17/05/2026
Akur dengan Undang-undang dan Hormati KKM
Sebagai seorang pemimpin, saya sentiasa akur dan menghormati undang-undang serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baru-baru ini, saya menerima laporan dan aduan daripada orang ramai, termasuk warga emas yang menghadiri Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Pitas, mengenai saman yang dikeluarkan oleh KKM kepada perokok. Ramai yang merasa terbeban dengan tindakan tersebut.
Saya memahami kesulitan yang dialami rakyat sekiranya mereka terpaksa menanggung bayaran saman ini. Namun begitu, sebagai pemimpin, saya juga perlu menegaskan bahawa peraturan yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.
Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa akan datang, saya telah meminta pihak berkenaan menyediakan kawasan khas merokok di lokasi acara tersebut. Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan masalah saman kepada perokok pada masa hadapan.
Saya berharap agar selepas ini, orang ramai akan lebih peka dan mematuhi peraturan yang dikeluarkan demi kebaikan bersama.
Terima kasih.