Pertubuhan Pemuda GEMA Pusat telah berdaftar dengan RegistraR of Youth (ROY) sebagai sebuah pertubuhan belia di peringkat kebangsaan pada 19 April 2012. Manakala, Pertubuhan Pemuda GEMA Pulau Pinang p**a telah didaftarkan dengan ROY pada 4 Disember 2012.
3.1 Keahlian
Keahlian GEMA PP terbuka kepada semua belia tanpa mengira kaum yang berumur di antara
18 hingga 35 tahun. PORTFOLIO GEMA PP
GEMA PP
terdiri daripada beberapa portfolio yang ditubuhkan bagi melancarkan aktiviti yang dirancang untuk belia. Portfolioportfolio
ini juga selaras dengan Key Performance Index (KPI)
yang diluluskan di peringkat Pusat.
5.1 Sukan dan Rekreasi
Menyelaraskan segala aktiviti berkaitan dengan sukan dan rekreasi. Di bawah portfolio ini juga terdapat Gema Backpakerz untuk aktiviti seperti perkhemahan, memanjat gunung/bukit dan
sebagainya.
5.2 Pembangunan Keluarga
Menganjurkan dan menyelaras program seperti seminar, forum, bengkel dan sebagainya untuk
bidang yang berkaitan dengan kemahiran ibubapa muda, praperkahwinan, keluarga dan cabarannya.
5.3 Pendidikan dan Masyarakat Madani
Menyediakan program untuk memberi ilmu, pendedahan dan kesedaran kepada belia tentang isu-isu
semasa yang berkaitan dengan belia khasnya dan dunia umumnya.
5.4 Kebajikan dan Khidmat Masyarakat
Menganjurkan program kebajikan bersama masyarakat di mana belia dapat bersamasama menyumbang tenaga dalam aktiviti tersebut. Menyebar dan menyampaikan maklumat tentang
masalah masalah yang berlaku di kalangan masyarakat kepada belia agar belia cakna dengan isu-isu kemasyarakatan di sekitar mereka. Di bawah portfolio ini juga terdapat GEMA Medic
yang diangggotai oleh ahliahli
GEMA yang mempunyai latar belakang perubatan.
5.5 Ekonomi dan Kewangan
Menyelaraskan urusan kewangan dan penyaluran dana ke dalam akaun GEMA PP. Menganjurkan dan menyelaras program seperti seminar, forum, bengkel dan sebagainya untuk
bidang yang berkaitan dengan menguruskan kewangan dan segala hal berkaitan dengan wang
dan pengurusan. Portfolio ini juga bertanggungjawab untuk mencari dana bagi pelaksanaan
programprogram
GEMA PP. ALAMAT PERHUBUNGAN
PERTUBUHAN PEMUDA GEMA PULAU PINANG (GEMA PP)
2, Solok Ilmu 3, Taman Ilmu
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang
MALAYSIA
No Telefon : 011-14742794
Emel : gemap**[email protected] / [email protected]
Laman web : https://www.facebook.com/GEMAPulauPinangFanpage
PERTUBUHAN PEMUDA GEMA MALAYSIA (GEMA Pusat)
Ibupejabat GEMA
313B, Lorong Kedah, Melawati Square,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur
No Telefon : 0126615745
Laman web : https://www.facebook.com/Pertubuhan.Pemuda.GEMA.Malaysia