10/09/2026
OPENAI PILIH MALAYSIA UNTUK KAPASITI PUSAT DATA AI.
Firma Australia Firmus, yang disokong NVIDIA, menandatangani perjanjian berbilang tahun dengan OpenAI untuk menyediakan kapasiti pengkomputeran daripada dua pusat data di Malaysia. Perjanjian ini dilaporkan pada 8 September 2026.
Pada masa yang sama, Malaysia juga sedang menganjurkan beberapa acara AI berskala antarabangsa, termasuk WAIC CONNECT Malaysia 2026, yang menghimpunkan pemain industri, kerajaan dan syarikat teknologi untuk mempercepatkan penggunaan AI secara praktikal. Acara itu turut menampilkan infrastruktur AI seperti Huawei Atlas 950 SuperPoD serta sesi berkaitan Agentic AI.
Perkembangan ini memberi satu signal penting:
Malaysia sedang menjadi sebahagian daripada infrastruktur AI global. Mempunyai pusat data AI tidak secara automatik menjadikan Malaysia negara pencipta AI.
Kita masih perlu membina lapisan di atas infrastructure itu:
Talent, model, applications, datasets, IP dan commercial products.
Ini juga sebab mengapa pembangunan bakat sangat kritikal. Huawei sebelum ini menetapkan sasaran untuk membangunkan 30,000 bakat AI Malaysia dan memupuk 200 rakan AI tempatan melalui pemindahan pengetahuan serta kerjasama cloud dan AI.
PeKA melihat perkembangan infrastructure AI di Malaysia sebagai peluang strategik kepada industri kreatif.
Siapa akan membina aplikasi di atas infrastructure ini?
Siapa akan memiliki dataset tempatan?
Siapa akan membina model yang memahami bahasa, budaya dan identiti Malaysia?
Dan siapa akan memiliki IP tersebut?
Kerana dalam ekonomi AI, nilai terbesar bukan semestinya berada pada orang yang memiliki GPU.
Ia mungkin berada pada mereka yang membina produk, workflow, data dan intellectual property di atasnya.
Jadi mungkin sasaran industri kreatif Malaysia selepas ini bukan sekadar AI adoption.
Tetapi AI creation.
Dan itu beza antara menjadi pengguna teknologi dengan menjadi sebahagian daripada ekonomi teknologi itu sendiri.
Admin
Persatuan Kreatif AI Malaysia
Sumber:
1. Reuters — Nvidia-backed Firmus signs deal with OpenAI for Malaysia data centre capacity — 8 September 2026.
2. Huawei Malaysia — WAIC CONNECT Malaysia 2026 to strengthen a sustainable and intelligent national AI ecosystem — 7 September 2026.
3. Huawei Malaysia — Huawei Cloud AI Ecosystem Summit APAC: 30,000 AI talents & 200 local AI partners — sasaran program pembangunan bakat dan ekosistem Malaysia.
4. Reuters — peningkatan penggunaan tenaga pusat data turut menunjukkan skala pertumbuhan infrastruktur AI dan data centre Malaysia.