17/03/2026
PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI NADI KG PAYA, PORT DICKSON.
Sabtu, 14 Mac 2026
NADI Kg Paya, yang terletak di Port Dickson, telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan anggaran seramai 30 pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung. Program ini turut disertai oleh agensi-agensi terlibat seperti MCMC Negeri Sembilan, Jualan Rahmah Madani, Mobile Optics dan komuniti tempatan, bagi memastikan penyampaian mesej keselamatan internet lebih menyeluruh dan efektif.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1) Taklimat Kempen Internet Selamat kepada pengunjung mengenai kepentingan keselamatan digital dan penggunaan internet secara berhemah.
2) Sesi Interaktif Keselamatan Internet bersama kanak-kanak dan dewasa, yang memberi peluang kepada mereka untuk bertanya dan berkongsi pengalaman berkaitan keselamatan dalam talian.
3) Edaran Brochure Kempen Internet Selamat kepada pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang selamat.
Program ini telah dikendalikan oleh Nohvendraraaj Ganesan bersama petugas NADI Kg Paya.
Internet Selamat Tanggungjawab Semua