DHRRA Malaysia

DHRRA Malaysia Development of Human Resources for Rural Areas, Malaysia is a non-governmental organization working towards the social protection of Malaysian community.
(1)

DHRRA Malaysia aims to
•Equip the vulnerable communities with necessary knowledge and skills to manage and enhance psychological well being
•Equip the community with necessary knowledge and skills to manage and enhance physical well being
•Creating understanding of the current social issues and enhancing their socioeconomic status through education and living skills
•The vulnerable communities are

able to assert their legal rights in their daily lives.
•To facilitate the fulfillment of basic needs of the vulnerable communities through charitable activity to promote self-reliant and empowerment process.

Apabila sesuatu kerusi Parlimen menjadi kosong, bagaimana p**a dengan suara rakyat? 📢Peruntukan Anti-Lompat Parti pentin...
11/08/2026

Apabila sesuatu kerusi Parlimen menjadi kosong, bagaimana p**a dengan suara rakyat? 📢

Peruntukan Anti-Lompat Parti penting untuk melindungi mandat pengundi dan memastikan kestabilan politik. Namun, kita juga perlu bertanya sama ada kerangka sedia ada benar-benar menjamin hak rakyat untuk terus mempunyai wakil yang mewakili mereka di Parlimen.

Ini bukan soal mana-mana parti politik atau individu Ahli Parlimen. Ia adalah tentang mencari keseimbangan antara kestabilan politik, pendirian dan prinsip wakil rakyat, serta hak demokratik rakyat untuk terus didengari.

Sudah tiba masanya untuk kita menilai semula dan memperkukuh mekanisme sedia ada demi kepentingan rakyat.

-
When a seat becomes vacant, what happens to the people’s voice?📢

The Anti-Party Hopping provisions are important for protecting voters’ mandate and political stability. But we must also ask whether the current framework adequately protects the people’s right to continued representation in Parliament.

This is not about any political party or individual MP. It is about finding the right balance between political stability, elected representatives’ convictions, and the people’s democratic right to be heard.

Is it time to review and strengthen the existing mechanism in the interest of the people.

SUARA ANDA, MASA DEPAN KOMUNITI KITA.Adakah anda ingin melihat perubahan yang lebih baik dalam komuniti anda? Inilah pel...
10/08/2026

SUARA ANDA, MASA DEPAN KOMUNITI KITA.

Adakah anda ingin melihat perubahan yang lebih baik dalam komuniti anda? Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut.

Sertai Sesi Konsultasi Komuniti Kuching dan kongsikan pandangan, pengalaman serta cadangan anda bagi memperkukuh penyertaan wanita dan belia dalam tadbir urus serta pembangunan yang lebih inklusif.

📅 Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 8.30 pagi – 1.30 petang
📍 Tempat: TEGAS Digital Village Kuching

✨ Siapa yang boleh menyertai?
Terbuka kepada warganegara Malaysia dalam kategori wanita (30 tahun dan ke atas) dan kategori belia (18 - 29 tahun) yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti.

💡 Apa yang menanti anda?
✅ Perkongsian daripada pakar
✅ Pembentangan dapatan kajian komuniti
✅ Perbincangan interaktif
✅ Peluang berkongsi pandangan dan cadangan
✅ Membina jaringan bersama pemimpin komuniti, NGO, wanita dan belia

📢 Penyertaan adalah PERCUMA, namun tempat adalah terhad.

https://forms.gle/ZPyiVjsdN4anKXrh8

📲 Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di atas untuk mendaftar sekarang!

🤝 Suara anda mampu mencorakkan dasar, memperkukuh tadbir urus, dan membina komuniti yang lebih inklusif. Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada perubahan!

Selamat Hari Lahir kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Pada hari yang istimewa ini, kami turut mendoaka...
10/08/2026

Selamat Hari Lahir kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari yang istimewa ini, kami turut mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur perubatan YAB Perdana Menteri dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik dan keafiatan yang berpanjangan.

Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ketabahan dalam memimpin negara serta menjalankan amanah demi rakyat dan Malaysia.

Selamat Hari Lahir, YAB Dato’ Seri, Semoga sentiasa berada dalam lindungan Tuhan Yang Maha Kuasa .

https://www.facebook.com/share/p/1CfrAcquLN/

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah.

𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗡𝗔𝗦𝗛𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗗𝗔𝗛
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026

SUARA ANDA, MASA DEPAN KOMUNITI KITA.Adakah anda ingin melihat perubahan yang lebih baik dalam komuniti anda? Inilah pel...
06/08/2026

SUARA ANDA, MASA DEPAN KOMUNITI KITA.

Adakah anda ingin melihat perubahan yang lebih baik dalam komuniti anda? Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut.

Sertai Sesi Konsultasi Komuniti Kuching dan kongsikan pandangan, pengalaman serta cadangan anda bagi memperkukuh penyertaan wanita dan belia dalam tadbir urus serta pembangunan yang lebih inklusif.

📅 Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Kuching, Sarawak (Lokasi akan dimaklumkan kepada peserta yang disahkan)

✨ Siapa yang boleh menyertai?
Terbuka kepada warganegara Malaysia dalam kategori wanita (30 tahun dan ke atas) dan kategori belia (18 - 29 tahun) yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti.

💡 Apa yang menanti anda?
✅ Perkongsian daripada pakar
✅ Pembentangan dapatan kajian komuniti
✅ Perbincangan interaktif
✅ Peluang berkongsi pandangan dan cadangan
✅ Membina jaringan bersama pemimpin komuniti, NGO, wanita dan belia

📢 Penyertaan adalah PERCUMA, namun tempat adalah terhad.

https://forms.gle/ZPyiVjsdN4anKXrh8

📲 Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di atas untuk mendaftar sekarang!

🤝 Suara anda mampu mencorakkan dasar, memperkukuh tadbir urus, dan membina komuniti yang lebih inklusif. Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada perubahan!

04/08/2026

Training of Trainers (ToT) Kedah

Program Training of Trainers (ToT) Kedah telah diadakan pada 23–25 Julai 2026 di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

Program ini menjadi platform bagi pemimpin wanita dan belia daripada pelbagai latar belakang, termasuk NGO, akademia, pelajar dan pemimpin komuniti, untuk memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam menggalakkan tadbir urus dan pembangunan yang lebih inklusif di peringkat akar umbi.

Bersama-sama, kita terus memperkasa pemimpin akar umbi untuk mencipta perubahan yang positif dan berkekalan dalam komuniti masing-masing.

KENYATAAN MEDIADato Saravanan M.Sinapan29hb Julai 202611.20pmDHRRA Malaysia Mengalu-alukan Komitmen Perdana Menteri Terh...
29/07/2026

KENYATAAN MEDIA

Dato Saravanan M.Sinapan
29hb Julai 2026
11.20pm

DHRRA Malaysia Mengalu-alukan Komitmen Perdana Menteri Terhadap Agenda Pembangunan Masyarakat India

DHRRA Malaysia mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, atas komitmen beliau untuk memantau sendiri isu-isu yang melibatkan masyarakat India di Malaysia.

Komitmen ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dan diharapkan dapat mempercepatkan penyelesaian pelbagai isu yang telah lama dihadapi oleh masyarakat India. DHRRA Malaysia berharap komitmen ini bukan sekadar dibuat ketika suasana Pilihan Raya Negeri (PRN), tetapi diterjemahkan kepada tindakan yang berterusan, menyeluruh dan berkesan demi kepentingan masyarakat.

Bagi memastikan komitmen tersebut benar-benar memberi impak, DHRRA Malaysia mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

1. Menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi menyelaras dasar, pelaksanaan serta pemantauan semua inisiatif berkaitan masyarakat India.

2. Menubuhkan 37 Pusat Komuniti Pembangunan Masyarakat India di seluruh negara sebagai pusat sehenti yang menyediakan latihan kemahiran, pendidikan, pembangunan belia, keusahawanan, bantuan dokumentasi, khidmat guaman, kaunseling dan pembangunan komuniti.

3. Memperkasakan Malaysian Indian Blueprint atau Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India dengan pelaksanaan segera yang merangkumi sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang, disertai petunjuk prestasi (KPI) yang jelas bagi memastikan manfaat dapat dinikmati oleh masyarakat.

DHRRA Malaysia percaya pembangunan masyarakat India memerlukan komitmen politik yang kukuh, penyelarasan antara kementerian dan agensi kerajaan, serta kerjasama erat dengan NGO dan sektor swasta. Pendekatan yang menyeluruh akan mempercepatkan transformasi sosioekonomi masyarakat India dan menyumbang kepada kemajuan negara.

"Komitmen yang diumumkan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang nyata. Masyarakat India mengharapkan perubahan yang dapat dirasai, bukan sekadar janji."

Dato' Saravanan M. Sinapan
Presiden
DHRRA Malaysia

https://www.facebook.com/share/19YhhJpZdH/

fans

Anwar Ibrahim says the move follows appeals and complaints from the people.

📍 Kedah Training of Trainers (ToT)The Training of Trainers (ToT) in Kedah was held from 23–25 July 2026 at Park Avenue H...
29/07/2026

📍 Kedah Training of Trainers (ToT)

The Training of Trainers (ToT) in Kedah was held from 23–25 July 2026 at Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

🤝 The program served as a platform for women and youth leaders from diverse backgrounds, including NGOs, academia, students, and community leaders, to strengthen their knowledge and skills in promoting more inclusive governance and development at the grassroots level.

🌱 Together, we continue to empower grassroots leaders to create positive and lasting change within their communities.

📢 Tahukah anda?Sabah kini menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai enakmen khusus berkaitan pentadbiran pewaris...
29/07/2026

📢 Tahukah anda?

Sabah kini menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai enakmen khusus berkaitan pentadbiran pewarisan orang Islam di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.



Johor mencipta sejarah dengan pelantikan 10 Timbalan EXCO Negeri buat pertama kalinya bagi memperkukuhkan pentadbiran da...
23/07/2026

Johor mencipta sejarah dengan pelantikan 10 Timbalan EXCO Negeri buat pertama kalinya bagi memperkukuhkan pentadbiran dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

DHRRA Malaysia mengalu-alukan pelantikan ini dan berharap ia disertai dengan skop tugas serta tanggungjawab yang jelas bagi memastikan akauntabiliti, ketelusan dan penyelarasan pentadbiran.

23 July 2026 - Press StatementProtecting Every Child's Right to Belong: DHRRA Malaysia Calls for Practical Solutions on ...
23/07/2026

23 July 2026 - Press Statement

Protecting Every Child's Right to Belong: DHRRA Malaysia Calls for Practical Solutions on Citizenship (Children Born Out Of Wedlock)

DHRRA Malaysia calls for practical and compassionate solutions to protect children born out of wedlock who are raised solely by their Malaysian biological fathers but remain registered as non-citizens. No child should be left without protection, stability, or a place to call home because of circumstances beyond their control.

We urge policymakers to place the best interests of the child at the heart of any review of Malaysia's citizenship laws.

Address

13-2 Block A Zenith Corporate Park , Jalan 7/26
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378877271

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DHRRA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DHRRA Malaysia:

Shortcuts

Share