12/03/2026
PROGRAM CERAMAH SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK
PUSPANITA Cawangan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Kelab D'Perdana dan PEMADAM Daerah Port Dickson telah berjaya menganjurkan Program Ceramah Sempena Program Ihya' Ramadan Dan Pengagihan Bubur Lambuk pada 11 Mac 2026 di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.
Ceramah kali ini bertajuk "Mencari Lailatul Qadar" yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amirullah bin Jasni, Guru Tahfiz dari Sekolah Menengah Agama Telok Kemang.
Program diakhiri dengan edaran bubur lambuk kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Port Dickson yang hadir.