25/09/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐ค๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ ๐๐จ๐ก ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ญ๐จ' ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐จ๐ซ ๐๐ฌ๐ก๐ข๐ค๐ข๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก
PUSPANITA Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Yang Mulia Toh Puan pada 25 September 2026 ( Jumaat) di kediaman rasmi TYT.
Terima Kasih kepada Yang Mulia Toh Puan kerana sudi menerima kunjungan hormat dari delegasi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang. Seramai 7 orang wakil dari delegasi PUSPANITA telah hadir dan di ketuai oleh YBhg. Datin Shirin Safinas binti Mohamad Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang.
Pelbagai topik menarik yang telah dibincangkan bersama Yang Mulia Toh Puan. Antara topik menarik adalah berkaitan kesihatan mental, kebudayaan, pelbagai variasi makanan di Negeri Pulau Pinang serta tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Topik utama juga dibincangkan berkaitan perancangan kewangan di masa hadapan. Justeru itu, peluang yang sama kepada wanita dalam pelbagai aspek kehidupan tanpa diskriminasi jantina (Women Empowerment).
Yang Mulia Toh Puan juga menyarankan agar PUSPANITA dapat mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti yang lebih berimpak dengan memberi pelbagai manfaat kepada semua ahli.
Harapan Yang Mulia Toh Puan agar PUSPANITA terus maju dan memperkasakan PUSPANITA dan memupuk wanita berilmu, keluarga yang harmoni dan organisasi cemerlang.