25/03/2026
【大同学校荣获2025年“废物英雄影响力挑战赛”十大入围学校】
大同学校欣然宣布,本校成功参与2025年“废物英雄影响力挑战赛”(Waste Hero Impact Challenge),并在来自不丹、文莱、印度、印度尼西亚、马来西亚、菲律宾及泰国共24所参赛学校中表现亮眼,荣获“十大入围学校”殊荣,成绩令人鼓舞。
尽管未能晋级“最佳中的最佳学校”,但本校全体师生、教师团队及家长在推动校园废物管理、落实环保实践及提升环保意识方面所付出的努力,已展现出卓越成果。相关活动不仅深化了学生对环境保护的认识,也成功培养出具责任感与行动力的“环保小先锋”。
校方表示,此次成绩不仅是对学校长期推动环保教育的肯定,更体现了师生与家长齐心协力、共同实践可持续发展理念的成果。未来,学校将持续深化绿色教育,积极参与各类环保项目,为区域“废物英雄”网络贡献更多力量。
🎉【SJKC Tah Tong Tersenarai 10 Sekolah Terbaik dalam Cabaran Impak Wira Sisa 2025】
SJKC Tah Tong dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sekolah ini telah berjaya menyertai Cabaran Impak Wira Sisa 2025 (Waste Hero Impact Challenge) dan seterusnya tersenarai dalam 10 Sekolah Terbaik daripada 24 buah sekolah yang mengambil bahagian dari Bhutan, Brunei, India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Walaupun tidak berjaya merangkul gelaran “Sekolah Terbaik Daripada Terbaik”, usaha berterusan warga sekolah yang merangkumi guru, murid serta ibu bapa dalam memperkukuh amalan pengurusan sisa, memupuk kesedaran alam sekitar serta melaksanakan pelbagai inisiatif hijau telah membuahkan hasil yang membanggakan.
Pihak sekolah menegaskan bahawa pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen berterusan dalam pendidikan kelestarian. Usaha ini juga berjaya melahirkan murid yang berdaya saing serta bertanggungjawab sebagai “wira alam sekitar”, di samping menyumbang kepada jaringan Wira Sisa di peringkat serantau.