KRT Taman Warisan

KRT Taman Warisan Laman rasmi KRT Taman Warisan Pontian untuk berkongsi maklumat, aktiviti, program dan pengumuman komuniti.

Bersama memupuk semangat kejiranan, perpaduan dan muafakat.

GOTONG-ROYONG & KERJA NAIK TARAF DEWAN TAMANTarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)Masa: 9.00 pagi hingga selesaiTempat: Dewan Terbu...
08/07/2026

GOTONG-ROYONG & KERJA NAIK TARAF DEWAN TAMAN

Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga selesai
Tempat: Dewan Terbuka Taman Warisan

Program Gotong-Royong dan Kerja Naik Taraf Dewan Taman Warisan dilaksanakan dengan kerjasama semua penduduk serta ahli jawatankuasa yang hadir. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja menaik taraf kemudahan Dewan Terbuka Taman Warisan, termasuk kerja pembaikan kecil serta pembersihan kawasan di dalam dan sekitar dewan.

Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran dewan yang lebih bersih, selesa, ceria dan kondusif untuk kegunaan penduduk setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga, masa dan komitmen sepanjang aktiviti berlangsung.

Diharapkan semangat gotong-royong seperti ini akan terus dipupuk demi memastikan fasiliti sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan selamat untuk dimanfaatkan oleh seluruh penduduk.


MESYUARAT TAMAN WARISAN, PONTIANTarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)Masa : 9.00 malamTempat : Dewan Terbuka, Taman WarisanJawata...
30/06/2026

MESYUARAT TAMAN WARISAN, PONTIAN
Tarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Terbuka, Taman Warisan

Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) Taman Warisan telah mengadakan mesyuarat pada 27 Jun 2026 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Program Korban Tahun 2026/2027. Mesyuarat ini diadakan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan, menyelaras pelaksanaan program serta membuat keputusan terhadap isu-isu yang dibangkitkan demi memastikan pengurusan program berjalan dengan lebih sistematik, teratur dan berkesan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah rombakan semula susunan nama peserta korban mengikut keperluan semasa, cadangan penganjuran rombongan dan lawatan berkelompok ke Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu, penetapan kadar bayaran penyertaan serta beberapa perkara lain yang berkaitan. Hasil perbincangan dan keputusan yang dicapai diharap dapat menjadi panduan kepada jawatankuasa dalam melaksanakan setiap perancangan yang telah dipersetujui.


GOTONG ROYONG IBADAH QURBAN 1447H/2026MTarikh : 28 Mei 2026Tempat : Dewan Terbuka Taman WarisanAktiviti Gotong-Royong Qu...
28/05/2026

GOTONG ROYONG IBADAH QURBAN 1447H/2026M

Tarikh : 28 Mei 2026
Tempat : Dewan Terbuka Taman Warisan

Aktiviti Gotong-Royong Qurban anjuran penduduk Taman Warisan, Pontian telah berjaya dilaksanakan pada 28 Mei 2026 bertempat di Dewan Terbuka Taman Warisan. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat yang hadir bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk selain memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan nilai tolong-menolong antara komuniti. Penduduk berganding bahu dalam menjalankan pelbagai tugasan seperti penyediaan tempat, melapah, memotong serta pembungkusan daging qurban secara teratur dan penuh semangat muafakat.

Secara keseluruhannya, Aktiviti Gotong-Royong Qurban ini telah berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang dirancang. Program seperti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan kejiranan, malah mampu memupuk semangat perpaduan dan nilai kebersamaan dalam masyarakat. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan komuniti yang lebih harmoni, prihatin dan bersatu padu.


Mesyuarat Taman WarisanTarikh: 6 April 2026Masa: 9.00 malamMesyuarat telah bersetuju bahawa aktiviti marhaban rumah ke r...
07/04/2026

Mesyuarat Taman Warisan
Tarikh: 6 April 2026
Masa: 9.00 malam

Mesyuarat telah bersetuju bahawa aktiviti marhaban rumah ke rumah tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini atas kekangan masa dan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.

Sebagai gantinya, majlis marhaban akan diadakan pada 11 April 2026 (Sabtu), jam 9.00 malam selepas Isyak di dewan terbuka taman.

Semua penduduk taman warisan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan digalakkan memakai pakaian hari raya.

Jamuan akan diadakan secara potluck dengan pembahagian menu utama, menu sampingan dan menu cadangan seperti yang telah dipersetujui.

Semua hidangan diminta dihantar ke dewan sebelum jam 6.30 petang bagi memudahkan urusan penyusunan.

Untuk makluman, tabung marhaban akan diedarkan dan sumbangan ikhlas daripada penduduk amat dialu-alukan.

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih atas kerjasama semua penduduk.

Rewang penyediaan bubur lambuk telah diadakan pada Selasa, 10 Mac di Dewan Terbuka Taman Warisan. Antara aktiviti yang d...
10/03/2026

Rewang penyediaan bubur lambuk telah diadakan pada Selasa, 10 Mac di Dewan Terbuka Taman Warisan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memotong bawang merah, bawang putih, halia serta menyediakan bahan-bahan bubur lambuk secara gotong-royong. Bubur lambuk akan dimasak pada pagi ini, 11 Mac, sebelum diagihkan kepada penduduk.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RUKUN TETANGGASEJIWA DAERAH PONTIANMajlis Khatam Al-Quran Rukun Tetangga Sejiwa Daerah Pontian te...
10/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RUKUN TETANGGA
SEJIWA DAERAH PONTIAN

Majlis Khatam Al-Quran Rukun Tetangga Sejiwa Daerah Pontian telah diadakan pada 07 Mac 2026 (Sabtu) jam 8.30 pagi bertempat di Surau Datin Hajah Teh, Taman Nilam. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Para peserta hadir dengan mematuhi tema pakaian jubah hitam dan tudung ungu, sekali gus memeriahkan suasana majlis yang penuh tertib dan harmoni. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta sehingga selesai khatam, diikuti dengan doa penutup bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan baik dan mencapai objektif dalam memupuk semangat kebersamaan serta kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat. ✨

PROGRAM KELAS MENEBAR ROTI CANAIANJURAN PELADANG NITA KG KURNIA PPK PONTIAN SELATANBERSAMA KOMUNITI TAMAN WARISAN, PONTI...
12/02/2026

PROGRAM KELAS MENEBAR ROTI CANAI
ANJURAN PELADANG NITA KG KURNIA PPK PONTIAN SELATAN
BERSAMA KOMUNITI TAMAN WARISAN, PONTIAN

Program Kelas Menebar Roti Canai telah diadakan pada Rabu, 11 Februari 2026 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Terbuka Taman Warisan, Pontian, Johor.

Program ini merupakan anjuran Peladang Nita Kg Kurnia PPK Pontian Selatan dengan kerjasama komuniti Taman Warisan. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran kepada peserta dalam teknik menebar dan menyediakan roti canai dengan betul.

Program telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli peladang dan penduduk setempat. Para peserta menunjukkan minat dan kerjasama sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM5 bagi ahli dan RM10 bagi bukan ahli.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif dalam meningkatkan kemahiran serta mengeratkan hubungan silaturahim antara Peladang Nita Kg Kurnia PPK Pontian Selatan dan komuniti Taman Warisan.

Sekitar Mesyuarat Penduduk Taman Warisan bersama Peladang pada 9/1/2026 bertempat di Dewan Taman Warisan bagi membincang...
21/01/2026

Sekitar Mesyuarat Penduduk Taman Warisan bersama Peladang pada 9/1/2026 bertempat di Dewan Taman Warisan bagi membincangkan kenduri kelompok. Terima kasih atas kerjasama semua.

Majlis Perkahwinan Muhammad Nazirul Irfan Bin Sayuti dan pasangannya Nafisah Binti Salamon. Alhamdulillah, Majlis Perkah...
05/01/2026

Majlis Perkahwinan Muhammad Nazirul Irfan Bin Sayuti dan pasangannya Nafisah Binti Salamon.

Alhamdulillah, Majlis Perkahwinan Anak En.Sayuti Bin Slamet dan Pn.Nor Hamiza Binti Abu Bakar telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan pada 3 Januari 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Terbuka Taman Warisan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Taman Warisan, barisan AJK serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta dibina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Mudah-mudahan ikatan yang terjalin ini sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT hingga ke Jannah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤍

2 Januari 2026 : Rewang Majlis Perkahwinan Anak En. Sayuti Bin Slamet.Sekitar aktiviti rewang pada sebelah siang serta m...
05/01/2026

2 Januari 2026 : Rewang Majlis Perkahwinan Anak En. Sayuti Bin Slamet.

Sekitar aktiviti rewang pada sebelah siang serta majlis doa selamat dan tahlil pada sebelah malam sempena Majlis Perkahwinan Anak En. Sayuti Bin Slamet yang berlangsung pada 3 Januari 2026 di Dewan Terbuka Taman Warisan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan semangat muafakat. Semoga segala usaha diberkati.

Address

Taman Warisan
Pontian Kechil
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share