31/08/2026
🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-69 🇲🇾
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُه
69 tahun kita melangkah sebagai sebuah negara yang merdeka. Namun, kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga tentang membebaskan jiwa, pemikiran dan kehidupan daripada segala bentuk kejahilan serta perkara yang menjauhkan kita daripada kebenaran.
Sebagai mahasiswa, kemerdekaan harus diterjemahkan melalui ilmu, integriti dan keberanian untuk membawa perubahan. Kerana generasi yang merdeka ialah generasi yang tidak hanya tahu mencintai tanah air, tetapi turut memahami amanah untuk membangunkannya.
Semoga Malaysia terus melangkah sebagai sebuah negara yang aman, bersatu dan diberkati Allah SWT.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾❤️
“𝘽𝙚𝙧𝙠𝙝𝙞𝙙𝙢𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖.”
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam
Sesi 2025/2026