Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF

Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF MHAF ialah badan sukan peringkat kebangsaan yang mengelola aktiviti memanah berkuda Malaysia

🌟 INTRO MEMANAH BERKUDA & 🎯 INTENSIVE MEMANAH TRADISIONALSama ada anda seorang pemula atau ingin memperhalusi teknik, in...
20/07/2026

🌟 INTRO MEMANAH BERKUDA & 🎯 INTENSIVE MEMANAH TRADISIONAL

Sama ada anda seorang pemula atau ingin memperhalusi teknik, inilah peluang anda untuk belajar daripada yang terbaik di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Mengapa Anda Tidak Patut Melepaskan Peluang Ini:
βœ… Kuasai Seni Panahan Berkuda: Rasai adrenalin memanah tradisional dari atas kuda dengan bimbingan pakar.
βœ… Perkukuh Kemahiran Memanah Tradisional: Perbaiki gaya berdiri, fokus, dan ketepatan dalam suasana intensif.
βœ… Belajar Dari Lagenda: Berlatih bersama Coach Samsudin MB (International Judge & Jurulatih MHAF) serta bertemu dengan Pemanah Berkuda Mohd Zulfadhli & Abdullah Umar Shaidin (Atlet Memanah Berkuda Kebangsaan).

Maklumat Acara:
πŸ—“οΈ Tarikh / Date: 01 & 02 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Lokasi/ Venue: Kiara Polo Club (Bukit Kiara Equestrian & Country Club), Kuala Lumpur
Peta/Map: https://maps.app.goo.gl/hZ4LhWfeSHBBqEWk6

Ini peluang yang jarang berlaku! Tempat adalah terhad.
Jangan lepaskan peluang untuk menunggang dan memanah seperti seorang juara.

πŸ‘‰ DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR pada imej atau hubungi kami terus untuk pendaftaran:
πŸ“ž Tuan Amal: +6017-6214749
πŸ“ž Cik Farrah: +6011-13250766

Pautan Pendaftaran:
https://forms.office.com/r/74jvfccvP6

Anjuran oleh KULHAA dan BELIAPRO, dengan kerjasama MHAF dan Bukit Kiara Polo Team.
_______________________________________________________________________

Unleash Your Inner Archer! 🏹🐎

Are you ready for an unforgettable weekend of precision, skill, and ancient tradition? Join us for an exclusive event combining two thrilling disciplines:

🌟 INTRO HORSEBACK ARCHERY & 🎯 INTENSIVE TRADITIONAL ARCHERY

Whether you're a complete beginner or looking to refine your technique, this is your chance to learn from the best in the heart of Kuala Lumpur.

Why You Shouldn't Miss This:
βœ… Master the Art of the Mounted Bow: Experience the adrenaline of traditional horseback archery with expert guidance.

βœ… Deepen Your Traditional Archery Skills: Refine your stance, focus, and accuracy in an intensive setting.

βœ… Learn from Legends: Train under the renowned Mr. Samsudin MB (International Judge & MHAF Coach) and meet Mr. Mohd Zulfadhli & Mr. Abdullah Umar Shaidin (National Horseback Archery Athletes).

This is a rare opportunity! Limited spots are available.
Don't let this chance to ride and shoot like a champion pass you by.

πŸ‘‰ JOIN NOW!
Scan the QR code in the image or contact us directly to register:
πŸ“ž Mr. Amal: +6017-6214749
πŸ“ž Ms. Farrah: +6011-13250766

Registration Link:
https://forms.office.com/r/74jvfccvP6

Organized by KULHAA and BELIAPRO, in collaboration with MHAF and Bukit Kiara Polo Team.

PENYERTAAN KURSUS KEPIMPINAN, PERANCANGAN DAN PENGURUSAN STRATEGIK BADAN SUKAN KEBANGSAAN SIRI 2/2026 (PELAN TINDAKAN WA...
16/07/2026

PENYERTAAN KURSUS KEPIMPINAN, PERANCANGAN DAN PENGURUSAN STRATEGIK BADAN SUKAN KEBANGSAAN SIRI 2/2026 (PELAN TINDAKAN WANITA DALAM SUKAN 2026–2030)

Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa wakil MHAF, Setiausaha Persekutuan, Encik Samsudin Mohd Baharun, telah menghadiri Kursus Kepimpinan, Perancangan dan Pengurusan Strategik Badan Sukan Kebangsaan Siri 2/2026 (Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026–2030) yang dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pada 12–14 Julai 2026 bertempat di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

MHAF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Encik Sukry Abdul Kadir dan Puan Nurhadayah Mohamad Zali, atas kesudian menjemput wakil MHAF untuk turut serta dalam kursus berprestij ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada panel pengajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) β€” Prof. Madya Dr. Mohd Murshid Arsyad, dibantu oleh TS Dr. Rozzamri Ashari, Encik Dahlan Ismail Abu Bakar, dan Dr. Nur Raihan Che Nawawi β€” atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang amat bernilai sepanjang kursus berlangsung.

Kursus ini memberi peluang kepada MHAF untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan dan perancangan strategik organisasi sukan, selaras dengan prinsip kesaksamaan gender dan pembangunan wanita dalam sukan negara.

Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF)
_______________________________________________________________________

PARTICIPATION IN THE NATIONAL SPORTS BODY LEADERSHIP, PLANNING AND STRATEGIC MANAGEMENT COURSE SERIES 2/2026 (WOMEN IN SPORTS ACTION PLAN 2026–2030)

Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF) is pleased to announce that its Secretary, Mr. Samsudin Mohd Baharun, represented MHAF at the Leadership, Planning and Strategic Management Course for National Sports Bodies Series 2/2026 (Women in Sports Action Plan 2026–2030) organized by the Office of the Commissioner of Sports Malaysia (PJS) from 12–14 July 2026 at the International Youth Centre Foundation, Kuala Lumpur.

MHAF extends its deep appreciation to the representatives of the Office of the Commissioner of Sports, Mr. Sukry Abdul Kadir and Ms. Nurhadayah Mohamad Zali, for kindly inviting MHAF to participate in this important program.

Special thanks also go to the teaching panel from Universiti Putra Malaysia (UPM) β€” Assoc. Prof. Dr. Mohd Murshid Arsyad, assisted by TS Dr. Rozzamri Ashari, Mr. Dahlan Ismail Abu Bakar, and Dr. Nur Raihan Che Nawawi β€” for their valuable insights and guidance throughout the course.

This program has provided MHAF with an opportunity to strengthen its leadership and strategic planning capabilities, in line with the principles of gender equality and women’s empowerment in national sports development.

Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF)








Kenyataan Rasmi MHAFMAKLUMAN STATUS SANKSI KEJOHANANMalaysia Horseback Archery Federation (MHAF), sebagai Badan Kebangsa...
16/07/2026

Kenyataan Rasmi MHAF
MAKLUMAN STATUS SANKSI KEJOHANAN

Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF), sebagai Badan Kebangsaan Memanah Berkuda Malaysia yang diiktiraf, ingin memaklumkan bahawa acara β€œInternational Traditional Horseback Archery Festival Kuala Lumpur 2026” yang dijadualkan berlangsung pada 11–16 September 2026 di DBKL Cavalry Unit, Titiwangsa Lake Garden, Kuala Lumpur, belum diberikan sanksi oleh MHAF.

Sehubungan itu, acara tersebut bukan merupakan kejohanan rasmi antarabangsa di bawah bidang kuasa MHAF dan belum diiktiraf sebagai pertandingan Antarabangsa yang disanksikan oleh Persekutuan.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan status sanksi acara berkenaan kepada semua atlet, jurulatih, kelab, pegawai, dan pihak berkepentingan.

Sekian, terima kasih.
Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF)
Badan Kebangsaan Memanah Berkuda Malaysia
_______________________________________________________________________

Official Statement by MHAF
NOTICE ON EVENT SANCTION STATUS

Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF), the National Governing Body for Horseback Archery in Malaysia, wishes to inform that the β€œInternational Traditional Horseback Archery Festival Kuala Lumpur 2026,” scheduled for 11–16 September 2026 at DBKL Cavalry Unit, Titiwangsa Lake Garden, Kuala Lumpur, has not been sanctioned yet by MHAF.

Accordingly, this international event is not yet an MHAF-sanctioned or MHAF-recognized international competition under the Federation’s jurisdiction.
This statement is issued to clarify the sanction status of the event for all athletes, coaches, clubs, officials, and other stakeholders.

Thank you.
Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF)
National Governing Body for Horseback Archery in Malaysia








DAULAT TUANKU!Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF Merafak sembah dan Setinggi-tinggi tahniah kepadaDULI YANG MA...
18/05/2026

DAULAT TUANKU!

Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF Merafak sembah dan Setinggi-tinggi tahniah kepada
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
RAJA NEGERI PERLIS

dan
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU TENGKU FAUZIAH
BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL RASHID
RAJA PEREMPUAN PERLIS

sempena
ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-83
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS
pada 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.





TIEP Terengganu International Endurance ParkAlhamdulillah selesai mesyuarat bersama wakil Kerajaan Negeri, TIEP,  Malays...
07/05/2026

TIEP
Terengganu International Endurance Park

Alhamdulillah selesai mesyuarat bersama wakil Kerajaan Negeri, TIEP, Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF dan wakil World Horseback Archery Federation WHAF





Congratulations to the 2026 WHAF Executive BoardOn behalf of the Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF), we send o...
29/04/2026

Congratulations to the 2026 WHAF Executive Board

On behalf of the Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF), we send our warmest congratulations and best wishes to the newly appointed World Horseback Archery Federation (WHAF) Executive Board.
We are excited to see such a strong and diverse lineup leading our sport into 2026. Your leadership is key to growing the horseback archery community and preserving this noble tradition worldwide.
Our Best Wishes for:
β€’ Success in all upcoming international events and initiatives.
β€’ Unity among all member nations.
β€’ Growth of the sport across every continent.

MHAF stands ready to support your vision. Together, let’s take horseback archery to new heights!
From all of us at MHAF Malaysia.

DAULAT TUANKU!Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang T...
29/04/2026

DAULAT TUANKU!

Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan bagi negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu pada hari ini, 26 April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447 Hijrah.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.




POS MALAYSIA | MHAFSetem Memanah BerkudaPos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kolaborasi bersama Malaysia Horseback ...
13/04/2026

POS MALAYSIA | MHAF
Setem Memanah Berkuda

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kolaborasi bersama Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF meneruskan kesinambungan penghargaan terhadap warisan negara melalui pelancaran Koleksi Setem Khas Kuda Siri 2 yang ditawarkan.

Memanah Berkuda termasuk sukan yang banyak menyumbang pingat kepada negara melalui kemenangan yang diperoleh Para atlit yang bertanding dikejohanan peringkat antarabangsa.

Dapatkan koleksi anda di Pejabat Pos Malaysia Berhad berdekatan. Stok eksklusif dan terhad.

WORLD HORSEBACK ARCHERY FEDERATION (WHAF)1st WHAF Executive Board MeetingAntalya, Turkiye.Driving the future of internat...
12/04/2026

WORLD HORSEBACK ARCHERY FEDERATION (WHAF)
1st WHAF Executive Board Meeting
Antalya, Turkiye.

Driving the future of international horseback archery. Malaysia is well-represented by Dato' Abang Ariffin Abang Bohan (WHAF Legal & Finance / MHAF Advisor) and Samsudin Mohd Baharun (MHAF Secretary) at the 1st WHAF Executive Board Meeting in Antalya, Turkiye.

Wakil Malaysia Dato' Abang Ariffin Abang Bohan selaku WHAF Legal & Finance dan penasihat MHAF. Turut bersama, Samsudin Mohd Baharun, Setiausaha MHAF. Membincangkan pembangunan memanah berkuda antarabangsa.

Address

24-B2, Jalan SS6/3
Petaling Jaya
43701

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60127303607

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Horseback Archery Federation - MHAF:

Shortcuts

Share