05/09/2026
KRT GUGUSAN MATAHARI KOTA DAMANSARA | DAERAH PETALING, NEGERI SELANGOR.
🎣 PROGRAM SANTAI MEMANCING KRT GUGUSAN MATAHARI KOTA DAMANSARA 🎣
Tarikh : 5 September 2026
Masa : 1900-0030HRS
Tempat : Tuan Tanah Fishing Centre - Saujana Utama
Alhamdulillah, Program Santai Memancing KRT Gugusan Matahari Kota Damansara telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan.
Seramai 25 orang pemancing daripada pelbagai peringkat usia dalam kalangan penduduk Gugusan Matahari telah menyertai program ini. Turut hadir keluarga para pemancing yang memberikan sokongan dan semangat sepanjang program berlangsung. 👨👩👧👦🎣
Program ini bukan sekadar aktiviti memancing, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan serta mengukuhkan hubungan antara penduduk.
Terima kasih kepada semua peserta dan keluarga yang hadir serta menjayakan program ini. Semoga lebih banyak aktiviti komuniti dapat dianjurkan pada masa akan datang. ❤️
KRT Gugusan Matahari Kota Damansara
🤝 Bersama Membina Komuniti Harmoni