Aman Palestin Damansara

Aman Palestin Damansara Aman Palestin Cawangan Damansara Pada 3hb. Objektif

Antara matlamat utama ialah:
Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin. Projek Berbuka Puasa.

Aman Palestin Berhad

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Januari 2006, penda

ftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. VISI

Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. MISI

Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO. Merancang aktiviti secara bersepadu. Menganjurkan siri-siri forum perbincangan. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am. Aktiviti

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka. Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka. Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan. Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin. Projek Pertanian Sara Diri di Nablus. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin. Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin. Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha. Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah. Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim. Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Puasat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg dan Projek Pakaian Musim Sejuk.

  | Penderitaan mereka yang kehilangan tempat tinggal bertambah lagi apabila terpaksa menghadapi hujan dan musim sejuk d...
20/11/2023

| Penderitaan mereka yang kehilangan tempat tinggal bertambah lagi apabila terpaksa menghadapi hujan dan musim sejuk di dalam khemah.




  | MALAYSIA QURAN SCHOOL DIBOMMalaysia Quran School tajaan Aman Palestin malam tadi dibom Tentera Rejim Isr4el.  Serang...
16/11/2023

| MALAYSIA QURAN SCHOOL DIBOM

Malaysia Quran School tajaan Aman Palestin malam tadi dibom Tentera Rejim Isr4el. Serangan berlaku sekitar jam 1.45 pagi (waktu Malaysia) dan angka syahid dan cedera masih dikenal pasti. Serangan pertama dipercayai bermula pada jam 5 petang hari Rabu, menurut As-Syarq.

Malaysia Quran School ketika ini menempatkan lebih 2,000 warga Gaza yang mendapatkan pelindungan daripada serangn Tentera Rejim Isr4el dan kini diancam dengan serangan yang tidak berperikemanusiaan!




  | SIAPAKAH 'MASTERMIND' TAUFAN AL-AQSA?Pasti ramai tertanya-tanya siapakah yang menggerakkan Briged Al-Qassam dengan p...
07/11/2023

| SIAPAKAH 'MASTERMIND' TAUFAN AL-AQSA?

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah yang menggerakkan Briged Al-Qassam dengan pergerakan yang terancang sehingga menggerunkan Isr4el, kan?

Beliau adalah Muhammad Al-Dheif!




  | Jurugambar Muhammad Al-Aloul kehilangan 4 anak dan adik-beradiknya ketika bekerja semasa pengeboman tentera Isr.4el ...
06/11/2023

| Jurugambar Muhammad Al-Aloul kehilangan 4 anak dan adik-beradiknya ketika bekerja semasa pengeboman tentera Isr.4el atas kem Al-Maghazi malam tadi.

Negara haram isr.4el tetap nak tutup mata media di Gaza, orang yang kerja dengan media menjadi sasaran pengeboman Isr.4el sekali dengan keluarganya juga!

Sumber: TahreerGh




  | KARIM SYAHID DI HARI LAHIRNYAKanak-kanak ini ialah Karim Muhammad Abu Shamala . Hari ini, 5 November adalah hari ula...
06/11/2023

| KARIM SYAHID DI HARI LAHIRNYA

Kanak-kanak ini ialah Karim Muhammad Abu Shamala . Hari ini, 5 November adalah hari ulang tahun kelahirannya.

Sebelum ini, dia bersama keluarga telah merancang untuk menyambut hari lahirnya pada hari ini - 5 November 2023.

Namun, hari ini, rejim Isr.4el telah membunuh Karim, datuk, nenek, bapa saudara, dan sepupunya dalam serangan yang tak berperikemanusiaan!




  | MASJID AL-QASSAM, GAZAPada 11 Mei 2018, Aman Palestin telah berjaya membina semula satu lagi masjid yang menjadi sim...
03/11/2023

| MASJID AL-QASSAM, GAZA

Pada 11 Mei 2018, Aman Palestin telah berjaya membina semula satu lagi masjid yang menjadi simbol perjuangan rakyat Gaza iaitu Masjid Al-Qassam yang terletak di Gaza, Palestin.

Projek ini merupakan projek Aman Palestin yang memperuntukkan sebanyak RM2,760,000 dan boleh memuatkan lebih kurang 500 jemaah dalam satu masa.

Masjid Al-Qassam ini telah dibom dua kali oleh Tentera Rejim Isr4el tetapi kita tetap meneruskan lagi pembinaan ini sebagai satu tanda bahawa warga Palestin sentiasa teguh meskipun dihujani dengan pelbagai ujian!

‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️




  | JUMAAT UNTUK PALESTINhari jumaat yang mulia ini, apa yang kita perlu buat untuk zahirkan solidariti kita untuk Pales...
03/11/2023

| JUMAAT UNTUK PALESTIN

hari jumaat yang mulia ini, apa yang kita perlu buat untuk zahirkan solidariti kita untuk Palestin??

1. Membaca surah Al-Kahfi
2. Bersedekah!

============

πŸ”₯ BANTUAN KECEMASAN PALESTIN πŸ”₯
http://www.billplz.com/apkotadamansara



  | Jumlah warga Palestin yang syahid mencapai angka 8,796 dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat hari demia hari....
02/11/2023

| Jumlah warga Palestin yang syahid mencapai angka 8,796 dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat hari demia hari. Meskipun bantuan sudah masuk ke Gaza, ia tidak akan menjamin keselamatan rakyat Gaza sekiranya perang kali ini berterusan!



Terima kasih rakyat Malaysia dan Indonesia atas bantuan yang diberikan kepada Palestin πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡¨
31/10/2023

Terima kasih rakyat Malaysia dan Indonesia atas bantuan yang diberikan kepada Palestin πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡¨

  | 200 UNIT KOTAK MAKANAN BUAT MANGSA SERANGAN REJIM ISR4ELAlhamdulillah, meskipun Gaza bergelut dengan krisis bantuan ...
24/10/2023

| 200 UNIT KOTAK MAKANAN BUAT MANGSA SERANGAN REJIM ISR4EL

Alhamdulillah, meskipun Gaza bergelut dengan krisis bantuan dari luar yang sukar untuk menembusi sempadan, Aman Palestin yang sememangnya bersedia di dalam Gaza sempat menyediakan bantuan buat 200 keluarga!

Sebanyak 200 unit kotak makanan berjaya diagihkan oleh Aman Palestin kepada keluarga-keluarga Palestin di dua buah sekolah di bawah kelolaan UNRWA di barat Gaza!

‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️

============

πŸ”₯ BANTUAN KECEMASAN PALESTIN πŸ”₯
http://www.billplz.com/apkotadamansara




  | 🏨 SUMBANGAN PERUBATAN MYMEDIC BERSAMA AMAN PALESTIN 🏨Alhamdulillah, Aman Palestin meneruskan lagi usaha memberikan b...
24/10/2023

| 🏨 SUMBANGAN PERUBATAN MYMEDIC BERSAMA AMAN PALESTIN 🏨

Alhamdulillah, Aman Palestin meneruskan lagi usaha memberikan bantuan perubatan untuk warga Gaza dengan sumbangan daripada MyMedic Innovation Sdn. Bhd.

Sumbangan barangan perubatan yang disalurkan ialah:

🚨 Nasal Cannula Adult - 250 unit
🚨 Nasal Cannula Neonate - 250 unit
🚨 Underpad - 600 unit
🚨 Sterile Gauze - 200 unit

Ini adalah sebahagian daripada barang-barang keperluan penduduk Gaza yang akan masuk bersama dalam Misi Kemanusiaan kelolaan Wisma Putra melalui kerjasama erat puluhan NGO.

Kita di Aman Palestin melihat sempadan Rafah yang baru dibuka hari ini sebagai satu sinar untuk bantuan lebih banyak dapat disampaikan kepada rakyat Gaza!

‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️

============

πŸ”₯ BANTUAN KECEMASAN PALESTIN πŸ”₯
http://www.billplz.com/apkotadamansara




Suasana di Malaysia Quran School di Gaza yang sedang menjadi pusat perlindungan buat 2,000 mangsa perang Gaza. Sekolah i...
23/10/2023

Suasana di Malaysia Quran School di Gaza yang sedang menjadi pusat perlindungan buat 2,000 mangsa perang Gaza. Sekolah ini dibina oleh Aman Palestin pada 2017 hasil sumbangan rakyat Malaysia dan berterusan memberi manfaat di waktu aman dan semasa perang.

Terima kasih rakyat Malaysia πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”₯ BANTUAN KECEMASAN PALESTIN πŸ”₯
http://www.billplz.com/apkotadamansara



Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

01158507146

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aman Palestin Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Aman Palestin Damansara:

Share

Our Story

AMAN PALESTIN Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. VISI Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. MISI Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan. Objektif Antara matlamat utama ialah: Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO. Merancang aktiviti secara bersepadu. Menganjurkan siri-siri forum perbincangan. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am. Aktiviti Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut: Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka. Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka. Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan. Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin. Projek Pertanian Sara Diri di Nablus. Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin. Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin. Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha. Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah. Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim. Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Puasat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg dan Projek Pakaian Musim Sejuk.