Yayasan Basmi Kemiskinan

Call Directions Website Contact the organization

Yayasan Basmi Kemiskinan YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 untuk membasmi kemiskinan secara pantas dan berkesan, dengan fokus utama kepada pendidikan dan pembangunan modal insan.

๐Ÿšจ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšจ๐Ÿ“ข TARIKH AKHIR PENDAFTARAN: 8 OKTOBER 2026 (KHAMIS)Belum daftar Run For Ho...
06/10/2026

๐Ÿšจ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšจ
๐Ÿ“ข TARIKH AKHIR PENDAFTARAN: 8 OKTOBER 2026 (KHAMIS)

Belum daftar Run For Hope 2026? Jangan tunggu saat akhir! Tempat adalah TERHAD dan pendaftaran akan ditutup pada 8 Oktober 2026.

Daftar di https://checkpointspot.asia/event/RUN-FOR-HOPE-2026

๐Ÿ… KATEGORI LARIAN
๐Ÿ”น 5KM Speed โ€“ RM55 (200 peserta sahaja)
๐Ÿ”น 5KM Fun Run โ€“ RM45 (1,000 peserta sahaja)

Jom sertai larian amal ini dan bersama-sama menyemarakkan semangat kepedulian serta solidariti dalam usaha membasmi kemiskinan. ๐Ÿ’œ

๐ŸŽฝ SUDAH MENDAFTAR?
Peserta yang telah membuat pendaftaran boleh mengambil Race Kit pada:
๐Ÿ“… 16 Oktober 2026 (Jumaat)
โฐ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras

๐Ÿ’œ RUN FOR HOPE 2026
Every Step Against Poverty

JOM SERTAI RUN FOR HOPE 2026!Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia, jom kita berlari 5KM dan jadikan setiap langkah...
06/10/2026

JOM SERTAI RUN FOR HOPE 2026!

Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia, jom kita berlari 5KM dan jadikan setiap langkah sebahagian daripada usaha membasmi kemiskinan.

Sertai kategori 5KM Speed atau 5KM Fun Run pada Sabtu, 17 Oktober 2026, jam 7.00 pagi di International Youth Centre, Cheras!

Yuran pendaftaran: RM55 (5KM Speed) | RM45 (5KM Fun Run)
Tempat adalah terhad: 200 peserta Speed & 1,000 peserta Fun Run!

Hadiah wang tunai sehingga RM1,000 menanti pemenang kategori Speed! Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/RUN-FOR-HOPE-2026

Lari bersama, sebarkan harapan, dan jadilah sebahagian daripada usaha membasmi kemiskinan!

02/10/2026

KHUTBAH JUMAAT PENGERUSI YBK - "MERUNGKAI SENGKETA, BAHAGIA RUMAH TANGGA"

Khutbah Jumaat bertajuk "Merungkai Sengketa, Bahagia Rumah Tangga" yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan di Surau Ar-Rahman, World Trade Centre Kuala Lumpur.

PENGERUSI YBK DIJEMPUT BERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR POLITEKNIK SHAH ALAMSHAH ALAM, 28 September 2026 - Pengerusi Yayasan...
30/09/2026

PENGERUSI YBK DIJEMPUT BERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR POLITEKNIK SHAH ALAM

SHAH ALAM, 28 September 2026 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Dr. Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa memenuhi jemputan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) untuk memberi ceramah motivasi kepada 170 orang pelajar.

Antara intipati perkongsian Dato' Pengerusi YBK adalah berkenaan kepentingan membudayakan semangat menuntut ilmu dan persediaan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan moden khususnya di era penggunaan meluas teknologi.

Beliau juga telah memberi contoh usahawan personaliti Khairul Aming yang memanfaatkan teknologi untuk meraih pendapatan dan menyeru pelajar meneroka bidang keusahawanan sebagai punca pendapatan.

Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan). Sesi Pengerusi YBK ini merupakan sebahagian pengisian program 'Rise & Thrive 2026: Motivation, Growth & Career Insight' anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

KUNJUNGAN HORMAT YBK KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGORKUALA KUBU BHARU, 30 September 2026 - Yayasan Basmi Kemis...
30/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT YBK KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

KUALA KUBU BHARU, 30 September 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Pegawai Pendidikan Hulu Selangor, YBrs. Tuan Haji Zainal Ismail.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz selaku Pengurus Besar YBK, bersama-sama semua Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet YBK. Hadir bersama di pihak PPD Hulu Selangor adalah Encik Azrul Hisham Hamzah (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah - Sektor Pembangunan Murid) dan Encik Mohd Fakrul Radzi Lokman (Penolong Pegawai Pendidikan - Perancangan)

Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik bersama PPD Hulu Selangor khususnya berkenaan program-program pendidikan YBK. Taklimat program YBK telah disampaikan oleh Pengurus Besar dan juga Ketua-Ketua Jabatan.

Pertemuan ini turut membincangkan perancangan gerak kerja untuk program YBK Eye yang dirancang untuk diadakan pada bulan November nanti dengan kerjasama PPD Hulu Selangor.

MAJLIS PENGENALAN RASMI SPEAKER & SIDANG MEDIA PROGRAM ANNUAL WOMEN ECONOMIC FORUM (WEF) & G100 GLOBAL MEET 2026KUALA LU...
29/09/2026

MAJLIS PENGENALAN RASMI SPEAKER & SIDANG MEDIA PROGRAM ANNUAL WOMEN ECONOMIC FORUM (WEF) & G100 GLOBAL MEET 2026

KUALA LUMPUR, 29 September 2026 - Hari ini telah berlangsung Majlis Pengenalan Rasmi Speaker & Sidang Media Program Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras.

Objektif majlis adalah untuk memperkenalkan barisan speaker yang akan memberikan perkongsian melalui beberapa sesi yang telah diaturkan. YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan dan Presiden G100 Global Club telah memberikan penerangan berkenaan program kepada hadirin, dan tayangan video menampilkan barisan speaker turut diperlihatkan.

Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud (Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa), wakil penasihat (advisory board) program, wakil media, dan jemputan-jemputan dari YBK dan YBCare.

Bertemakan "POWERING THE FUTURE: Empowering Communities and Cultures of Care, Co-Existence, Creativity & Commerce Through Women-Led Development", program ini akan berlangsung pada 14โ€“17 Oktober 2026. Selain forum, beberapa program khas turut akan berlangsung, termasuk WAWASANITA 30th Pearl Jubilee Gala and Awards, 1 Day Transformation Lab dan Run for Hope 5KM bersempena Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan.

Semasa sidang media, YBhg. Datin Dr. Hartini Osman memaklumkan bahawa penyertaan dalam program ini melibatkan 19 negara dari seluruh dunia. Beliau turut memaklumkan bahawa sesi 'round table discussion' akan diadakan bagi menggerakkan beberapa inisiatif, antaranya The Global Womenโ€™s Bank, The Universal Women Business Hub dan The ASEAN Halal Hub bersama WAWASANITA.

TAKZIAH & DUKACITA - ALMARHUMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALIุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽPengasas, Pengerusi...
28/09/2026

TAKZIAH & DUKACITA - ALMARHUMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

Pengasas, Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengurus Besar dan seluruh karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melahirkan ucapan takziah dan dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohd pada 28 September 2026.

Almarhumah yang terkenal dengan sifat keibuan pernah bersama dalam program YBK antaranya Seminar Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar pada tahun 1998, dan lawatan ke projek-projek YBK pada tahun 2000.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohd serta ahli keluarga beliau tabah menghadapi ujian kehilangan ini. Amin!

PENGERUSI YBK SAMPAIKAN PEMBENTANGAN DI SESI LIBAT URUS BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2027SHAH ALAM, 25 September 2025 - Pe...
25/09/2026

PENGERUSI YBK SAMPAIKAN PEMBENTANGAN DI SESI LIBAT URUS BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2027

SHAH ALAM, 25 September 2025 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom hari ini telah menyampaikan pembentangan bertajuk 'Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Pendidikan YBK' di sesi perbincangan kumpulan (Focus Group Discussion) 'Sosioekonomi dan Mobiliti Pendapatan' yang merupakan sebahagian acara Program Libat Urus Belanjawan Negeri Selangor 2027.

Sesi Focus Group Discussion Sosioekonomi dan Mobiliti Pendapatan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Papparaidu A/L Veraman (EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan Selangor) telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi persekutuan dan negeri, ahli akademik, NGO dan pemegang taruh berkaitan sumber manusia dan pembasmian kemiskinan. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Dapatan daripada sesi perbincangan kumpulan ini dan juga sesi-sesi perbincangan yang berlangsung kemudiannya dibentangkan dalam sesi plenari, soal jawab dan penggulungan bersama Y.A.B. Datoโ€™ Seri Amirudin Bin Shari (Dato' Menteri Besar Selangor).

Address

No 32 & 34 Jalan SS 7/24 Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378750036

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Basmi Kemiskinan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Basmi Kemiskinan:

Shortcuts

Share