu Indera 3 telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan.

Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa secara potluck yang meriah dengan pelbagai juadah sumbangan penduduk. Program kemudiannya diteruskan dengan Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah, yang disertai oleh warga Bayu Indera 3 dalam suasana penuh khusyuk dan ukhuwwah πŸ€²πŸŒ™

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang hadir, yang menyumbang juadah serta yang membantu menjayakan program ini. Semangat kebersamaan dan kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan ❀️🀝

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jiran.
Semoga segala usaha dan sumbangan kita diterima serta diberkati Allah SWT.




πŸ“ŒLAPORAN RASMISabtu 13 December 2025 Padang futsal bayu indera 3Mesyuarat agung tahun 2025 Persatuan Penduduk Taman Bayu...
15/12/2025

πŸ“ŒLAPORAN RASMI

Sabtu 13 December 2025
Padang futsal bayu indera 3

Mesyuarat agung tahun 2025 Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3

Program mesyuarat agung tahunan bagi 2025 telah dilaksanakan pada 9 malam sabtu lalu dengan kehadiran seramai 70 orang penduduk bagi membincangkan isu-isu berkaitan taman dan perancangan bagi program penduduk 2026 oleh pengerusi En Fauzi.

Antara pengisian AGM kali ini adalah;

β€’ Pembentangan belanjawan tahun 2025
β€’ Pembangunan surau taman
β€’ Penubuhan KRT dan SRS
β€’ Status pelaksanaan kawalan keselamatan
taman
β€’ Pengunaan gelanggang futsal

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih pada semua yang hadir oleh pengerusi dan diakhiri dengan jamuan ringan.

04/12/2025
LAPORAN RASMIMAJLIS APRESIASI RAKAN SINERGI SWCORP NEGERI SEMBILAN 2025Pada 04 Disember 2025, Pengerusi bersama Ajk Pers...
04/12/2025

LAPORAN RASMI
MAJLIS APRESIASI RAKAN SINERGI SWCORP NEGERI SEMBILAN 2025

Pada 04 Disember 2025, Pengerusi bersama Ajk Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3, telah menghadiri Majlis Apresiasi Rakan Sinergi SWCorp Negeri Sembilan 2025 yang bertemakan β€œPemangkin Inisiatif Hijau MADANI” bertempat di Palm Seremban Hotel.

Majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, YB Tuan Arul A/L Jambunathan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, yang merasmikan acara serta menyampaikan penghargaan kepada para rakan sinergi yang telah menunjukkan komitmen dalam usaha memperkukuh pengurusan sisa pepejal, aktiviti hijau dan kelestarian di Negeri Sembilan.

Dalam majlis tersebut, Tuan Mohd Fauzi bin Jasman telah menerima Anugerah Kepimpinan Terbaik – Sektor Aktiviti Hijau dan Kitar Semula Sejati MADANI 2025, sebagai pengiktirafan atas peranan aktif serta kepimpinan beliau dalam menggerakkan inisiatif hijau, program kitar semula dan usaha kelestarian komuniti di Taman Bayu Indera 3.

Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3 akan terus menyokong serta memperkukuh kerjasama dengan SWCorp Negeri Sembilan dalam usaha membentuk komuniti yang lebih bersih, teratur dan berdaya maju selaras dengan aspirasi MADANI.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada 16 November 2025, telah berlangsung Liga Penalti anjuran B3FC bertempat di Pada...
17/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 16 November 2025, telah berlangsung Liga Penalti anjuran B3FC bertempat di Padang Taman Bayu Indera 3. Sebanyak 24 pasukan, masing-masing terdiri daripada tiga orang pemain, telah menyertai pertandingan ini.
Program turut disempurnakan dengan perasmian oleh Pengerusi Taman.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, para pengunjung serta para peniaga yang hadir dan menyumbang kepada kelancaran program.
Ucapan terima kasih khusus turut ditujukan kepada PROPERTY SUMMER HARVEST atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran liga ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih gelaran. Bagi pasukan yang belum mencapai kemenangan, teruskan usaha dan semangat kesukanan setiap penyertaan merupakan langkah ke arah peningkatan.

Semoga penganjuran seperti ini dapat terus memupuk perpaduan, memperkukuh jaringan komuniti serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

πŸ“Œ LAPORAN MESYUARAT KRT TAMAN BAYU INDERA 3Bil. 1/2025–2026Mesyuarat KRT Taman Bayu Indera 3 Bil. 1/2025–2026 telah berl...
16/11/2025

πŸ“Œ LAPORAN MESYUARAT KRT TAMAN BAYU INDERA 3
Bil. 1/2025–2026

Mesyuarat KRT Taman Bayu Indera 3 Bil. 1/2025–2026 telah berlangsung pada 15 November 2025 di Padang Futsal TBI3. Mesyuarat bersetuju membubarkan Jawatankuasa Penaja dan melantik Jawatankuasa baharu bagi sesi 2025–2026.

Barisan kepimpinan yang telah disahkan adalah seperti berikut:
β€’ Pengerusi: En. Mohd Fauzi Bin Jasman
β€’ Timbalan Pengerusi: En. Abdul Hadi Bin Mohd Anas
β€’ Setiausaha: En. Salihin Bin Supangan
β€’ Timbalan Setiausaha: Pn. Nur Hajar Binti Mamat
β€’ Bendahari: Pn. Nurul Huda Binti Abdul Latif

Mesyuarat turut memutuskan pembukaan akaun bank rasmi KRT, penubuhan kumpulan WhatsApp, permohonan sokongan awal daripada Pejabat Perpaduan serta penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Mesyuarat ditangguhkan pada 9.30 malam.

Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua jiran tetangga be...
20/10/2025

Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua jiran tetangga berbangsa India yang meraikannya.

Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan, keharmonian dan keberkatan kepada seluruh keluarga.
Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan keharmonian antara semua kaum di Taman Bayu Indera 3.

✨ Selamat Hari Deepavali! ✨

Daripada,
Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3

11 Okt 2025Padang futsal bayu indera 3Program Hari Sukan Negara Keluarga Bayu Indera 3Assalamualaikum dan salam sejahter...
13/10/2025

11 Okt 2025
Padang futsal bayu indera 3
Program Hari Sukan Negara Keluarga Bayu Indera 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Persatuan Penduduk ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Bayu 3 yang hadir memeriahkan Program Hari Sukan Negara & Sukan Keluarga Bayu 3 tahun 2025 pada hari ini.

Terima kasih atas semangat kesukanan, kerjasama dan sokongan padu yang telah menjadikan program ini berjaya dan meriah.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada para peniaga yang turut serta memeriahkan suasana dengan pelbagai juadah dan jualan menarik.

Ribuan terima kasih juga diucapkan pada ahli majlis kawasan bayu indera/spring hill En Lethcumanan sudi hadir dan SWM menyediakan tong sampah diprogram ini.

Semoga semangat kekeluargaan dan perpaduan ini terus subur di Taman Bayu Indera 3.
Jumpa lagi dalam program akan datang! πŸ’ͺπŸƒβ€β™‚οΈπŸΈπŸŽ‰


πŸ“Œ Sambutan Maulidur Rasul 2025πŸ“… 26 September 2025🏑 Taman Bayu Indera 3Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana m...
26/09/2025

πŸ“Œ Sambutan Maulidur Rasul 2025
πŸ“… 26 September 2025
🏑 Taman Bayu Indera 3

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana malam ini seluruh keluarga besar Bayu 3 telah berhimpun dalam majlis penuh barakah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M.

Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, tahlil ringkas dan solat Isyak. Seusai itu, kita bersama-sama berarak mengelilingi taman sambil berselawat, menyemarakkan rasa cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Suasana penuh kasih sayang, persaudaraan dan harmoni terpancar di wajah setiap ahli keluarga Bayu 3 yang hadir.

Majlis disempurnakan dengan jamuan potluck, hasil sumbangan ikhlas daripada keluarga Bayu 3. Terima kasih atas kehadiran, kerjasama dan sokongan semua. Keindahan majlis ini bukan sahaja pada acara yang dijalankan, tetapi pada hati-hati yang ikhlas bersatu kerana Allah.

✨ Semoga setiap langkah kita, setiap selawat yang dialunkan, dan setiap ukhuwah yang terjalin pada malam ini menjadi amal soleh yang diberkati. Moga keluarga Bayu 3 terus hidup dalam harmoni, saling menghormati dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Address

Taman Bayu Indera 3, Lukut Portdickson
Port Dickson
71010

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Taman Bayu Indera 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share