KanWork

Call Directions Website Contact the organization

KanWork Established in 2005, KanWork is dedicated to supporting individuals and families affected by cancer. Learn more and get involved: www.kanwork.org

Join us to ensure that no one travels the cancer journey alone. https://donate.kanwork.org/

11 Oktober 2026Satu sesi Senaman QiGong telah berlangsung di Rumah KanWork bersama fasilitator berpengalaman, Dr. Abdull...
11/10/2026

11 Oktober 2026

Satu sesi Senaman QiGong telah berlangsung di Rumah KanWork bersama fasilitator berpengalaman, Dr. Abdullah Mohd Noor dan Hajah Faridah Ahmad.

Peserta berpeluang mempelajari teknik Hand Stick Rolling, iaitu latihan menggolekkan kayu kecil di antara kedua-dua tapak tangan yang digabungkan dengan pergerakan dan latihan pernafasan.

Manfaat Teknik Hand Stick Rolling:
1. Memberikan rangsangan sentuhan pada tapak tangan.
2. Melatih pergerakan jari dan genggaman tangan.
3. Membantu meningkatkan fokus semasa latihan pernafasan.
4. Melatih koordinasi pergerakan tubuh.
5. Menyokong aktiviti fizikal ringan apabila digabungkan dengan berjalan.

Turut di adakan sambutan hari lahir bulan Oktober ahli KanWork.

Terima kasih semua yang telah menjayakannya.


9 Oktober 2026KanWork di Sini  Specialist HospitalSesi Peer Support bersama sukarelawan KanWork, Dr. Siti Hajar Ahmad (S...
11/10/2026

9 Oktober 2026

KanWork di Sini Specialist Hospital

Sesi Peer Support bersama sukarelawan KanWork, Dr. Siti Hajar Ahmad (Survivor Kanser Payudara) bagi memberikan sokongan moral, berkongsi pengalaman serta menyampaikan bahan pendidikan kanser yang bersesuaian kepada pesakit.

Terima kasih semua yang telah menjayakannya.


KanWork Di Sini  Specialist Hospital PEER SUPPORTSatu sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser:🗓️ 9 Oktober 2...
07/10/2026

KanWork Di Sini Specialist Hospital

PEER SUPPORT

Satu sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser:

🗓️ 9 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi -12.00 tengah hari
🏥 Oncology Day Care, Tingkat 1, Damansara Specialist Hospital

Sesi Bersama:
Dr Siti Hajar Ahmad
(Survivor Kanser Payudara)

Pendaftaran:
https://forms.gle/7wViQjrRXZFG6yKw9

Jom kita saling memberikan sokongan🌹

5 Oktober 2026Kesedaran Kanser Bersama KanWorkKanWork telah dijemput mengadakan pameran kesedaran Kanser serta menjadi r...
06/10/2026

5 Oktober 2026

Kesedaran Kanser Bersama KanWork

KanWork telah dijemput mengadakan pameran kesedaran Kanser serta menjadi rakan kerjasama progran 'Pink Oktober' anjuran Columbia Asia Hospital Bukit Rimau, Shah Alam.

Puan Maznah Mat Zain, Puan Lailarulhana Abdul dan Puan Jauriah A. Ghani (Ahli KanWork dan Survivor Kanser Payudara) telah berkongsi pengalaman mereka menghadapi cabaran kanser.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara serta memberi inspirasi kepada mereka yang sedang berjuang melawan kanser.

Terima kasih atas jemputan dan semua yang telah menjayakannya.


Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat sempena Jubli Perak pemerintahan DYMM Sultan Selangor.S...
05/10/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat sempena Jubli Perak pemerintahan DYMM Sultan Selangor.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada Tuanku serta seluruh keluarga Diraja Selangor.

Daulat Tuanku!

PENGURUSAN KANSER KOLONPerbincangan tentang isu terkini kanser kolon📅 18 Oktober 2026 (Ahad)⏰️ 9.30 - 11.30 pagi🏠 Rumah ...
05/10/2026

PENGURUSAN KANSER KOLON

Perbincangan tentang isu terkini kanser kolon

📅 18 Oktober 2026 (Ahad)
⏰️ 9.30 - 11.30 pagi
🏠 Rumah KanWork, Damansara Utama

Penceramah:
YBhg. Dato’ Dr. Luqman Mazlan
Pakar Perunding Bedah Am & Kolorektal
Hospital Picaso

Pendaftaran (sebelum 17 Okt):
https://forms.gle/HcdXMu7gtPaQsjDU7

PERCUMA & TEMPAT TERHAD

📞 0135938627

4 Oktober 2026Kanser Bukan Pengakhiran: Membina Kehidupan Dengan HarapanSesi motivasi bersama YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd F...
04/10/2026

4 Oktober 2026

Kanser Bukan Pengakhiran: Membina Kehidupan Dengan Harapan

Sesi motivasi bersama YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah telah diadakan di Rumah KanWork bagi memberi inspirasi dan semangat kepada peserta (survivor/caregiver/awam) untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih positif.

Terima kasih semua yang telah menjayakan program ini.

Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan kekuatan kepada semua.


Sihat Bersama KanWork:SENAMAN QIGONG📅 11 Oktober 2026 (Ahad)⏰️ 8.30 pagi🏡 Rumah KanWork, Damansara Utama.Fasilitator:Dr ...
04/10/2026

Sihat Bersama KanWork:
SENAMAN QIGONG

📅 11 Oktober 2026 (Ahad)
⏰️ 8.30 pagi
🏡 Rumah KanWork, Damansara Utama.

Fasilitator:
Dr Abdullah Mohd Noor
Hjh Faridah Ahmad

Aktiviti:
1. Senaman QiGong
2. Minum ringan
3. Peer Support

Jom Senam QiGong!

Daftar: https://forms.gle/82kHYq6zNDpUkFqQA


2 Oktober 2026Kesedaran Kanser KanWorkKanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser sempena Sambutan Pink Oktober an...
03/10/2026

2 Oktober 2026

Kesedaran Kanser KanWork

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser sempena Sambutan Pink Oktober anjuran Hospital Cyberjaya yang dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Ahli Parlimen Sepang.

Semoga masyarakat lebih cakna dengan pengesanan awal kanser payudara.

Terima kasih atas jemputan dan semua yang menjayakannya.


🎀 Breast Cancer Awareness Month - Pink OctoberThis Pink October, let’s come together to raise awareness, learn the early...
03/10/2026

🎀 Breast Cancer Awareness Month - Pink October

This Pink October, let’s come together to raise awareness, learn the early signs, and encourage early detection of breast cancer.

Every journey is different, but no one should face it alone. Together, we stand with patients, survivors, and caregivers.



Address

No. 44, Jalan SS 21/1, Damansara Utama
Petaling Jaya
47400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60389408672

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KanWork posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KanWork:

Shortcuts

Share