Yayasan Era Suria

Yayasan Era Suria Yayasan Era Suria (YES) merupakan sebuah NGO berorientasikan kebajikan & pendidikan yang dinaungi oleh YAM Tengku Jaril Ibni YAM Tengku Putera Sulaiman.

Salam Aidilfitri 2026/1447H ๐ŸŒ™โœจSeluruh barisan kepimpinan Yayasan Era Suria (YES) yang terdiri daripada YM Tengku Penaung...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 2026/1447H ๐ŸŒ™โœจ

Seluruh barisan kepimpinan Yayasan Era Suria (YES) yang terdiri daripada YM Tengku Penaung, Pengarah Eksekutif, Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Penasihat, Ahli Panel Pemikir serta Sukarelawan YES di peringkat Kebangsaan, Negeri & Parlimen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Ikhlas daripada kami,
Yayasan Era Suria (YES)

Hampir 500 orang telah menghadiri program Infaq Ramadhan ( Kongsi Rezeki) & Majlis Berbuka Puasa anjuran Bersama Yayasan...
18/03/2026

Hampir 500 orang telah menghadiri program Infaq Ramadhan ( Kongsi Rezeki) & Majlis Berbuka Puasa anjuran Bersama Yayasan Era Suria & Lanun 4x4 Group Malaysia pada 14hb Mac 2026 bertempat di kampung Parit Mahang Ijok Selangor, Majlis Berbuka Puasa ini turut dimeriahkan dengan penyampaian bantuan bakul makanan dan duit raya kepada 300 keluarga dan anak- anak yatim. Penyampaian telah disempurnakan bersama oleh Adun Ijok YB Tuan Jefri Bin Mejan, Pengarah Eksekutif Yayasan Era Suria Tuan R.Nantha Kumar dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Era Suria Datuk Hj Zulkifli Bujang. Majlis yang begitu meriah dengan kehadiran penduduk tempatan turut dihadiri Saudara Gajendran Pengerusi Sukarelawan Yayasan Era Suria Kebangsaan dan kepimpinan Sukarelawan YES Kebangsaan, Pengerusi Program Saudara Muazzam Bin Abdul Mustaffa turut malahirkan harapan untuk turut meneruskan program sebegini pada masa- masa hadapan.

19/02/2026
14/01/2026

Menerusi video ucapan perlantikan, saudara Gajendran A/L Subramaniam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menyandang jawatan sebagai Pengerusi Kebangsaan Sukarelawan Yayasan Era Suria bagi sesi 2026โ€“2027 yang telah menggantikan saudara Mohamad Hafizi Bin Mohd Said.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu atas sumbangan dan pencapaian dalam memperkasakan pergerakan sukarelawan di seluruh semenanjung dan menyeru semua ahli sukarelawan untuk terus bersatu hati serta bergerak seiring dalam menjayakan visi Yayasan Era Suria.

Sebagai Pengerusi baharu, beliau menzahirkan komitmen untuk :
- Meningkatkan anggota-anggota sukarelawan YES diseluruh negara
- Akan focus pada manpower berkenaan education dan sensibility

Saudara Gajendran a/l Subramaniam telah dilantik sebagai Pengerusi Sukarelawan Yayasan Era Suria (YES) bagi tahun 2026 -...
13/01/2026

Saudara Gajendran a/l Subramaniam telah dilantik sebagai Pengerusi Sukarelawan Yayasan Era Suria (YES) bagi tahun 2026 - 2027 menggantikan Saudara Mohamad Hafizi Bin Mohd Said yang telah melengkapkan 2 penggal sebagai pengerusi Sukarelawan YES Kebangsaan. Surat Perlantikan Saudara S.Gajendran telah disampaikan oleh Tuan R.Nantha Kumar selaku Pengarah Eksekutif Yayasan Era Suria, turut menerima surat perlantikan surat perlantikan masing- masing ialah Saudara Abdul Muazzam Bin Abdul Mustaffa sebagai Timbalan Pengerusi 1, Cik Tiew See Hwei sebagai Bendahari Kebangsaan, Saudara Thinesh a/l K.Raghuvan sebagai Jawatan Kuasa Kebangsaan. Hadir sama dalam majlis penyampaian surat perlantikan ialah , Pegawai Tadbir Yayasan Era Suria Cik Nina Syakila Binti Basaruddin, Wakil Panel Pemikir YES Saudara Seshagri Somasegaran, Pengerusi Sukarelawan YES Selangor Saudara Sujasandrigan a/l Jayamani dan wakil unit Media YES Saudara Matheesh Varma. Semoga Perlantikan Jawatan Kuasa baru 2026 akan mantapkan lagi perjalanan Sukarelawan Yayasan Era Suria (YES) dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Tahun ini genaplah 10 tahun penubuhan Yayasan Era Suria yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti- aktiviti Kebajikan, P...
06/01/2026

Tahun ini genaplah 10 tahun penubuhan Yayasan Era Suria yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti- aktiviti Kebajikan, Pendidikan dan pembangunan belia diseluruh Semenanjung Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan famahan politik. Ribuan keluarga telah dibantu sejak penubuhan Yayasan ini pada penghujung tahun 2016. Pada tahun ini Yayasan akan memberi penumpuan khas kepada 4 faktor penting iaitu, Pemantapan Sukarelawan YES, Pemantapan Pentadbiran, Pemantapan Kewangan dan Pemantapan Kolobrasi, semoga dipermudahkan segala yang dirancang .

Setiap kali perayaan tiba golongan yang memerlukan bantuan tidak pernah dilupakan Yayasan Era Suria, Begitu juga dengan ...
05/01/2026

Setiap kali perayaan tiba golongan yang memerlukan bantuan tidak pernah dilupakan Yayasan Era Suria, Begitu juga dengan sambutan hari Natal sukarelawan Yayasan Era Suria (YES) yang diketuai pengerusinya Sdr Gajendran dan Setiausaha Kebangsaan Sdr Suharaj dengan batuan jawatan kuasa Sukarelawan YES telah mengedarkan bantuan kepada keluarga - keluarga yang meraikan perayaan Hari Natal tempoh hari .

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026! โœจ Semoga tahun baharu membuka lembaran yang lebih gemilang, membawa sinar yang lebi...
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026! โœจ

Semoga tahun baharu membuka lembaran yang lebih gemilang, membawa sinar yang lebih cerah dan kejayaan buat kita semua. ๐ŸŽ‡

Tahun 2025 mungkin hadir dengan pelbagai cabaran, namun ia juga mengajar kita tentang ketabahan, semangat dan nilai persaudaraan.

Saya doakan agar tahun 2026 membawa lebih banyak keberkatan, kesejahteraan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan berpanjangan buat kita semua .

Saya bagi Seluruh Kepimpinan Yayasan Era Suria ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang meraikan...
25/12/2025

Saya bagi Seluruh Kepimpinan Yayasan Era Suria ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang meraikannya, Merry Christmas and Happy New year .

๐ŸŒŸ *PENCARIAN SUKARELAWAN YAYASAN ERA SURIA (YES) - KEDAH & PERLIS* ๐ŸŒŸAdakah anda berjiwa penyayang, ingin membantu masyar...
30/10/2025

๐ŸŒŸ *PENCARIAN SUKARELAWAN YAYASAN ERA SURIA (YES) - KEDAH & PERLIS* ๐ŸŒŸ

Adakah anda berjiwa penyayang, ingin membantu masyarakat & membawa perubahan positif? ๐Ÿ’ช
Yayasan Era Suria (YES) kini membuka peluang untuk anda menjadi *Sukarelawan Negeri Kedah & Perlis*!

๐Ÿค Bersama kita jayakan program-program kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan.
โœจ Sumbangan masa & tenaga anda amat bermakna!

๐Ÿ“ Terbuka kepada semua warganegara di Kedah & Perlis
๐Ÿ“† Pendaftaran dibuka sekarang! - imbas kod QR di poster atau click pautan di https://yayasanerasuria.org.my/

๐Ÿ“ฒ DM kami atau klik link di bio untuk jadi sebahagian daripada keluarga YES!

Address

No. 202, Block A, Mentari Business Park, Jalan PJS 8/5, Bandar Sunway
Petaling Jaya
46150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60356114788

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Era Suria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Era Suria:

Share