Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering

Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering Menjalankan perkhidmatan katering dan kompang untuk pelbagai majlis di Pontian, Johor Bahru

Salam Maulidur Rasul 2025/1447Hkepada semua Muslimin wal Muslimat. ۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 2025/1447H
kepada semua Muslimin wal Muslimat.

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan kita, baginda Nabi Muhammad S.A.W.

&SGoldenEnterprise

Salam Maal Hijrah 1447HMaal Hijrah merupakan sambutan yang penuh dengan makna, memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhamm...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H

Maal Hijrah merupakan sambutan yang penuh dengan makna, memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah serta semangat pembaharuan dalam kehidupan umat Islam.

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Nisa’ ayat 100)


&SGoldenKatering

07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H | 2025M

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih-Nya, kita sekali lagi berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha – hari yang penuh erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan.

Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah agung Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. yang menggambarkan makna sebenar *ketaatan mutlak kepada perintah Allah*. Semangat ini menjadi cerminan dalam kehidupan kita sebagai umat Islam – untuk sentiasa bersedia berkorban demi kebaikan umat, keadilan, dan kemanusiaan.

Allah SWT berfirman dalam Surah As-Saffat, ayat 102:

"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ‘Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab: ‘Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Surah As-Saffat: 102)

Mari kita jadikan Aidiladha ini sebagai medan muhasabah, memperbaharui niat dan mengukuhkan azam untuk terus memberi yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Salam Aidiladha 1446H.
Taqabbalallahu minna wa minkum

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمAssalamualaikum.Salam Aidilfitri buat semua.Mohon seribu keampunan atas salah silap se...
31/03/2025

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُم

Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri buat semua.

Mohon seribu keampunan atas salah silap selama ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal berpanjangan.

"Jarum patah di dalam peti,
Makan kurma buka puasa,
Raya datang membelai hati,
Maaf zahir batin jika ada terasa"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Mohon Maaf Zahir & Batin


&SGoldenKatering

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1446H"..Tiada kebahagiaan tanpa syukur,tiada rasa syukur tanpa sabar, dan tiada sabar tanpa ma...
01/03/2025

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1446H

"..Tiada kebahagiaan tanpa syukur,
tiada rasa syukur tanpa sabar,
dan tiada sabar tanpa maaf.."

Marhaban Ya Ramadhan.

Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga bulan ini kita dihujani berkah oleh-Nya.


&SKatering

16.02.2025 | Ahad | Tanah Perkuburan Kg Kemang Program Gotong royong Pembersihan Tanah Perkuburan Kg Kemang Alhamdulilla...
16/02/2025

16.02.2025 | Ahad | Tanah Perkuburan Kg Kemang

Program Gotong royong Pembersihan Tanah Perkuburan Kg Kemang

Alhamdulillah. Program yang dirancang berjalan dgn lancar. Turut hadir, Ketua Kampung Kawasan 6 Mukim Rimba Terjun, Tok Halif Kamarudin, Setiausaha Khairat Kematian Kg Duku, En Azrul Syam Yusof.

Terima kasih buat semua yang hadir membersihkan kawasan perkuburan terutama kepada rakan-rakan Team Kompang Gema Warisan, Team Gali Liang Batu36, AJK Khairat Kematian Kg Duku, Kariah Surau Al-Intishor, JPKK Kg Sg Bunyi, penduduk Kg Duku / Kelapa dan penduduk Kg Kemang. Terima kasih juga buat penyumbang makanan. Semoga segala kebaikan yang dilakukan Allah balas pahala berlipat kali ganda. InshaAllah.

Al-fatihah buat Almarhum dan Almarhumah Muslimin dan Muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga dilepaskan dari azab kubur dan Allah ampunkan dosa-dosa mereka.

"اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار"




Selamat pengantin baru buat Muhammad Najib dan pasangannya Daeng Azareena.Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat."Ya Al...
16/02/2025

Selamat pengantin baru buat Muhammad Najib dan pasangannya Daeng Azareena.
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

"Ya Allah, jadikanlah perkahwinan mereka sebagai perkahwinan yang diberkati, kebahagiaan yang kekal, dan hubungan yang kuat di antara mereka.”



Salam Nisfu Syaaban 1446H
13/02/2025

Salam Nisfu Syaaban 1446H

Salam Israk & Mikraj 1446HMaha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Hara...
27/01/2025

Salam Israk & Mikraj 1446H

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan & kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Israa : Ayat 1)

Ucapan Ikhlas daripada :
Team Kompang Gema Warisan
Warga kerja S&S Katering

22/12/2024

Kg Tenggayun | Ahad | 22.12.2024

Alhamdulillah. Terima Kak Rashidah Kg Duku sudi membuat tempahan kompang untuk adik nya yang berlangsung di Kg Tenggayun Pontian.
Semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk tempahan kompang hubungi :
Wan - 01158642948


09.11.2024 | SABTU | SURAU AL-INTISHOR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SURAU AL-INTISHOR, KG DUKUAlhamdulillah. Terima...
18/11/2024

09.11.2024 | SABTU | SURAU AL-INTISHOR

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SURAU AL-INTISHOR, KG DUKU

Alhamdulillah. Terima kasih buat jawatankuasa surau yang telah memberi kepercayaan buat ahli Team Kompang Gema Warisan untuk berkompang semasa berarak, persembahan bacaan berzanji, dan sukarelawan pengagihan makanan dan minuman.

Semoga apa yang kita usahakan dapat diteruskan untuk masa akan datang.






Address

Kg Kelapa
Pontian Kechil
82000

Telephone

+601158642948

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering:

Share