Mykasihcare

Call Directions Website Contact the organization

Mykasihcare Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al Mawaddah

We Care We Love

Berita 69/2026 | 4 September 2026💜 BANTUAN SIAPA HARI INI | 4 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, sepanjang minggu ni Mykasihca...
05/09/2026

Berita 69/2026 | 4 September 2026

💜 BANTUAN SIAPA HARI INI | 4 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, sepanjang minggu ni Mykasihcare telah menyerahkan bantuan kepada beberapa orang penerima. Antaranya:-

🛏️ Katil Pesakit — 3 Penerima
📍 Tmn Eastern • Bandar Sunggala • Kg Sawah Sunggala
🫁 Mesin Oxygen — 1 Penerima
📍 Springhill
🛒 Barangan Dapur, Pampers & Alatan Lain — 7 Penerima

JUMLAH KESELURUHAN: 11 PENERIMA ❤️

Setiap bantuan yang disampaikan adalah tanda kasih dan kepedulian kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada para penyumbang dan dermawan yang terus bersama MyKasihCare dalam menyebarkan manfaat kepada masyarakat.

🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan dibalas dengan rezeki serta keberkatan yang berpanjangan.
MyKasihCare — We Care, We Love, We Serve.

Berita 67/2026 | 31 Ogos 2026GREAT EASTERN GENERAL INSURANCE MERDEKA AID WITH MYKASIHCARE 2026Alhamdulillah, pada pagi 3...
01/09/2026

Berita 67/2026 | 31 Ogos 2026

GREAT EASTERN GENERAL INSURANCE MERDEKA AID WITH MYKASIHCARE 2026

Alhamdulillah, pada pagi 31 Ogos 2026, bertempat di Pejabat Mykasihcare, seramai 25 orang golongan B40 telah menerima hamper berupa barangan dapur dan saguhati wang tunai daripada CEO Great Eastern General Insurance Mr Jeremy .

Moga terus maju jaya dan berjumpa lagi dalam kolobrasi akan datang.

Berita 68/2026 | 2 September 2026LAPORAN BANTUAN BULAN OGOS 2026Alhamdulillah, sepanjang bulan Ogos 2026, MyKasihCare te...
01/09/2026

Berita 68/2026 | 2 September 2026

LAPORAN BANTUAN BULAN OGOS 2026

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ogos 2026, MyKasihCare telah menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan:

🛏️ 17 penerima bantuan katil pesakit
♿ 9 penerima bantuan kerusi roda
🫁 1 penerima mesin oxygen
🛒 22 penerima barangan dapur
🧷 16 penerima pampers dewasa
🦯 3 penerima tongkat
🚐 4 kes bantuan van jenazah
🤲 2 program khas – Street Dakwah & Great Eastern Merdeka Aid

Terima kasih kepada semua penyumbang, s**arelawan dan pihak yang sentiasa menyokong perjuangan MyKasihCare. Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna buat mereka yang sedang melalui ujian kehidupan.

Semoga setiap kebaikan menjadi amal jariah, dipermudahkan segala urusan, diluaskan rezeki dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

“Teruskan menyumbang, teruskan menyebar kebaikan.” 💜🇲🇾

🇲🇾 HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026🇲🇾Selamat Hari Kebangsaan ke-69 & Hari Malaysia 2026!Marilah kita bersama-sama me...
30/08/2026

🇲🇾 HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026🇲🇾

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 & Hari Malaysia 2026!

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan berganding bahu membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan madani.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati, serta seluruh rakyat hidup dalam kasih sayang, saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.

“Malaysia Teguh Bersama, MADANI Untuk Semua.” 🇲🇾💜

Ikhlas daripada
Pengerusi & Jawatankuasa
Mykasihcare Negeri Sembilan

Berita 66/2026 | 28 Ogos 2026BANTUAN SIAPA HARI INI?28 Ogos 2026Alhamdulillah, sekali lagi MyKasihCare berpeluang menyan...
29/08/2026

Berita 66/2026 | 28 Ogos 2026

BANTUAN SIAPA HARI INI?
28 Ogos 2026

Alhamdulillah, sekali lagi MyKasihCare berpeluang menyantuni mereka yang memerlukan melalui Bantuan Katil Pesakit kepada 3 penerima di Kg Jawa, Taman Desa Port Dickson dan Taman Intan Perdana, serta Bantuan Barangan Dapur, Pampers dan alatan keperluan lain kepada 9 penerima.

Setiap bantuan mungkin kelihatan sederhana, namun bagi penerima, ia mampu membawa kelegaan, keselesaan dan harapan. 🤲💜

🌷 Terima kasih kepada semua penyumbang dan para dermawan yang terus mempercayai serta menyokong usaha MyKasihCare. Semoga setiap ringgit, tenaga dan kebaikan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dibalas Allah SWT dengan rezeki serta keberkatan yang berlipat ganda.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa.”
— Surah Al-Ma’idah: 2

❤️ Jangan tunggu untuk menjadi kaya untuk membantu.
Kadangkala, apa yang kita anggap kecil adalah sesuatu yang sangat besar nilainya buat mereka yang sedang diuji.

Teruskan menyokong usaha kebajikan ini.
MyKasihCare — We Care, We Love, We Serve. 💜

BERITA 65/2026 | 20 OGOS 2026Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026, MyKasihCare sekali lagi diberi kesempatan untuk menyantun...
24/08/2026

BERITA 65/2026 | 20 OGOS 2026

Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026, MyKasihCare sekali lagi diberi kesempatan untuk menyantuni 5 penerima melalui sumbangan barangan dapur, pampers serta peralatan keperluan pesakit. Manakala bantuan katil pesakit diberikan kepada 3 penerima yang menetap di KOA Bukit Kepong dan Taman Intan Perdana.

Setiap bantuan yang disampaikan mungkin kelihatan kecil pada kita, namun bagi mereka yang memerlukan, ia membawa seribu makna — meringankan beban, menghadirkan senyuman dan memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

🤲 Terima kasih kepada semua penyumbang, s**arelawan dan insan prihatin yang terus bersama MyKasihCare dalam menyebarkan kasih sayang dan membantu mereka yang memerlukan.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dilipatgandakan pahalanya serta menjadi asbab keberkatan rezeki di dunia dan akhirat.
Kita mungkin tidak mampu membantu semua orang, tetapi kita mampu membantu seseorang. ❤️
🌷 Bantu dengan ikhlas. Berkongsi dengan kasih. Memberi kerana Allah.
MyKasihCare — WE CARE, WE LOVE.
Setiap bantuan, senyuman buat mereka. Pahala berterusan, manfaat berkekalan.

Berita 64/2026 | 24 Ogos 2026💜 BANTU SIAPA HARI INI? | 24 OGOS 2026Alhamdulillah, satu lagi amanah telah disampaikan. 🤲H...
24/08/2026

Berita 64/2026 | 24 Ogos 2026

💜 BANTU SIAPA HARI INI? | 24 OGOS 2026

Alhamdulillah, satu lagi amanah telah disampaikan. 🤲

Hari ini, MyKasihCare bersama insan-insan prihatin berkesempatan menyantuni 8 penerima yang memerlukan melalui:

🛏️ 2 penerima — Bantuan Katil Pesakit
♿ 3 penerima — Bantuan Kerusi Roda
🧺 3 penerima — Bantuan Pampers, Alatan & Barangan Dapur

Bantuan disampaikan kepada penerima di sekitar Kg Jawa, Taman Intan Perdana dan Teluk Kemang, sebagai usaha kecil untuk meringankan beban mereka dan keluarga.

🌷 Kerana di sebalik setiap bantuan, ada sebuah keluarga yang sedang berharap.

Setiap sumbangan, masa, tenaga dan keprihatinan yang diberikan amat bermakna. Semoga segala kebaikan yang disumbangkan menjadi amal jariah, dipermudahkan urusan dan dibalas dengan ganjaran terbaik oleh Allah SWT.

“Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan menghilangkan kesusahannya pada hari kiamat.”
— Hadis Riwayat Muslim

💜 Terima kasih kepada semua penyumbang dan s**arelawan yang terus percaya bahawa setiap insan berhak untuk dibantu, disantuni dan dihargai.

Bersama kita ringankan beban,
bersama kita bawa senyuman.

MYKASIHCARE
WE CARE • WE LOVE
Pertubuhan Kebajikan IKHLAS AL MAWADDAH

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026HSempena Maulidur Rasul 1448H / 2026M, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, perjua...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026H

Sempena Maulidur Rasul 1448H / 2026M, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui amalan berselawat, memperbanyakkan sedekah, menyantuni golongan yang memerlukan serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Semoga Maulidur Rasul ini menjadi titik penyatuan hati, memperkukuh ukhuwah, menyemai kasih sayang dan membentuk masyarakat yang prihatin, penyayang serta saling membantu.

_MADANI Dihayati, Ummah Diberkati._

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN BANTUANUntuk Kg Orang Asli Pos Titom, Kuala Lipis, Pahang.Mykasihcare akan menganjurkan Kemb...
17/08/2026

KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN BANTUAN
Untuk Kg Orang Asli Pos Titom, Kuala Lipis, Pahang.

Mykasihcare akan menganjurkan Kembara Sentuhan Kasih KOA Titom pada 16-18 Oktober 2016 di Pos Titom Kuala Lipis Pahang. Program ini diadakan bagi menyantuni orang Asli serta memberikan bantuan barangan. Oleh itu, Mykasihcare ingin memohon bantuan anda untuk berkongsi rezeki dengan komuniti orang Asli .

Berikut adalah beberapa barangan yang diperlukan dan akan diagihkan kepada penduduk orang Asli .

1. KIT PENJAGAAN DIRI
Berus / Ubat Gigi / Tisu Basah & Syampu
2. PAMPERS DAN SUSU BAYI
3. KIT SOLAT
Sejadah / Telekung / Kopiah / Al-Quran / Surah Yassin
4. KIT BELAJAR
Pensil / Pen / Color Warna / Buku Cerita

TARIKH TUTUP:
9 OKTOBER 2026 (JUMAAT)

ALAMAT PENGHANTARAN BARANGAN:
Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al Mawaddah
No. 3 Jln Prima 2, Lukut Prima
71010 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Kepada yang berminat, hubungi:
SYED
017-278 7585

“Sedikit sumbangan, besar maknanya.”
“Terima kasih atas keprihatinan anda!”

Berita Kematian 28/2026 | 16 Ogos 2026🤍 INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN 🤍Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa ar...
16/08/2026

Berita Kematian 28/2026 | 16 Ogos 2026

🤍 INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN 🤍

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebaikan dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

MyKasihCare sentiasa bersama masyarakat dalam saat s**a dan duka.

Perkhidmatan Mandi • Kapan • Van Jenazah — PERCUMA

Khidmat kami, untuk umat.

Address

No 3 Jalan Prima 2, Lukut Prima
Port Dickson
71010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mykasihcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mykasihcare:

Shortcuts

Share