Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang Malaysia

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang Malaysia Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi kami di email : muhammadiyahp**[email protected]

Kami (PMPP) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan gerak kerja pendidikan, pembangunan insaniah dan dakwah mengikut Al-Qur'an dan as-Sunnah.

08/02/2026

𝐒𝐢𝐫𝐢 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐀𝐔𝐑𝐀𝐓

Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya (yakni ajnabi) adalah wajib. Tiada persoalan lagi. Melanggarinya adalah haram dan berdosa besar. Manakala, mempercayai bahawa hukum menutup aurat bagi Muslimah bukan wajib tapi hanya ikut adat kebiasaan sesuatu tempat sahaja, ia adalah fahaman kufur menolak Islam tanpa dipertikaikan lagi

Kewajiban menutup aurat Ini adalah berdasarkan firman-Nya :

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. [𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐀𝐡𝐳𝐚𝐛, 𝐚𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟗]

Kalamullah menyebutkan dengan jelas kewajiban Muslimin menutup aurat. Allahu Ta'ala juga memerintahkan Muslimin kewajiban menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan diri sendiri dan orang lain.

قُل لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
وَقُل لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… [𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐍𝐮𝐫, 𝐚𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟎-𝟑𝟏]

Dan Nabi Saw. telah menunjukkan dengan jelas batasan aurat itu (yang zahir)

يَا أَسْمَاءُ، إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا

Wahai Asma’! Sesungguhnya seseorang wanita apabila telah didatangi haid tidak elok dia membiarkan dirinya dilihat melainkan ini dan ini. Lalu Rasulullah SAW menunjukkan ke wajahnya dan tapak tangannya. [𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐀𝐛𝐮 𝐃𝐚𝐮𝐝, 𝐧𝐨. 𝟒𝟏𝟎𝟒]

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
8 Februari 2026 | 20 Sha'aban 1447

02/02/2026

𝐒𝐢𝐫𝐢 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐒𝐀𝐁𝐃𝐀 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝐒𝐀𝐖 لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ (𝐁𝐇𝐆.𝟐)

Manakala, hijrah secara maknawi, jiwa p**a tidak pernah terhenti, terputus. Adapun sekarang ini, umat Islam dibenarkan melakukan hijrah maknawi, jiwa kerana Nabi Saw. telah berpesan

لاَ تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتَّى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ وَلاَ تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Tidak terputusnya hijrah sehingga terputusnya taubat, dan tidak terputusnya taubat itu sehingga terbitnya matahari dari barat. [Hadis riwayat Abu Dawud, no. 2479 kitab al-Jihad dan Sahih al-Jami’, no. 7469]

Hijrah ini merujuk kepada situasi perubahan, mengubah diri, menukar sikap dan amalan daripada keburukan kepada kebaikan. Intipati dari 2 hadis yang telah disebutkan (BHG. 1), menjelaskan bahawa kelebihan hijrah masih ada dan berterusan sehingga kiamat melalui amal jihad dan niat yang baik dalam semua perkara, termasuklah jihad nafsu, pendidikan, harta, ekonomi, politik dan sebagainya.

Hijrah bukan sekadar perpindahan secara fizikal semata-mata tetapi perubahan jiwa ke arah yang lebih baik, menjauhkan diri daripada perkara yang ditegah oleh Allah.

Sabda Rasulullah Saw.

وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah (menjauhkan diri) daripada melakukan apa yang Allah larang. [Hadis riwayat al-Bukhari, no. 6484]

Sungguh.. untuk melakukan perubahan bukanlah suatu perkara mudah, ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam proses ini. Kerana itulah Nabi Saw. menyebutkan hal jihad yakni bersungguh-sungguh dan niat yakni kesediaan yang luhur untuk berubah dari satu keadaan ke satu keadaan lain yang lebih baik. Pasti sekali, untuk membuat sesuatu perubahan, ia menuntut kesedaran dan kesabaran.

Kesedaran hanya akan tercapai apabila sering menghisab diri, mengakui kelemahan dan memohon ampun atas kesilapan. Manakala untuk bersabar memerlukan tabah dalam ketaatan, teguh dalam menjauhi maksiat dan redha dalam menerima takdir Allah.

Inilah seruan dan perintah Allahu Ta'ala

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Surah Ali Imran, ayat 200]

Khulasahnya, hijrah tidak sekadar perpindahan secara fizikal semata-mata, akan tetapi perubahan jiwa ke arah yang lebih baik, sentiasa menguatkan iman, istiqamah dalam beramal dan teguh menjauhkan diri daripada perkara yang ditegah oleh Allahu Ta'ala.

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
02 Februari 2026 | 14 Sha'aban 1447H

01/02/2026

𝐒𝐢𝐫𝐢 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐒𝐀𝐁𝐃𝐀 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝐒𝐀𝐖 لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ

لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ

Tiada lagi hijrah selepas Fath (Makkah), tetapi (masih ada) jihad dan niat. [Riwayat al-Bukhari, no. 1834 daripada Abdullah Ibnu Abbas Rhu. Riwayat Muslim, no. 1864 daripada 'Aisyah Rha.]

Daripada Abdullah Ibn Abbas Rhu. bahawa Nabi Saw bersabda :

لاَ هِجْرَةَ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ، فَانْفِرُوا

Tiada hijrah (selepas pembukaan Makkah). Akan tetapi jihad dan niat. Apabila kamu diseru (untuk berjihad), maka hendaklah kamu keluar. [Riwayat al-Bukhari, no. 2783]

Sabdaan Nabi ini terjadi selepas peristiwa Fath ul-Makkah (Pembukaan Kota Makkah), iaitu Kota Makkah ditakluki oleh tentera Islam yang ketika itu berpusat di Madinah. Peristiwa terjadi pada tahun ke 8 Hijrah, diketuai oleh Nabi Saw. sendiri.

Maksud hijrah yang dibincangkan secara khusus di sini, adalah merujuk kepada perpindahan Nabi Saw. dan para Sahabat dari Makkah ke Madinah. Hijrah ini adalah suatu jihad dengan niat mendaulatkan Islam serta meninggikan kalimah tauhid. Ketika awal Islam, hijrah adalah wajib untuk menjaga akidah serta membebaskan umat Islam yang minoriti daripada azab sengsara dan kezaliman.

Catatan Sejarah :

Nabi Saw. berdakwah di Makkah selama 13 tahun dalam suasana penentangan sangat keras dari kafir Quraisy yang menguasai Makkah ketika itu. Ada Sahabat yang disiksa dan dibunuh. Berlakunya kes pemulauan dan pengasingan yang amat sengsara terutama selepas kewafatan Abu Thalib dan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid Rha.

Berikutan itu, telah berlaku peristiwa hijrah pertama ke Habsyah yang disertai oleh sejumlah kecil Sahabat. Apabila gelombang penentangan menjadi lebih kuat dan kasar sehingga ada komplotan untuk membunuh Nabi Saw. sendiri, Allahu Ta'ala memerintahkan supaya berhijrah ke Yathrib (Madinah), melibatkan jumlah yang lebih besar lagi termasuk Nabi Saw. sendiri.

Hijrah ini dalam bentuk fizikal yakni berpindah keluar meninggalkan satu tempat yang dikuasai kafirin (darul kuffar - Makkah) yang memusuhi serta membahayakan Islam dan umatnya, ke satu tempat lain yang Islam dan ummtnya diterima baik, boleh diamalkan tanpa gangguan serta boleh berkembang.

Ada faktor utama yang menuntut umat Islam Makkah pada zaman itu melakukan hijrah fizikal ke Yathrib (Madinah) :

1) Kedudukan Islam dan umatnya di tempat asal (Makkah) sangat terancam, merbahaya dan s**ar sekali untuk berkembang.

2) Untuk membolehkan ummat menegakkan syi'ar Islam dan mengelakkan diri daripada penindasan.

3) Untuk membolehkan umat mempelajari agama, memahami hukum-hakamnya, mengamalkan secara bebas dan mengembangkannya.

4) Untuk membuat persediaan bagi menegakkan sebuah masyarakat Islam tersusun sehingga menjadi sebuah daulah/negara, menyebarkan dakwah Islam ke seluruh muka bumi dan upaya mempertahankannya.

Namun, setelah berlakunya Pembukaan Kota Makkah, hukum berhijrah fizikal itu yakni meninggalkan Makkah dan berpindah menetap ke Madinah sudah tidak wajib serta tidak diperlukan lagi. Ini kerana Makkah telah dikuasai oleh umat Islam, menjadi wilayah milikan Islam dan Islam telah bebas diamalkan tanpa ancaman lagi. Itulah maksud sebenar sabdaan Nabi Saw. : Tiada hijrah selepas Fath ul-Makkah.

Seterusnya, harus diingat, sekali pun hijrah fizikal dari Makkah ke Madinah, demi menegakkan dan mempertahankan Islam sudah tiada lagi, situasi yang sama boleh saja terjadi pada ketika ini, akan tetapi di tempat yang lain, apabila situasi yang menekan keras agama Islam dan umatnya berlaku.

Cuma, suasana sekarang tidaklah sepertimana dahulu, yang mana hampir seluruh muka bumi masa kini telah dimiliki oleh entiti negara demi negara secara rasmi dan berdaulat. Lalu, proses hijrah dan berpindah fizikal itu mesti melalui proses yang tertentu, tidak lagi semudah dahulu.

Maka itu, lafaz hadis لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ merupakan penegasan bahawa kewajiban hijrah fizikal dari Makkah ke Madinah telah gugur setelah kejayaan Pembukaan Makkah, kerana objektif syari'at untuk memelihara agama telah tercapai. Perhatian umat Islam seharusnya diarahkan p**a kepada perjuangan secara bersungguh-sungguh (Jihad) dan sentiasa memperbaharui niat ya'ni ikhlas dalam segala amal.

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
01 Februari 2026 | 13 Sha'aban 1447H

25/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗕𝗘𝗥𝗟𝗨𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔

Allahu Ta'ala menyuruh seluruh umat manusia yang beriman agar berlumba untuk mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi. Berlumba.. bukan dengan bersenang lenang atau bers**a-ria, akan tetapi berlumba. Kerana erti perlumbaan adalah tiada masa untuk rehat dan leka, kecuali kepada orang yang bakal kalah perlumbaan, tewas akibat cuai dalam perlumbaan.

Inilah hakikat makna Kalamullah

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. [Surah al-Hadid , ayat 21]

Sahabat Abdullah Ibnu Mas’ud Rhu. berkata, bahawa Rasulullah Saw. bersabda,

إِنِّى لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى. فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ – قَالَ – فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا – قَالَ – فَيَقُولُ أَتَسْخَرُ بِى – أَوْ أَتَضْحَكُ بِى – وَأَنْتَ الْمَلِكُ » قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ. قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

Sesungguhnya aku tahu siapa orang yang paling terakhir dikeluarkan dari neraka dan paling terakhir masuk ke syurga. Yaitu seorang laki-laki yang keluar dari neraka dengan merangkak. Kemudian Allah berfirman kepadanya : Pergilah engkau, masuklah engkau ke syurga. Dia pun mendatangi syurga, tetapi dia membayangkan bahawa syurga itu telah penuh.
Dia kembali dan berkata : Wahai Rabb-ku, aku mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh. Allah berfirman kepadanya : Pergilah engkau dan masuklah syurga. Dia pun mendatangi syurga, tetapi dia masih membayangkan bahawa syurga itu telah penuh.
Kemudian dia kembali dan berkata : Wahai Rabb-ku, aku mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh. Allah berfirman kepadanya : Pergilah engkau dan masuklah syurga, kerana untukmu syurga seperti dunia dan sepuluh kali lipat darinya. Orang tersebut berkata : Apakah Engkau memperolok-olok aku atau mentertawakan aku, sedangkan Engkau adalah Raja Diraja? Ibnu Mas’ud berkata : Aku melihat Rasulullah Saw. tertawa sampai tampak gigi geraham Baginda. Kemudian Baginda bersabda : Itulah penghuni syurga yang paling rendah derajatnya. [Riwayat al-Bukhari no. 6571, 7511 dan Muslim no. 186]

Semoga kita semua menjadi manusia yang paling awal dimasukkan ke syurga-Nya, insha'Allah.

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
25 Januari 2025 | 6 Sha'ban 1447H

24/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔, 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 (𝟭)

Disertakan, antara dalil paling jelas lagi nyata ialah Kalamullah,

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ﴿٢٢﴾
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ﴿٢٣﴾

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri
Melihat kepada Tuhan-nya [Surah al-Qiyamah : 22-23]

Daripada Suhaib Rhu. bahawa Rasulullah Saw. membaca firman-Nya,

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُواْ الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik akan dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia [Surah Yunus : 26]

Lalu Baginda bersabda,

إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ - قَالَ - يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ فَيَقُولُونَ أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ - قَالَ - فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ

Apabila seorang ahli syurga memasuki syurga, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman : Apakah kamu ingin aku tambahkan lagi nikmat kepadamu? Mereka menjawab : Tidakkah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Tidakkah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada api neraka? Lalu Allahu Ta'ala membuka hijab (dan menampakkan diri-Nya), dan tidaklah mereka itu diberikan sesuatu yang lebih mereka cintai berbanding nikmat melihat Tuhan mereka Allah ‘Azza wa Jalla. [Riwayat Muslim, no. 181 dan Ibnu Majah, no. 187]

Nikmat melihat Allahu Ta'ala di syurga ini adalah wajib diimani bulat-bulat tanpa ragu, tanpa soal oleh seluruh Ahlussunnah.. tanpa mempertikai suatu apa pun lagi (ber itu ini begitu begini). Imam Abu Ja'far at-Tahawi Rhm. menegaskan,

وَالرُّؤْيَةُ حَقٌّ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ بِغَيْرِ إِحَاطَةٍ وَلَا كَيْفِيَّةٍ

Melihat Allahu Ta'ala di akhirat bagi penduduk syurga adalah benar, namun dengan tanpa mencakupi keseluruhan zat dan sifat-Nya dan tanpa kaifiyat tertentu. [al-'Aqidah at-Tahawiyyah, hal. 43]

Setelah Allahu Ta'ala dan Rasul-Nya menetapkan urusan, maka tiada hak menetapkan yang lain lagi kepada umat Muslimin selain dari mengimani perkara itu sepenuhnya : surah al-Ahzab, ayat 36 (baca : sami'na wa atho'na). Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya telah sesat dia dengan kesesatan yang nyata.

Justeru.. noktah, muktamad bahawa ketetapan Allahu Ta'ala dan rasul-Nya bahawa ahli syurga dapat melihat Tuhan mereka.

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
24 Januari 2026 | 05 Sha'ban 1447H

17/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨𝗡𝗬𝗔

𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 : Bolehkah seseorang berdoa kepada Allah agar dimatikan kerana tidak tahan menanggung sakit yang dihadapinya?

𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 : Adalah makruh hukumnya meminta dimatikan kerana hal sebegini.

Rasulullah Saw. bersabda :

لاَ يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ

Janganlah seorang daripada kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudharatan yang menimpanya. [Riwayat Muslim, no. 6990]

Dalam satu hadis yang lain,

لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ وَلاَ يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِنَّهُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ وَإِنَّهُ لاَ يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلاَّ خَيْرًا

Janganlah salah seorang di antara kamu mengharapkan kematian. Janganlah meminta kematian sebelum datang waktunya. Apabila salah seorang di antara kamu meninggal, maka terputuslah amalnya. Sesungguhnya tidak bertambah umur seorang Mukmin kecuali kebaikan. [Riwayat Muslim, no. 6995]

Dan satu lagi hadis,

لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ

Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang s**a berbuat kejahatan p**a, barangkali dia akan berubah. [Riwayat al-Bukhari, no. 7235]

Mari kita telusuri syarah hadis ini:

𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐲𝐚 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐚𝐟𝐟 𝐚𝐥-𝐍𝐚𝐰𝐚𝐰𝐢 𝐑𝐡𝐦. 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 : Pada hadis ini terlihat jelas bahawa dimakruhkan mengharap kematian lantaran mudarat yang menimpanya atau penderitaan kerana perbuatan musuhnya, dan yang sejenisnya dari s**arnya kehidupan dunia. Tetapi di sana ada beberapa pengecualian untuk berdoa supaya diambil nyawa. Iaitu jika seseorang bimbangkan kerugian atau fitnah pada kelangsungan agamanya, maka tidak makruh mengharapkan kematian. Inilah yang difahami daripada hadis di atas. Begitu p**a beberapa salaf telah melakukannya. [Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani Rhm. Fath al-Bari, jilid 20 hal. 279]

Dicadangkan Tuan memberi galakan kepada sahabat Tuan yang berkenaan agar terus melakukan usaha perubatan, jangan berputus asa, bersabar dengan ujian dan yakinlah, manusia beriman akan diganjari oleh Allahu Ta'ala dengan segala macam kebaikan nanti.. insha'Allah.

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
17 Januari 2026 | 27 Rajab 1447H

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗼𝗮 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮Sabtu, 11 Januari 2026 | 21 Rajab 1447H
10/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗼𝗮 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Sabtu, 11 Januari 2026 | 21 Rajab 1447H

10/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔

Setelah solat Subuh pagi ini 27 Ramadhan 1443 seorang Syeikh telah menyampaikan satu tazkirah ringkas dan cukup menarik yang bertajuk: Tiga Sebab Manusia Bahagia Di Dunia.

1. Apabila kamu mendapat nikmat, maka hendaklah kamu segera bersyukur.

Nikmat terbagi dua:
a) Nikmat Dunia seperti badan sihat, hidup selesa, murah rezeki, punya pangkat, punya pasangan, zuriat dan lain².

b) Nikmat Akhirat seperti iman, Islam, hidayah, tawakkal, ketenangan jiwa dan lain². Nikmat Akhirat lebih utama jika dibandingkan dengan Ni'mat Dunia.

Syukuri nikmat ada tiga syarat:
1. Ucap dengann lisan al-Hamdulillah.
2. Akui dengan hati bahawa itu semua anugerah Allah.
3. Guna semua nikmat itu pada jalan yang Allah redhai.

2. Apabila kamu sedang diuji atau ditimpa musibah maka hendaklah bersabar.

Semua manusia pernah diuji dalam dunia yang sementara ini. Oleh itu jika anda sedang diuji hadapilah dengan sabar.

Jika diuji segera sebut: Innaa Lillahi Wa Innaa ilaihi roji'un. Ingat selalu maknanya (Kita semua milik Allah dan kepada-Nya kita pasti akan kembali).

Jika semua itu dilakukan maka kita layak mendapat tiga perkara:
1. Salawat dari Allah (ketenangan jiwa)
2. Rahmat Allah (hidup diberkati)
3. Mendapat Hidayah (petunjuk). Lihat surah al-Baqarah, ayat 57

3. Apabila melakukan dosa atau maksiat maka segera mohon ampunan atau bertaubat.

Setiap manusia pernah buat dosa. Sebaik-baik pembuat dosa adalah orang yang segera minta ampun atau taubat. Orang yang bertaubat seperti orang yang tidak berdosa.

Ada tiga syarat Taubat Nasuha:
1. Tinggalkan dosa itu dengan segera.
2. Menyesal sebab kita buat dosa kerana jahil atau terlalu ikut hawa nafsu.
3. Azam yakni tidak akan mengulanginya pada masa² akan datang.

Semoga tazkirah ringkas ini berguna untuk semua. Diharap kita masing² pasang tekad atau azam untuk memiliki ke-tiga² sebab di atas supaya kita mencapai bahagia dunia dan akhirat.

Coretan UDAY dari Makkah al-Mukarramah - Ramadhan 1443 H / April 2022 M

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
10 Januari 2025 | 20 Rejab 1447H

07/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗪𝗔𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 (𝟭)

Awwabin bermaksud kembali kepada Allahu Ta'ala oleh orang-orang yang lalai, cuai, pendosa mahupun orang-orang yang beriman yang sentiasa melakukan amal kebaikan (Solat Sunat) untuk menguatkan imannya kepada Allahu Ta'ala. Ini maksud Awwabin seperti yang disebutkan oleh al-imam Yahya bin Sharaff an-Nawawi Rhm. : Awwab adalah muthii’ (orang yang taat). Ada p**a ulama' yang mengatakan bahawa maknanya adalah orang yang kembali taat (kepada Allahu Ta'ala). [al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, jilid 6 hal. 30]

Manakala, orang yang menyesal atas kesalahan dan dosa lalu bertaubat, mereka juga tergolong dalam Awwabin.

Solat sunat Awwabin adalah Solat sunat Dhuha berdasarkan hujah seperti berikut:

Dari Abu Hurairah Rhu, dia berkata bahwa Rasulullah Saw. bersabda :

لاَ يُحَافِظُ عَلَى صَلاَةِ الضُّحَى إِلاَّ أَوَّابٌ، وَهِيَ صَلاَةُ الأَوَّابِيْنَ

Tidaklah menjaga solat sunat Dhuha melainkan awwab (orang yang kembali taat). Inilah solat awwabin. [Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, hasan dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, jilid 1 no. 164]

أَنَّ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ رَأَى قَوْمًا يُصَلُّونَ مِنَ الضُّحَى فَقَالَ أَمَا لَقَدْ عَلِمُوا أَنَّ الصَّلاَةَ فِى غَيْرِ هَذِهِ السَّاعَةِ أَفْضَلُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ

Zaid bin Arqam Rhu. melihat sekelompok orang melaksanakan solat Dhuha, lantas dia mengatakan : Mereka mungkin tidak mengetahui bahawa selain waktu yang mereka kerjakan saat ini, ada yang lebih utama. Rasulullah Saw. bersabda : (Waktu terbaik) Solat Awwabin (solat Dhuha) yaitu ketika anak unta merasakan terik matahari [Hadis riwayat Muslim, no. 748]

Satu lagi riwayat lain dari Zaid bin Arqam Rhu. juga, dia berkata :

أنَّ نَبِيَّ اللهِ ﷺ أَتَى عَلَى مَسْجِدِ قُباءٍ – أَوْ دَخَلَ مَسْجِدَ قُباءٍ –، بَعْدَمَا أَشْرَقَتِ الشَّمْسُ، فَإِذَا هُمْ يُصَلُّونَ، فَقَالَ: إِنَّ صَلَاةَ الْأَوَّابِينَ كَانُوا يُصَلُّونَهَا إِذَا رَمِضَتِ الْفِصَالُ

Nabi Allah Saw. pernah menuju ke Masjid Quba’ – atau memasukinya – setelah matahari terbit, yang ketika itu ada beberapa orang sedang mendirikan solat (sunat). Lalu Baginda bersabda : Solat Awwabin, mereka melakukannya ketika anak unta kepanasan. [Hadis riwayat Ahmad, no. 19347]

Petunjuk jelasnyata dari kedua hadis di atas secara sahih, soreh dan qoth'ie adalah : Solat sunat Awwabin adalah sama dengan Solat sunat Dhuha. Manakala waktu paling sesuai untuk Solat sunat Awwabin / Dhuha ini adalah ketika matahari telah terik memanas. Bagi memudahkan kefahaman dan amalan, waktunya sekitar 1 jam selepas syuruk matahari (atau kurang), yang mana pada ketika itu, anak unta (al-fisal) terbangun dari tidurnya akibat merasai kepanasan.

Telah berlaku sedikit kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang menanggapi bahawa Solat sunat Awwabin adalah satu jenis solat sunat yang secara khusus diperbuat selepas Solat Maghrib sehingga masuk waktu Solat 'Isyak. Tanggapan ini terhasil berikutan adanya hadis berikut

Dari Abu Hurairah Rhu, dia berkata bahawa Rasulullah Saw. bersabda :

مَنْ صَلَّى سِتَّ رَكَعَاتٍ بَعْدَ الْمَغْرِبِ لَمْ يَتَكَلَّمْ بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلَتْ لَهُ عِبَادَةَ اثْنَتَىْ عَشْرَةَ سَنَةً

Barangsiapa yang solat enam raka’at ba’da Maghrib, dan ia tidak berbicara kejelekan di antaranya, maka ia dicatat seperti ibadah 12 tahun. [Hadis riwayat Ibnu Majah, no. 1167; Tirmidzi, no. 435. Al-Hafidz Abu Thahir dan Syaikh al-Albani mengatakan bahawa hadis ini dha’if jiddan. Dinilai sebagai dha'if jiddan dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha‘ifah, no. 469]

Imam al-Mawardi mengatkan bahawa Nabi Saw. pernah melakukan solat tersebut dan mengatakan :

هَذِهِ صَلاَةُ الأَوَّابِيْنَ
Ini adalah solat awwabin
Hadis riwayat Ibnu ‘Abidin, jilid 1, no. 453. Imam asy-Syaukani mengatakan yang hadis ini disebutkan oleh imam Ibnul Jauzi bahawa hadits ini terdapat perawi yang tidak diketahui (majhul). Dinilai sebagai maudhu‘ atau palsu dalam Silsilah al-Ahadis al-Dha‘ifah, no. 467.

Maka itu, jelas ternyata bahawa hadis yang membicarakan adanya Solat sunat Awwabin diantara Maghrib dan ‘Isyak itu dha’if dari sisi periwayatan hadis lalu tidak dapat dijadikan dalil juga hujah. Oleh sebab itu, Solat sunat Awwabin adalah sama dengan Solat sunat Dhuha menurut dalil, hujah yang sahih, soreh dan qoth'ie.

Wallah ul-Muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang, Malaysia
Rabu, 07 Disember 2025 | 18 Rajab 1447H

04/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗦𝗼𝗮𝗹 & 𝗝𝗮𝘄𝗮𝗯 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗥𝗘𝗭𝗘𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Khamis, 5 Januari 2026 | 15 Rajab 1447H

Sesi Soal & Jawab Bersama Al-Fadhil Ustaz Al-Fadhil Ustaz Shofwan Badrie?

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗼𝗮 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮Sabtu, 3 Januari 2026 | 14 Rajab 1447H
03/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗼𝗮 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Sabtu, 3 Januari 2026 | 14 Rajab 1447H

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛Firman Allahu Ta'alaقُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟...
02/01/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 التَفَقَّهُ فِى الدِّيْنِ
𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛

Firman Allahu Ta'ala

قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْءَاخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad) : Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu [Surah al-Ankabut, ayat 20]

Berjalanlah kamu di muka bumi, lihatlah bagaimana awal mula penciptaan makhluk sebelum kamu dengan bentuk yang berbeza-beza dan perangai yang berubah-ubah, supaya kamu mengerti kesempurnaan kuasa dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan tidak ada sesuatu yang tidak mampu dilakukan-Nya.

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Dia-lah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya, dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya, dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. [Surah al-Mulk, ayat 15]

Dia-lah Allah, Yang Maha Kuasa, yang menjadikan bumi dan seluruh alam bagi kamu, yang mudah dijelajahi untuk melakukan berbagai-bagai aktiviti yang bermanfaat, maka berjalanlah di segala penjurunya, berkelanalah ke seluruh pelosoknya, lihatlah kebenaran dan kebesaran Allah itu dengan mata hati dan iman, nikmatilah alam kurniaan-Nya, makanlah sebahagian dari rezeki-Nya yang disediakan kepada kamu, serta bersyukurlah dengan segala kurnia-Nya itu. Kerana pada akhirnya, hanya kepada-Nyalah kamu kembali setelah dibangkitkan (semula).

Walaupun komuniti Muslimin amat kecil, namun mereka gigih berdakwah menyampaikan seruan Islam. Mereka berjaya mengadakan musolla dan masjid kecil yang serba kekurangan untuk pusat perkump**an, ibadah, dakwah dan ukhuwwah. Paling hebat sekali, mereka kekal tegar mempertahankan iman dan Islam, dalam persekitaran yang serba serbi amat mencabar dan tidak mendokong.

Wallah ul-muwaffiq

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Jumaat, 02 Januari 2026 | 12 Rajab 1447H

Address

Pinang

Telephone

+60194720922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang Malaysia:

Share