NADI Kampung Pulai Sebatang

NADI Kampung Pulai Sebatang PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL

29/08/2026
25/08/2026
14/08/2026

Jangan biarkan telefon pintar menjadi “pengasuh” anak tanpa pengawasan.

Sebagai ibu bapa, kita bukan sekadar perlu tahu apa yang anak tonton, tetapi juga siapa yang mereka ikuti, apa yang mereka kongsi dan dengan siapa mereka berinteraksi.

📱 Pantau. Bimbing. Lindungi.

Kerana keselamatan anak di ruang digital bermula dengan kita.

📢 Warga Johor Bahru, jom luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan di Program MADANI Kita 2026!📅 Ahad...
14/08/2026

📢 Warga Johor Bahru, jom luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan di Program MADANI Kita 2026!

📅 Ahad, 16 Ogos 2026
🕘 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Dewan Kampung Melayu Majidee, Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan menarik menanti anda, antaranya:

🎮 Pertandingan Mobile Legends, Freeplay e-Racing & eFootball
📸 Gambar pasport digital PERCUMA dengan pilihan latar belakang biru, putih atau merah
📱 Tukar pelindung skrin PERCUMA
🩺 Pemeriksaan dan saringan kesihatan serta pergigian
💡 Pameran dan aktiviti Perkhidmatan Pintar NADI
🛍️ Jualan produk usahawan NADI
🛒 Jualan RAHMAH, Agro MADANI dan Produk perikanan
🪖 Pertukaran topi keledar & Perkhidmatan Van Mobile JPJ

Turut disediakan pelbagai pameran, aktiviti dan perkhidmatan daripada agensi-agensi Kerajaan, termasuk MyDigital ID, eKasih, Sejahtera MADANI, demonstrasi CPR, Flying Fox, Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) dan banyak lagi!

Jom ramai-ramai, manfaatkan perkhidmatan yang disediakan dan meriahkan Program MADANI Kita 2026!





10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




Address

Lot Kedai, Masjid Pulai Sebatang, Ayer Baloi
Pontian
82100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Pulai Sebatang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kampung Pulai Sebatang:

Shortcuts

Share