IDE Research Centre

Call Directions Website

IDE Research Centre IDE adalah hub penyelidikan untuk Rakyat Selangor dan Malaysia amnya. Institut Darul Ehsan dibangunkan dengan misi pencerahan dan pencerdasan untuk rakyat

Yayasan IDE MADANI atau dahulu dikenali Institut Darul Ehsan (IDE) Ialah HAB Penyelidikan Utama Di Malaysia di bawah IDE Research Centre dan Memiliki Sijil HRDC Yang Sah Untuk Latihan dan Khidmat Nasihat Profesional di Bawah IDE Training Consultancy

09/10/2026

Rangkuman Bicara Madani Yang Menampilkan Tn Hj Amidi Abd Manan dan Sdr Hanif Ahmad bersempena Pesta Buku UiTM 2026

08/10/2026

YB Senator Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman telah dijemput sebagai moderator utama dalam Wacana Kenegaraan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

Program ini turut dihadiri Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Pengarah AKM, YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, serta ketua-ketua AKM negeri dan felo-felo AKM.

Wacana ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman mengenai institusi Raja Berperlembagaan dan sistem kenegaraan Malaysia.

📚 WACANA MADANI | PEMBUDAYAAN ILMU, MEMPERKASA KOMUNITIIlmu bukan sekadar untuk diketahui, tetapi perlu dibudayakan agar...
08/10/2026

📚 WACANA MADANI | PEMBUDAYAAN ILMU, MEMPERKASA KOMUNITI

Ilmu bukan sekadar untuk diketahui, tetapi perlu dibudayakan agar mampu membentuk masyarakat yang lebih berfikiran terbuka, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran semasa.

Bersempena Pesta Buku UiTM, ayuh bersama-sama menyertai Wacana MADANI yang bakal membincangkan peranan pembudayaan ilmu dalam memperkasa komuniti dan membina masyarakat yang lebih progresif.

🎙️ Panel
YBrs. Tuan Haji Amidi Dato’ Abd Manan
Pengurus Eksekutif, Institut Darul Ehsan (IDE)

🎤 Moderator
YBrs. Hanif bin Ahmad Baharuddin
Eksekutif, IDE Research Centre

📅 8 Oktober 2026 | Khamis
⏰ 3.30 petang – 4.30 petang
📍 Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Mari bersama menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh peranan komuniti dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI.

“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”

Yayasan IDE MADANI merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga at...
28/09/2026

Yayasan IDE MADANI merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Allahyarhamah akan sentiasa dikenang atas jasa dan khidmat baktinya dalam bidang kesihatan awam, kebajikan serta pembangunan masyarakat. Sumbangan beliau, khususnya terhadap kesejahteraan ibu, kanak-kanak dan masyarakat luar bandar, menjadi sebahagian daripada legasi yang amat bermakna kepada negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya dan mengurniakan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Address

46F-2, Mentari Business Park (Bangunan YAPIEM)
Petaling Jaya
46150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+603-5524 5444

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IDE Research Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share