Persatuan Ibu Harmoni Seni Sayong

Persatuan Ibu Harmoni Seni Sayong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Ibu Harmoni Seni Sayong, Nonprofit Organization, kampung rimba terjun, Pontian.

Penutup Tahun 2025. Hari Keluarga Ibu Harmoni Seni Sayong.Terima Kasih semua yang hadir seisi keluarga. bersama2 membawa...
04/01/2026

Penutup Tahun 2025.
Hari Keluarga Ibu Harmoni Seni Sayong.

Terima Kasih semua yang hadir seisi keluarga.
bersama2 membawa juadah Bertemakan B.B.Q.
Berkongsi untuk acara tukar2 hadiah.
Sambutan Hari Lahir Jan - Dis 2025.
Persembahan Tarian dari Kump Nur Iman Junior.
Persembahan nyanyian dari team ibu ibu..
Adudu Jamilaaaahhh😆😆
dan acara sukaneka santai-santai..
Program kalini lebih santai, lebih kepada makan akhir tahun.

Terima Kasih semuanya.. Mohon maaf di atas segala salah silap sepanjang tahun 2025.

Belum lambat kiranya untuk kami mengucapkan Selamat Datang 2026.

Dari Lensa Camera Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Seni Sayong Kali ke 22 Anjuran Pakatan Keluarga Seni Sayong dan...
12/12/2025

Dari Lensa Camera

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Seni Sayong Kali ke 22 Anjuran Pakatan Keluarga Seni Sayong dan Kumpulan Ibu Harmoni Seni Sayong.

7/12/25 Ahad 8.00 Pagi

Alhamdulillah dari hari Rewang sehingga ke hari majlis semuanya di lakukan dengan bergotong-Royong.
Hiasan pentas dan persembahan pentas semuanya dari generasi ke generasi Seni Sayong.
Dari Segi Jamuan untuk tetamu juga di ketuai oleh salah seorang keluarga Seni Sayong.

Semoga silaturahim ini membawa sebuah ukhwah yang sentiasa diberkati oleh Nya.

Alfatihah buat Pengasas Utama Sambutan Maulidur Rasul ini Allahyarham Othman Bin Abd Rahman. Tiada ilham dari dia, tiada sambutan yg untuk kali ke 22 ini di Seni Sayong. Semoga usaha ini dapat menyalurkan pahala buat mereka yang telah pergi selamanya…

Dari Lensa Camera Majlis Berzanji dan Berselawat Kumpulan Ibu Harmoni Seni Sayong. Alhamdulillah di dalam tempias Ribut ...
12/12/2025

Dari Lensa Camera

Majlis Berzanji dan Berselawat Kumpulan Ibu Harmoni Seni Sayong.

Alhamdulillah di dalam tempias Ribut Senyar yang hadir, Ahli ibu harmoni dapat bersama-sama hadir berselawat.

Sedikit cenderahati dapat di berikan kepada ahli yang hadir.

Alhamdulillah Semuanya berjalan lancar.

07/12/2025
Jom Naik Kereta Api🚃🚃Alhamdulillah 11/10/25 Ibu Harmoni telah berjaya mengadakan trip dari Kulai ke Kluang menaiki keret...
14/10/2025

Jom Naik Kereta Api🚃🚃
Alhamdulillah 11/10/25 Ibu Harmoni telah berjaya mengadakan trip dari Kulai ke Kluang menaiki kereta api. Seramai 42 orang penyertaan sudi bersama2 trip ini.

Terima kasih kepada urusetia program yang sudi bersama-sama menguruskan perjalanan dari Pontian ke Kulai ke Kluang ke Ayer Hitam dan ke Pontian semula.

Terima Kasih kepada semua yang bersama-sama memeriahkan trip kereta api ini buat pertama kalinya..

Mesyuarat Agong 2024 Kali ke 17 Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya mesyuarat agong pada kalini ini dengan ke...
01/08/2025

Mesyuarat Agong 2024 Kali ke 17

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya mesyuarat agong pada kalini ini dengan kehadiran seramai 24 orang ahli.

Terima kasih buat semua yang hadir..
Tahniah semuanya… terima kasih juga jawatankuasa tertinggi di atas sumbangan hadiah cabutan bertuah.. Alhamdulillah semua bertuah💜

Next Program
- Sambutan Bulan Kemerdekaan
- Sambutan Bulan Maulidulrasul
- Rombongan Keretapi Mak Bedah
- dan macam - macam lagi…….

Penutup Raya 2025Selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Keluarga Seni Sayong anjuran Ibu Harmoni Seni Sayong pada 25 Ap...
06/05/2025

Penutup Raya 2025

Selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Keluarga Seni Sayong anjuran Ibu Harmoni Seni Sayong pada 25 April yang lalu.

Pelbagai juadah tersedia. beraneka rendang di hidangkan.

Pengisian wajib setiap tahun adalah pemberian duit raya untuk anak2..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kami Persatuan Ibu Harmoni Seni Sayong Kg Rimba Terjun, Pontian Johor.

Program Khatam Alquran , Jariah Ramadhan dan Bubur Lambuk Ramadhan 2025. Alhamdulillah telah berlangsung dengan lancarny...
22/03/2025

Program Khatam Alquran , Jariah Ramadhan dan Bubur Lambuk Ramadhan 2025.

Alhamdulillah telah berlangsung dengan lancarnya majlis tersebut pada harini.

Segala sumbangan telah selesai diagihkan kepada setiap ahli.
Terima Kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung mahupun tidak.
Terima kasih juga kepada semua penyumbang yang sudi bersama-sama berkongsi rezeki.

Semoga dipenghujung Ramadhan ini membawa lebih kebaikan buat semua.

Salam Ramadhan 2025
Salam AidilFitri yang bakal menjelma.

Yang dirancang akhirnya terlaksana. Tahniah dan Terima Kasih buat barisan Ahli yang dapat bersama-sama meluangkan masa, ...
24/01/2025

Yang dirancang akhirnya terlaksana.
Tahniah dan Terima Kasih buat barisan Ahli yang dapat bersama-sama meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyertai Hari Keluarga Ibu Harmoni yang telah di rancang dari tahun 2024.
Terima Kasih buat semua yang hadir tidak lokek untuk bersama-sama membawa juadah untuk dikongsi.
Terima Kasih kepada Ketua Kg Kaw 5, Tuan Haji Daud Sanusi dan Pengerusi PKSS Encik Rahmat b Sidon di atas kesudian bersama-sama dengan kami.
Terima kasih buat keluarga yang memberi keizinan ibu-ibu ini merehatkan diri sebentar di program ini.
Jutaan terima kasih kepada urusetia Pn Nurulhanna dan Pn Fazilah di atas penyusunan program sepanjang Family day berlangsung.
Terima Kasih buat suami2 yang sudi membantu mengurus hal-hal BBQ.
Dan Jutaan Terima kasih kepada ahli yang terlibat di atas kesudian untuk memastikan Family Days ini berjalan dengan lancar.

Antara aktiviti yang dijalankan
Hari Pertama :
Doa selamat.
Jamuan Potluck.
Pengagihan Kumpulan.
Malam kebudayaan (Wanita Sahaja)

Hari kedua :
Sarapan pagi.
Senaman pagi.
Sukaneka ( Timbang beras, Pas Gula2 dengan pingan, Pas tepung dalam pingan, Pas Gelang getah dengan straw, Kain pelekat dan Baling Selipar )
Penyampaian hadiah
Sesi bergambar
Jamuan dan bersurai.

Pulau pisang di tengah laut
Homestay tok abah di ladang nanas
Kami semua datang bersama hajat
Moga ada masa bersama untuk meneruskan apa jua aktiviti.
(Jangan baca macam pantun, sebab admin tak jumpa hujung🤣🤣)

Akhir kata “ Kita kasi jadi “
, Kalah lagi!!
, Menang Pulak!!



coretan seterusnya di setiap gambar.

Part 2.Majlis Sambutan Maulidulrasul Keluarga Seni Sayong kali ke 21.Anjuran Pakatan Keluarga Seni Sayong danIbu Harmoni...
03/12/2024

Part 2.
Majlis Sambutan Maulidulrasul Keluarga Seni Sayong kali ke 21.
Anjuran
Pakatan Keluarga Seni Sayong dan
Ibu Harmoni
dengan kerjasama
JPKK Kaw 5, Mukim Rimba Terjun.

Terima kasih buat semua tetamu yang hadir.

Address

Kampung Rimba Terjun
Pontian
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ibu Harmoni Seni Sayong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share