Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang

  • Home
  • Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang

Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang Memaparkan segala aktiviti dan gerak kerja Sriti-sriti Negeri Pulau Pinang

SRITI Pulau Pinang Terus Melangkah di Badminton SUKSAR 2026Alhamdulillah, atlet-atlet SRITI Pulau Pinang terus mempamerk...
16/06/2026

SRITI Pulau Pinang Terus Melangkah di Badminton SUKSAR 2026

Alhamdulillah, atlet-atlet SRITI Pulau Pinang terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan sempena SUKSAR 2026.

Turut hadir memberikan sokongan dan semangat kepada para atlet ialah Ustaz Mohamad Kamil bin Mohamad Redzuan, Timbalan Pengarah 1 Jabatan SRITI Negeri Pulau Pinang. Kehadiran beliau menjadi tanda sokongan berterusan pihak Jabatan SRITI terhadap pembangunan murid-murid bukan sahaja dalam bidang akademik dan sahsiah, malah dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Setiap perlawanan bukan sekadar medan mencari kemenangan, tetapi turut menjadi platform membentuk disiplin, ketahanan diri, semangat berpasukan dan ukhuwwah dalam kalangan murid-murid SRITI.

Tahniah dan syabas kepada semua sekolah khususnya atlet, guru pengiring, jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi asbab kepada kejayaan serta pembentukan generasi rabbani yang cemerlang.

Teruskan berjuang, teruskan melangkah. Biar penat hari ini menjadi kenangan manis pada masa hadapan.






Sekitar Perkampungan Kontinjen MAIS Jabatan SRITI Negeri Pulau Pinang Alhamdulillah, suasana perkampungan kontinjen berl...
15/06/2026

Sekitar Perkampungan Kontinjen MAIS Jabatan SRITI Negeri Pulau Pinang

Alhamdulillah, suasana perkampungan kontinjen berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan ukhwah. Inilah medan membina sahsiah, mengeratkan persaudaraan serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta yang mewakili negeri. Semoga setiap pengalaman yang dilalui menjadi kenangan manis dan bekalan berharga untuk terus melakar kecemerlangan di pentas Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS).

MESYUARAT PENYELARASAN KONTINJEN MAIS SRITI NEGERI PULAU PINANG KE MAIS KEBANGSAANAlhamdulillah, telah berlangsung Mesyu...
12/06/2026

MESYUARAT PENYELARASAN KONTINJEN MAIS SRITI NEGERI PULAU PINANG KE MAIS KEBANGSAAN

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen MAIS SRITI Negeri Pulau Pinang sebagai persediaan akhir menghadapi Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Kebangsaan.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras aspek pengurusan, kebajikan peserta, pengangkutan, penginapan, disiplin kontinjen serta persiapan teknikal bagi memastikan penyertaan kontinjen negeri berjalan lancar dan tersusun. MAIS merupakan program tahunan SRITI yang menghimpunkan murid-murid dari seluruh negara bagi mengetengahkan bakat, ilmu dan sahsiah Islamiah.

Semoga seluruh peserta, guru pembimbing dan urus setia diberikan kekuatan, kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Moga kontinjen SRITI Negeri Pulau Pinang dapat memberikan persembahan terbaik, mengharumkan nama negeri dan memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.

β€œBerjuang dengan ilmu, bersaing dengan adab, menang dengan takwa.” πŸ’šπŸ€²πŸ»

Perkampungan Kontinjen MAIS 2026βœ… Hari : Ahadβœ… Tarikh : 14 Jun 2026βœ… Tempat : SFARβœ… Masa : 7.30 pagi ~ 4.30 petang
11/06/2026

Perkampungan Kontinjen MAIS 2026

βœ… Hari : Ahad
βœ… Tarikh : 14 Jun 2026
βœ… Tempat : SFAR
βœ… Masa : 7.30 pagi ~ 4.30 petang

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang atas penga...
20/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang atas penganjuran Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru 1.0 yang melibatkan 24 Guru Baharu Jabatan SRITI Negeri Pulau Pinang.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kefahaman, meningkatkan profesionalisme serta membentuk sahsiah pendidik dalam mendepani amanah pendidikan.

Semoga segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi asbab lahirnya guru-guru berkualiti demi membina generasi rabbani dan masa depan ummah.

24 Guru Baharu SRITI, 1 Langkah Ke Arah Profesionalisme Pendidikan.

Terima kasih.

Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐆𝐔𝐑𝐔 π’π‘πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustazah Syamela Azizah Binti Md Sobhi at...
16/05/2026

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐆𝐔𝐑𝐔 π’π‘πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustazah Syamela Azizah Binti Md Sobhi atas penganugerahan APC SRITI Malaysia Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas jasa, pengorbanan, komitmen serta dedikasi beliau dalam memperkasa pendidikan Islam dan melahirkan generasi rabbani melalui medan pendidikan SRITI.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, keberkatan dan istiqamah dalam mendidik ummah serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik SRITI Malaysia.

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”







*Please follow, like & share*

⏳ πŸ’ π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ!π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„πŒπ”πƒπ€ 𝐏𝐀𝐒 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“… 16 Mei 2026 | πŸ—“οΈ Sabtu | πŸ•— 8.00 PagiπŸ“ D’Village R...
12/05/2026

⏳ πŸ’ π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ!

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„πŒπ”πƒπ€ 𝐏𝐀𝐒 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 16 Mei 2026 | πŸ—“οΈ Sabtu | πŸ•— 8.00 Pagi
πŸ“ D’Village Resort, Ayer Keroh, Melaka

✨ GURU HARAKI PEMANGKIN
🀝 KEKUATAN JEMAAH

8 Orang Pendidik mewakili Jabatan SRITI P.PINANG akan hadir InshaAllah.

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒππˆππ€π€π 𝐉𝐒𝐔 𝐃𝐀𝐍 πˆπ“π„πŒ 𝐏.𝐀.𝐒 π’π‘πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”Sekitar Bengkel Pembinaan JSU dan Item P.A.S SRITI Malaysi...
09/05/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒππˆππ€π€π 𝐉𝐒𝐔 𝐃𝐀𝐍 πˆπ“π„πŒ 𝐏.𝐀.𝐒 π’π‘πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Sekitar Bengkel Pembinaan JSU dan Item P.A.S SRITI Malaysia Tahun 2026 bagi memperkukuh kualiti pentaksiran yang sistematik, berkesan dan holistik. Jabatan SRITI Pulau Pinang telah menghantar 4 orang guru mengikuti bengkel ini. 2 Orang Guru SRITI Fathul 'Arifin, dan seorang guru SRITI Darul Hadis & SRITI Al Qawwam.

Semoga usaha ini menjadi langkah penting dalam melahirkan generasi rabbani yang cemerlang.








🏐 Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Seberang Perai (Utara), Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) Tahun 2026. T...
08/05/2026

🏐 Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Seberang Perai (Utara), Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) Tahun 2026.

Tahniah SRITI Fathul 'Arifin Kepala Batas atas penglibatan murid dalam kejohanan ini.

Murid SRITI Penang MANTAPπŸ‘πŸ»

SRITI NEGERI PULAU PINANG Pilihan Pendidikan Islam Terbaik Buat Anak-Anak AndaTerdapat 5 buah SRITI di Pulau Pinang:πŸ“ SR...
07/05/2026

SRITI NEGERI PULAU PINANG
Pilihan Pendidikan Islam Terbaik Buat Anak-Anak Anda

Terdapat 5 buah SRITI di Pulau Pinang:

πŸ“ SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR
πŸ“ SRITI FATHUL ’ARIFIN KEPALA BATAS
πŸ“ SRITI AL QAWWAM NIBONG TEBAL
πŸ“ SRITI AL AQSA BUKIT MERTAJAM
πŸ“ SRITI ULUL ALBAB BATU KAWAN

✨ Jom Daftar Anak-Anak ke SRITI! ✨
Membina generasi cemerlang dunia dan akhirat melalui pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

πŸ“– Visi:
Melahirkan Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi

TERUS MEMIMPIN

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Sriti Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share