03/09/2026
*ANGKASA SELANGOR HADIR BERSAMA KE SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA INSKEN DAN ANGKASA*
3 September 2026 (Khamis) โ YBrs. Prof. Dr. Hj. Mansor Ahmad, Pengerusi ANGKASA Selangor, bersama semua Anggota Jawatankuasa ANGKASA Selangor telah hadir ke Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) dan ANGKASA yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sadik, Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA; YBhg. Datoโ Haji Kamarudin Ismail, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA; YBhg. Datuk Mustaffa Kamil bin Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN; serta YBhg. Datoโ Hj. Mohd Alias Hamzah, Mantan Pengerusi ANGKASA Selangor. Majlis turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan ANGKASA dan INSKEN.
Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh pembangunan keusahawanan serta memperluaskan penglibatan usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam ekosistem koperasi. INSKEN mempunyai kepakaran dalam pembangunan usahawan dan PMKS, manakala ANGKASA mempunyai jaringan koperasi yang luas, sekali gus membuka peluang untuk mengenal pasti, membangunkan dan menghubungkan usahawan berpotensi dengan gerakan koperasi.
Antara fokus kerjasama adalah pembangunan kapasiti usahawan melalui latihan dan bimbingan dalam aspek pemasaran, kewangan, operasi, teknologi serta pendigitalan. Pada masa yang sama, koperasi turut berpeluang memperluaskan aktiviti ekonomi, membina rantaian bekalan yang lebih kukuh dan meneroka bidang perniagaan baharu melalui penglibatan usahawan dan PMKS.
Secara keseluruhannya, MoU ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan antara INSKEN, ANGKASA, usahawan, PMKS dan gerakan koperasi. Kerjasama tersebut bukan sahaja tertumpu kepada latihan, malah merangkumi susulan, bimbingan dan jaringan perniagaan bagi memastikan usahawan dapat berkembang, PMKS diperkasakan dan koperasi terus diperkukuh demi memberi manfaat kepada anggota, komuniti serta ekonomi negara.
Laporan oleh,
Zaleha Ibos
Setiausaha ANGKASA Selangor