Surau Taman Lukut Makmur

Surau Taman Lukut Makmur Surau Taman Lukut Makmur (PAID.PD196(04)753/84)

Sebagaimana yang difirmankan-Nya:يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَMaksudnya: “Ia mengurniak...
02/12/2024

Sebagaimana yang difirmankan-Nya:

يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَ

Maksudnya: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”

(Surah al-Syura: 49)

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya program bacaan Yasiin, Tahlil arwah Dan juga Solat Hajat buat anak-anak jemaah Surau Taman Lukut Makmur yang bakal menduduki pemeriksaan SPM Dan lain-lain peperiksaan.Solat Hajat juga dibuat untuk memohon ke hadrat Allah swt bagi mengangkat musibah banjir yang sedang berlaku di beberapa negeri Malaysia.

Semoga doa Dan bacaan Qur'an ini Allah swt makbulkan.


Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Arwah STLMDaripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبً...
30/11/2024

Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Arwah STLM

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]

Pihak Surau Taman Lukut Makmur mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Hj. Yahya bin Othman. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda tercinta.


ZIARAH MAHABBAH STLMAllah SWT berfirman:وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَ...
30/11/2024

ZIARAH MAHABBAH STLM

Allah SWT berfirman:

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Surah al-Nisa’ (1)

Alhamdulillah 27 November 2024 Pihak Surau Taman Lukut Makmur telah mengadakan program ziarah Mahabbah kepada jemaah yang merupakan saudara baru.

Semoga ikatan ukhwah ini dirahmati Allah swt dan sentiasa mendapat keredhaannya.


Jom INFAQ ke TABUNG Aktiviti & Pengurusan Surau Taman Lukut MakmurDalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hura...
09/11/2024

Jom INFAQ ke TABUNG Aktiviti & Pengurusan Surau Taman Lukut Makmur

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


Alhamdulillah keriangan anak-anak menjadi penyeri kepada program Sambutan Maulidur Rasul Surau Taman Lukut Makmur Kali i...
28/10/2024

Alhamdulillah keriangan anak-anak menjadi penyeri kepada program Sambutan Maulidur Rasul Surau Taman Lukut Makmur Kali ini.

Ramai muka-muka baru di barisan pemenang Pertandingan Hafazan, Mewarna Dan Quiz Maulidur Rasul.

Semoga adik-adik menjadi anak-anak soleh Dan solehah.

Tahniah kami ucapkan!

Abu Hurairah memberitahu bahawa sahabat agungnya, Rasulullah SAW pernah berkata:

"Kalau seseorang meninggal dunia, maka amalnya akan terputus kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Sekitar program Qasidah Lukut Makmur Berselawat!بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ‎إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُص...
28/10/2024

Sekitar program Qasidah Lukut Makmur Berselawat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, S.A.W) ; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

(Surah al-Ahzaab Ayat : 56)


28/10/2024

Lukut Makmur Berselawat!

Alhamdulillah selesai berlangsungnya Majlis Selawat malam tadi di Surau Taman Lukut Makmur .

Acara ini berobjektifkan memupuk rasa mahabbah kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini Qasidah di sampaikan Dari kumpulan Al Mubtadien. Pihak Surau Taman Lukut Makmur mengucapkan jazakallah Khairan khatira atas kesudian bersama di dalam acara kemuncak Sambutan Maulidur Rasul seterusnya penutup kepada Karnival Mega Taman Lukut Makmur.


Alhamdulillah selesai fasa kedua sambutan Maulidur Rasul Surau Taman Lukut Makmur tadi dengan kehadiran Ybhg. Dato' Dr Z...
27/10/2024

Alhamdulillah selesai fasa kedua sambutan Maulidur Rasul Surau Taman Lukut Makmur tadi dengan kehadiran Ybhg. Dato' Dr Zulkifli Al Bakri, mantan Menteri Agama bagi menyampaikan tazkirah.

Banyak ilmu yang diberikan oleh Ybhg. Dato' tadi berkisarkan akhlak Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya akhlak baginda adalah sesuatu yang harusnya menjadi ikutan kita semua.

Rasa tidak cukup masa menadah ilmu dengan beliau tadi. Pihak Surau Dan Ahli qariah Taman Lukut Makmur mengucapkan jazakallah Khairan khatira di atas curahan ilmu tadi. Diharap pertemuan ini akan ada lagi dikemudian hari.

Insyaallah, Esok malam kemuncak bagi Sambutan Maulidur Rasul Surau Taman Lukut Makmur.

Kemuncak program Kali ini adalah Lukut Makmur Berselawat!

Kami Dari Pihak Surau menjemput tuan puan yang berkelapangan untuk bersama di dalam Majlis tersebut.

Dan, pemenang bagi Pertandingan Hafazan, Mewarna Dan Quiz Maulidur Rasul, akan diumumkan pada malam Esok.

Jom semua, meriahkan Sambutan Maulidur Rasul di Surau Taman Lukut Makmur Esok!


Kali ini Sambutan Maulidur Rasul meriah sekali dengan penyertaan Dari anak. Pagi ini berlangsungnya Pertandingan hafazan...
27/10/2024

Kali ini Sambutan Maulidur Rasul meriah sekali dengan penyertaan Dari anak. Pagi ini berlangsungnya Pertandingan hafazan, mewarna dan Quiz Maulidur.

Sama-sama kita nantikan siapa pemenangnya yang bakal di umum pada program Lukut Makmur berselawat.


Bersama Yapiem Port Dickson di dalam program Sambutan Maulidur Rasul Kali ini. Pihak Yapiem juga ada membuka perkhidamat...
27/10/2024

Bersama Yapiem Port Dickson di dalam program Sambutan Maulidur Rasul Kali ini. Pihak Yapiem juga ada membuka perkhidamatan secara percuma bagi pengunjung yang ingin mencuci emas.

Selain itu cabutan bertuah juga disediakan bagi yang mendaftar di kaunter Yapiem.


JOM! Insyaallah malam ni. Rasulullah idolaku!
26/10/2024

JOM! Insyaallah malam ni. Rasulullah idolaku!

Address

Lorong Lukut Makmur 8, . Taman Lukut Makmur
Port Dickson
71010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Lukut Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Surau Taman Lukut Makmur:

Share