Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation

Call Directions Website

Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation, Community Center, Bilik Gerakan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation, Petaling Jaya.

BOLA SEPAK I Skuad bola sepak PB Bandar Utama FC akan bertemu pasukan PB Bandar Utama City Centre (1 Utama) dalam aksi p...
07/10/2026

BOLA SEPAK I Skuad bola sepak PB Bandar Utama FC akan bertemu pasukan PB Bandar Utama City Centre (1 Utama) dalam aksi persahabatan di New Camp Pitches, Bukit Utama pada malam ini.

Terima kasih kepada semua penaja dan rakan rasmi yang terlibat bersama PB Bandar Utama FC untuk perlawanan kali ini. Kepercayaan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dalam membantu pasukan terus melangkah dan berjuang.

Setiap sokongan anda menjadi sebahagian daripada cerita perjuangan kami.

PEMERIKSAAN BEREK POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA Pemeriksaan Berek telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat...
02/10/2026

PEMERIKSAAN BEREK POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA

Pemeriksaan Berek telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat Centrepoint Residence.

Pemeriksaan diketuai oleh Pengarah Keselamatan Bandar Utama City Corporation, ACP (B) Lim Meng Seah dan Ketua Jabatan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation DSP (B) Wiswanandan Ayakandoo .

Program dimulakan dengan taklimat pelaksanaan pemeriksaan oleh pegawai pemeriksa sebelum diteruskan dengan pemeriksaan di setiap aras Centrepoint Residence yang melibatkan Aras 3. Pemeriksaan menumpukan aspek kekemasan, penjagaan kit pakaian seragam serta kebersihan dan susun atur bilik kediaman.

Pelaksanaan ini bertujuan memastikan setiap kelengkapan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti sebarang kerosakan atau permasalahan penghuni beret bagi tujuan penambahbaikan.

Terima kasih kepada penonton yang hadir menyaksikan skuad PB Bandar Utama FC bertemu dengan pasukan KKM BNM FC pada perl...
26/09/2026

Terima kasih kepada penonton yang hadir menyaksikan skuad PB Bandar Utama FC bertemu dengan pasukan KKM BNM FC pada perlawanan perlawanan persahabatan di New Camp, Bukit Utama, malam tadi.

Ribuan terima kasih kepada semua penaja dan rakan rasmi yang terlibat bersama PB Bandar Utama FC untuk musim 2026. Kepercayaan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dalam membantu pasukan terus melangkah dan berjuang.

Setiap sokongan anda menjadi sebahagian daripada cerita perjuangan kami.
————————————————————-
BOLA SEPAK I Masa Penuh Perlawanan Persahabatan

PB Bandar Utama FC 1-3 KKM BNM FC

BOLA SEPAK I Skuad bola sepak PB Bandar Utama FC akan bertemu pasukan KKM BNM FC dalam aksi persahabatan di New Camp Pit...
26/09/2026

BOLA SEPAK I Skuad bola sepak PB Bandar Utama FC akan bertemu pasukan KKM BNM FC dalam aksi persahabatan di New Camp Pitches, Bukit Utama pada malam ini.

Terima kasih kepada semua penaja dan rakan rasmi yang terlibat bersama PB Bandar Utama FC untuk perlawanan kali ini. Kepercayaan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dalam membantu pasukan terus melangkah dan berjuang.

Setiap sokongan anda menjadi sebahagian daripada cerita perjuangan kami.

SESI PERJUMPAAN KETUA JABATAN POLIS BANTUAN BUCC BERSAMA ANGGOTA PELATIH PB BUCC23 September 2026 (Rabu) - Ketua Jabatan...
23/09/2026

SESI PERJUMPAAN KETUA JABATAN POLIS BANTUAN BUCC BERSAMA ANGGOTA PELATIH PB BUCC

23 September 2026 (Rabu) - Ketua Jabatan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation, DSP (B) Wiswanadan Ayakandoo telah menghadiri sesi perjumpaan bersama 29 orang anggota pelatih Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation di Bilik Gerakan PB BUCC sebentar tadi.

Tujuan sesi perjumpaan ini diadakan adalah menyampaikan arahan semasa, teguran dan nasihat daripada Ketua Jabatan PB BUCC mengenai penugasan kawalan keselamatan di setiap kawasan di bawah pentadbiran Bandar Utama City Corporation sentiasa berada dalam keadaan baik.

Peluang Kerjaya bersama Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd BUCC mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untu...
23/09/2026

Peluang Kerjaya bersama Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd

BUCC mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pelatih Konstabel Polis Bantuan (Lelaki & Wanita).

Jika anda seorang yang berdisiplin, berintegriti dan komited dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman, inilah peluang untuk membina kerjaya Bersama Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd

—————————————————————

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN ANGGOTA POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA CITY CORPORATION SDN BHD DI SEKITAR NEGERI SELANGOR
(PELATIH LELAKI & WANITA)

Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
Masa Pendaftaran: 07:30 Pagi - 08:30 Pagi
Tempat: The Club Drive Bukit Utama, Petaling Jaya, Selangor

Syarat kelulusan berdasarkan iklan tersebut dan sila berpakaian sukan untuk ujian fizikal (BMI, Warna, Kawad & Larian 2.4km).

*Bekas Anggota PDRM/ATM dan Anggota Polis Bantuan yang mempunyai sijil lantikan KAPB(Masih berkhidmat) boleh menghadiri ujian fizikal pada tarikh tersebut.

Bekas Anggota Polis Bantuan: Sila bawa dokumen sokongan berserta 1 salinan seperti Sijil KAPB, Surat tamat perkhidmatan.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Bilik Gerakan Polis Bantuan Bandar Utama - 0378906664

FOTO I PENUGASAN POLIS BANTUAN BUCCPenugasan statik dan rondaan cegah jenayah oleh setiap unit di bawah Polis Bantuan Ba...
21/09/2026

FOTO I PENUGASAN POLIS BANTUAN BUCC

Penugasan statik dan rondaan cegah jenayah oleh setiap unit di bawah Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation sentiasa dipertingkatkan bagi tujuan mengekang dan membendung berlakunya kejadian jenayah serta mengurangkan fear of crime di kalangan masyarakat setempat khususnya di bawah kawasan pentadbiran Bandar Utama City Corporation

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Marilah kita bersama-sama terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serta men...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Marilah kita bersama-sama terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serta menjunjung keharmonian demi Malaysia yang lebih sejahtera dan makmur.

Ikhlas daripada
Jabatan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation

Selamat Hari Malaysia 2026

PEMERIKSAAN BEREK POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA Pemeriksaan Berek telah dilaksanakan pada 11 Sepetmber 2026 (Jumaat) bertem...
11/09/2026

PEMERIKSAAN BEREK POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA

Pemeriksaan Berek telah dilaksanakan pada 11 Sepetmber 2026 (Jumaat) bertempat Centrepoint Residence bermula jam 2 petang.

Pemeriksaan diketuai oleh Pengarah Keselamatan Bandar Utama City Corporation, ACP (B) Lim Meng Seah dan Ketua Jabatan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation DSP (B) Wiswanandan Ayakandoo .

Program dimulakan dengan taklimat pelaksanaan pemeriksaan oleh pegawai pemeriksa sebelum diteruskan dengan pemeriksaan di setiap aras Centrepoint Residence yang melibatkan Aras 3. Pemeriksaan menumpukan aspek kekemasan, penjagaan kit pakaian seragam serta kebersihan dan susun atur bilik kediaman.

Pelaksanaan ini bertujuan memastikan setiap kelengkapan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti sebarang kerosakan atau permasalahan penghuni beret bagi tujuan penambahbaikan.

GENERAL ROLLCALL KETUA JABATAN POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA CITY CORPORATIONBandar Utama, 8 September - Bertempat di Ruang...
08/09/2026

GENERAL ROLLCALL KETUA JABATAN POLIS BANTUAN BANDAR UTAMA CITY CORPORATION

Bandar Utama, 8 September - Bertempat di Ruang Parkir Kenderaan 1 Powerhouse telah berlangsung General Rollcall Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation yang telah disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Bandar Utama City Corporation, ACP (B) Lim Meng Seah dan Ketua Jabatan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation, DSP (B) Wiswanandan Ayakandoo pada hari ini.

Panggil nama yang dijalankan pada dua sesi iaitu sesi syif pagi dan syif malam ini telah dihadiri seramai hampir 118 anggota untuk mendengar amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation.

Beliau telah menyampaikan arahan-arahan terkini dan mengingat kembali kepada semua warga kerja Polis Bantuan BUCC agar sentiasa menerapkan nilai integriti dan profesional dalam menjalankan tugas seharian tidak kira di bahagian mana mereka berkhidmat selaras dengan peruntukan di bawah Akta Polis 1967, khususnya Bahagian IX (Seksyen 47 - 50), dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 yang menekankan bahawa tanggungjawab setiap pegawai dan anggota polis bantuan.

Address

Bilik Gerakan Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation
Petaling Jaya
47800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Bantuan Bandar Utama City Corporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share