Ikatan Alumni Almashoor Lelaki Pulau Pinang - IKMAL

Ikatan Alumni Almashoor Lelaki Pulau Pinang - IKMAL Alumni bagi pelajar lepasan SMKA Al-Mashoor Lelaki Pulau Pinang.

Berita Alumni -  Tuan Dzahir Jamudin YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) Putrajaya 2026/2029IKMAL mengucapkan set...
24/04/2026

Berita Alumni - Tuan Dzahir Jamudin YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) Putrajaya 2026/2029

IKMAL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Dzahir Jamudin, alumni SMK Agama Al-Mashoor (Lelaki) sesi 1989-1991, yang mengekalkan mandat sebagai:

​✅ Yang di-Pertua (YDP) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Putrajaya (Sesi 2026/2029)

​Selain menerajui kepimpinan di Putrajaya, beliau juga merupakan Ahli Majlis DPMM di peringkat kebangsaan dan kini berkhidmat sebagai Penasihat di Madani Research Centre (MRC), sebuah badan pemikir yang memfokuskan kepada penyelidikan serta advokasi dasar berpaksikan nilai Malaysia Madani.

​Di dalam gambar: Tuan Dzahir Jamudin (Kiri) bersama rakan alumni, Tuan Zackhi Ahmad Suri.

​Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga IKMAL untuk terus berjaya dalam bidang masing-masing.

Al-Mashoor Lelaki, Di Sini Pemimpin Dilahirkan.

ALUMNI SMKA AL-MASHOOR (LELAKI) DI MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) SESI 2026–2028...
22/04/2026

ALUMNI SMKA AL-MASHOOR (LELAKI) DI MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) SESI 2026–2028

Seluruh warga Ikatan Alumni SMK Agama Almashoor Lelaki (IKMAL) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang alumni kita:

1) YBhg. Tuan Fadzlee bin Daie

2) YBhg. Tuan Zayd bin Zhari

atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi sesi 2026–2028. Watikah pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.

Turut berada di dalam gambar ialah YBhg. Dato’ Rosidi Hussain, yang juga merupakan alumni SMKA Almashoor (Lelaki) merangkap Setiausaha MAINPP.

Satu kebanggaan buat kita semua apabila melihat warga alumni sekolah kita terus diberi kepercayaan untuk menggalas amanah dan tanggungjawab besar dalam institusi tertinggi agama di Pulau Pinang. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada kewibawaan mereka dalam memartabatkan syiar Islam serta memastikan tadbir urus agama terus diperkasa dengan penuh integriti.

Kami di IKMAL mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, dikurniakan hikmah yang luas, serta terus cemerlang berkhidmat demi agama dan nusa.

"Mutiara Al-Mashoor, Terus Berjasa"

IKMAL DI MAJLIS BUKA PUASA AL-MASHOOR LELAKI 2026Alhamdulillah, pada 27 Ramadhan 1447 Hijrah bersamaan 16 Mac 2026, romb...
17/03/2026

IKMAL DI MAJLIS BUKA PUASA AL-MASHOOR LELAKI 2026

Alhamdulillah, pada 27 Ramadhan 1447 Hijrah bersamaan 16 Mac 2026, rombongan IKMAL telah menghadiri Majlis Buka Puasa di SMK Agama Al-Mashoor(Lelaki) di kawasan asrama.

Rombongan diketuai oleh penasihat, Al Fadhil Dato' Sheikh Rosli bin Othman, Pengerusi, Tuan Khalid Nasir Habib, Setiausaha, Tuan Afzanizam dan beberapa ahli IKMAL.

IKMAL: PENYERAHAN DANA PEMBANGUNAN NASYID 2026Pihak Ikatan Alumni SMKA Al-Mashoor Lelaki (IKMAL) telah menyerahkan dana ...
05/03/2026

IKMAL: PENYERAHAN DANA PEMBANGUNAN NASYID 2026

Pihak Ikatan Alumni SMKA Al-Mashoor Lelaki (IKMAL) telah menyerahkan dana berjumlah RM 2,600 kepada pihak sekolah bagi menyokong pembangunan kumpulan nasyid tahun ini.

Ini adalah komitmen berterusan alumni dalam memastikan pelajar SMKA Al-Mashoor Lelaki terus kompetitif, selaras dengan warisan sejarah Madrasah Al-Mashoor yang telah melahirkan ramai ilmuwan, pemimpin, dan penggerak masyarakat sejak tahun 1916.

TABUNG PEMBANGUNAN IKMAL

Bagi alumni yang ingin terus menyumbang, Tabung Pembangunan IKMAL sentiasa dibuka untuk inisiatif prasarana dan kebajikan pelajar akan datang.

Saluran Sumbangan Rasmi:

Akaun: Ikatan Alumni AlMashoor Lelaki Pulau Pinang

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun:
07052010017397

Rujukan: Pembangunan Sekolah

Sumbangan anda adalah pelaburan untuk legasi Al-Mashoor.

DARIPADA ALUMNI, UNTUK AL-MASHOOR

SUMBANGAN IKMAL BAGI KEJOHANAN OLIMPIAD KIMIA ANTARABANGSA TAHUN 2025Alhamdulilah, pihak IKMAL yang diwakili oleh Tuan A...
03/07/2025

SUMBANGAN IKMAL BAGI KEJOHANAN OLIMPIAD KIMIA ANTARABANGSA TAHUN 2025

Alhamdulilah, pihak IKMAL yang diwakili oleh Tuan Afzanizam , Setiausaha dan Tuan Adib selaku Bendahari telah menyampaikan sumbangan dari pihak alumni Almashoor Lelaki kepada Ustaz Suhaimi(Pengetua) dan ditemani oleh Ustaz Idris(PK Hem).

Semoga sumbangan ini dapat membantu pasukan sekolah serba sedikit dalam persiapan menjelang kejohanan.

PELAJAR AL-MASHOOR (LELAKI) WAKILI MALAYSIA KE DUBAI BAGI PERTANDINGAN OLIMPIAD KIMIA ANTARABANGSA Julung kali kita terp...
30/06/2025

PELAJAR AL-MASHOOR (LELAKI) WAKILI MALAYSIA KE DUBAI BAGI PERTANDINGAN OLIMPIAD KIMIA ANTARABANGSA

Julung kali kita terpilih mewakili negara ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa.

Mereka sangat memerlukan sokongan dari Alumni.

Berikan sumbangan kita tanda sokongan.

Jumlah yang diperlukan : RM6000.

Sumbangan boleh melalui akaun IKATAN ALUMNI AL-MASHOOR LELAKI PULAU PINANG.

No Akaun : 07052010017397
BANK ISLAM
Rujukan : Dubai

Tahniah diucapkan kepada saudara Najib Md Nazri atas kejayaan. Beliau merupakan bekas pelajar SPM tahun 2016 dan STPM ta...
21/06/2025

Tahniah diucapkan kepada saudara Najib Md Nazri atas kejayaan. Beliau merupakan bekas pelajar SPM tahun 2016 dan STPM tahun 2018.

Wartawan Astro Radio News, Muhammad Najib Md Nazri dinobat sebagai pemenang gangsa bagi kategori Laporan Radio Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024.

Najib menghasilkan karya berjudul ‘Dilema Ego Lelaki: Sampai Bila Nak Abaikan Kesihatan?’ Yang mengupas isu kesihatan dalam kalangan lelaki di Malaysia.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang luar biasa ini.

Pautan penuh laporan:
https://bm.syok.my/podcast/episode/126618

KENDURI KORBAN PERDANA SMK AGAMA ALMASHOOR LELAKI 2025Alhamdulilah, pada hari sabtu lepas , bertarikh 14 Jun 2025, AJK t...
17/06/2025

KENDURI KORBAN PERDANA SMK AGAMA ALMASHOOR LELAKI 2025

Alhamdulilah, pada hari sabtu lepas , bertarikh 14 Jun 2025, AJK tertinggi IKMAL telah hadir memeriahkan kenduri korban perdana yang diadakan di perkarangan asrama SMKA Almashoor Lelaki. IKMAL diwakili oleh Presiden, Tuan Khalid , Setiausaha En. Afzanizam ,Bendahari En Adib dan AJK iaitu En Ahmad Faziel.

02/12/2024
Ayuh semua Alumni Al-Mashoor / Ex Mashoorian
02/12/2024

Ayuh semua Alumni Al-Mashoor / Ex Mashoorian

PEMAKLUMAN PENDAFTARAN SEMINAR PEMIKIRAN KETOKOHAN ISLAM: SYED SHEIKH AL-HADY SEMPENA SAMBUTAN 108 TAHUN AL MASHOOR ISLAMI

Adalah dimaklumkan seminar ini akan diadakan pada 9 Disember 2024 (Isnin) bertempat di The Light Ballroom, Hotel The Light, Seberang Jaya.

Al-Hady Centre Pulau Pinang menjemput dan membuka pendaftaran kepada semua yang berminat menyertai seminar ini. Scan QRCODE atau hubungi pegawai yang tertera di poster untuk pendaftaran. 🤗🤗

TEMPAT TERHAD !!!

TARIKH TUTUP: 4 DISEMBER 2024 (RABU)








Sementara itu, Ikatan Alumni SMK Agama Al Mashoor Lelaki (IKMAL) menyambut baik cadangan bagi penubuhan muzium berkenaan...
26/11/2024

Sementara itu, Ikatan Alumni SMK Agama Al Mashoor Lelaki (IKMAL) menyambut baik cadangan bagi penubuhan muzium berkenaan.

Penyelidik sejarah IKMAL, Muhammad Amirul Naim Rosmi berkata, penubuhan muzium itu berpotensi menjadi platform perpaduan bagi meraikan kepelbagaian warisan tokoh Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung mencadangkan supaya Pulau Pinang menubuhkan 'People’s History Museum' bagi mengiktiraf dan memperingati tokoh berjasa dari Pulau Pinang tanpa mengira bangsa.

Address

Jalan Air Itam
Pinang George Town
10460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Alumni Almashoor Lelaki Pulau Pinang - IKMAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share