Pertubuhan Alumni Generasi Rekabentuk & Senibina Dalaman - GRID

Call Directions Contact the organization

Pertubuhan Alumni Generasi Rekabentuk & Senibina Dalaman - GRID Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Alumni Generasi Rekabentuk & Senibina Dalaman - GRID, Non-Governmental Organization (NGO), 6/3, 2ND FLOOR, Jalan PJU 5/9, DATARAN SUNWAY, KOTA DAMANSARA, Petaling Jaya.

Pertubuhan yang menghimpunkan pelajar dan bekas-bekas pelajar dari kursus Rekabentuk Dalaman dan kursus Senibina Dalaman dari Institut Teknologi MARA (ITM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan nama-nama yang sebelumnya.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"اَللَّهُمَّ اغْفِ...
06/07/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

”Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.”

Kami bagi pihak GRID ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mohd Amin bin Mohd Yussoff (UITM Seri Iskandar - Batch ) yang telah meninggal dunia pada hari Isnin, 6 Julai 2026.

Kami mengajak seluruh Alumni ID bersama-sama mendoakannya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang sholeh dan mendapat lindungan ampunan serta rahmat Allah.

Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarganya.


25/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, janganlah kita melepaskan peluang berpuasa pada hari ini iaitu 'Asyura (10 Muharram). Ia adalah antara amalan yang besar pahalanya.

Rasulullah ﷺ bersabda:

> "Puasa pada hari 'Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu."

— Riwayat Muslim, no. 1162

Apabila Rasulullah ﷺ mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura, Baginda bersabda:

> "Kami lebih berhak terhadap Musa (Nabi) daripada mereka." Lalu Baginda berpuasa pada hari itu dan memerintahkan para sahabat agar berpuasa.

— Riwayat Al-Bukhari no. 2004 dan Muslim no. 1130

Bagi menyelisihi amalan Yahudi, Rasulullah ﷺ juga bersabda:

> "Jika aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (9 Muharram)."

— Riwayat Muslim no. 1134

Justeru, marilah kita berusaha berpuasa pada 9 dan 10 Muharram (Tasu'a dan 'Asyura), atau sekurang-kurangnya pada 10 Muharram. Semoga Allah menerima amalan kita dan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. Āmīn.

18/06/2026

Celebrating my 7th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"اَللَّهُمَّ اغْفِ...
18/06/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali"

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

”Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.”

Kami bagi pihak GRID ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Fakhrul Ikhram Ab Rahman Ikhram Ikki (UITM Shah Alam - Batch 1989-1992) yang telah meninggal dunia pada hari Khamis, 18 Jun 2026.

Kami mengajak seluruh Alumni ID bersama-sama mendoakannya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang sholeh dan mendapat lindungan ampunan serta rahmat Allah.

Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarganya.


07/12/2025

Ukhuwah, Silaturahim & Alumni Dalam Menjaga Hubungan Sesama Muslim.

Alumni bermakna kita semua setara, tanpa mengira jawatan atau kerjaya.

Yang menyatukan kita hanyalah hubungan sebagai manusia yang bersaudara. Hari ini kita di atas, esok lusa belum tentu; kedudukan itu berputar.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا"

“Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain ibarat satu bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain.”
— Sahih al-Bukhari & Muslim

Kadang-kadang hari ini kita bertemu sahabat atau senior yang masih sihat, tetapi beberapa bulan kemudian mungkin khabar yang datang adalah pemergian mereka.

Begitulah singkatnya hidup.

Nabi ﷺ mengingatkan:

"كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ"

“Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.”
— Sahih al-Bukhari

Kejayaan sebenar alumni ialah apabila yang sudah berjaya mengangkat yang lain—walaupun ada yang sekadar berniaga kuih-muih. Ada juga sahabat kita yang membawa Grab.

Ramai dalam kalangan kita tidak lagi praktis ID, namun jangan pernah dipinggirkan.

Yang berada dalam kesenangan, yang pernah berasa hati, berbeza pendapat carilah mereka; mungkin mereka malu atau berasa jauh hati untuk mendekati kita terlebih dahulu. Tidak salah kita mulakan dulu.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً… نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ"

“Sesiapa yang melegakan kesusahan seorang mukmin, Allah akan melegakan kesusahannya pada Hari Kiamat.”
— Sahih Muslim

Dan sabda baginda lagi:

"لَا يَحْقِرَنَّ أَحَدُكُمْ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا"

“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan walaupun kecil.”
— Sahih Muslim

Tanggungjawab menyambung silaturahim sesama kita tidak terhenti pada program semalam—ia berterusan selagi kita bernama sahabat dan alumni.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ"

“Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturahim.”
— Sahih al-Bukhari & Muslim

Jazakumullahu Khairan buat pensyarah-pensyarah dan senior-senior dan junior-junior telah membantu semasa atau selepas meninggalkan zaman belajar.

Barakallahu fikum.

Address

6/3, 2ND FLOOR, Jalan PJU 5/9, DATARAN SUNWAY, KOTA DAMANSARA
Petaling Jaya
47810

Telephone

+601156219244

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Alumni Generasi Rekabentuk & Senibina Dalaman - GRID posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Alumni Generasi Rekabentuk & Senibina Dalaman - GRID:

Shortcuts

Share