Program Akademik Dan Insaniah - PADI

Program Akademik Dan Insaniah - PADI Kini, PADI telah mengorak langkah dengan beberapa inisiatif tambahan dalam aktiviti kebajikan yang akan dikongsikan dalam Page Facebook PADI ini.

PADI pada asalnya ialah suatu inisiatif kebajikan strategik dalam bentuk penyediaan Kelas Tuisyen, IQRA' dan Kelas 3M secara PERCUMA kepada anak-anak penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil bermula pada 8 Januari 2022. Kanak-kanak yang menyertai program ini lahir dalam institusi keluarga rentan miskin, di mana sebahagian daripada peserta adalah anak-anak yang tercicir daripada sistem pendidikan formal.

Namun begitu, PADI bukan sahaja memberi tumpuan hanya kepada bantuan akademik semata-mata, sebaliknya PADI juga berusaha membimbing pelajar supaya memiliki perspektif yang holistik terhadap ujian dan cabaran hidup yang mereka dan keluarga mereka hadapi. Hasil daripada usaha yang tidak mengenal penat lelah ini, maka pada Januari 2025, seramai lebih 30% orang pelajar sekolah rendah PADI telah menerima pelbagai anugerah di sekolah masing-masing.

04/06/2026

We got Teacher Vicky in the house! woot woot! 🙌
The kids had fun. The numbers behaved. The mission was a success.

Dear Calculator,
I appreciate u, but Teacher Vicky has this covered😎🧮

Thank you Teacher Vicky! Love & Respect.




(PADI)

30/05/2026
💻🔬 From Dreams to Discovery! ✨Pada 10 Mei 2026, telah berlangsungnya Pelancaran Kelas Young Scientist dan penyerahan sum...
26/05/2026

💻🔬 From Dreams to Discovery! ✨

Pada 10 Mei 2026, telah berlangsungnya Pelancaran Kelas Young Scientist dan penyerahan sumbangan 25 buah laptop kepada PADI bagi membantu kanak-kanak meneroka dunia STEM dan inovasi dengan lebih mudah. Sebuah laptop mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah orang, tetapi buat mereka, ia adalah pintu kepada impian dan masa depan yang lebih besar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada The Kuala Lumpur Rotary Charity Foundation, Rotary Club of Kuala Lumpur DiRaja dan Rotary Club of Gombak Kuala Lumpur atas peluang yang diberikan.

Perjalanan membina generasi digital masa hadapan ini masih panjang. Justeru, PADI mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak yang ingin bersama memberi harapan dan masa depan yang lebih cerah buat anak-anak ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi Pertubuhan Daie Moden Malaysia:

🏦 Agrobank — 1007 1010 0003 5630
🏦 Bank Islam — 14210010011159

Hari ini mereka mula belajar menggunakan laptop,
Esok, mereka generasi pencipta teknologi baharu dunia. 🌍✨
Dan kitalah antara insan pemangkin lahirnya generasi ini.

Gema Takbir, Syawal Menjelma 🌙✨Ketupat dianyam atas pelantarBuluh perindu hiasan halamanBergema takbir sayup bergetarMoh...
20/03/2026

Gema Takbir, Syawal Menjelma 🌙✨

Ketupat dianyam atas pelantar
Buluh perindu hiasan halaman
Bergema takbir sayup bergetar
Mohon diampun di hari lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh keluarga besar PADI — para pelajar, guru sukarelawan, ibu bapa, serta rakan strategik yang sentiasa menyokong visi pendidikan kami.

Sebagaimana tradisi yang tetap utuh di hati, kami di PADI juga terus komited untuk menyantuni dan memperkasakan pendidikan anak-anak asnaf agar terus subur dengan ilmu pada masa hadapan.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kebahagiaan yang melimpah buat anda sekeluarga. Hati-hati di jalan raya buat yang pulang ke kampung halaman! 🚗💨

Maaf Zahir & Batin daripada kami di PADI.

Rezeki Ramadan: 45 Pelajar PADI Dirai di Hotel Le Méridien Petaling Jaya! 🌙✨Alhamdulillah, pada 13 Mac yang lalu, satu p...
20/03/2026

Rezeki Ramadan: 45 Pelajar PADI Dirai di Hotel Le Méridien Petaling Jaya! 🌙✨

Alhamdulillah, pada 13 Mac yang lalu, satu pengalaman yang sangat bermakna telah dirasai oleh para pelajar asnaf dan pelajar seliaan kami. Seramai 45 orang pelajar bersama 10 orang guru dan sukarelawan PADI telah dijemput khas untuk menikmati juadah berbuka puasa di hotel.

Apa yang lebih menyentuh hati, bagi hampir keseluruhan pelajar yang hadir, ini merupakan pengalaman pertama kali dalam hidup mereka menjejakkan kaki dan merasai suasana makan di hotel. Pengalaman baru ini pastinya akan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Hotel Le Méridien Petaling Jaya atas kemurahan hati dan jemputan yang sangat istimewa ini. Layanan mesra yang diberikan kepada kesemua pelajar serta pasukan PADI amat kami hargai. 🏨❤️

Semoga usaha murni dan nilai murni yang dikongsikan oleh pihak hotel ini terus dihargai dan menjadi inspirasi kepada semua. Terima kasih kerana sudi berkongsi kasih bersama keluarga besar PADI!

Sinaran Aidilfitri: PADI & MH Global Berkongsi Kasih di PPR Pinggiran Bukit Jalil 🌙✨Alhamdulillah, senyuman anak-anak as...
11/03/2026

Sinaran Aidilfitri: PADI & MH Global Berkongsi Kasih di PPR Pinggiran Bukit Jalil 🌙✨

Alhamdulillah, senyuman anak-anak asnaf di PPR Pinggiran Bukit Jalil menjadi saksi keberkatan majlis "Berkongsi Kasih" semalam. Program ini merupakan antara usaha murni di bawah Program Akademik Dan Insaniah (PADI) untuk menyantuni anak-anak seliaan kami.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat YBHG Datuk Mustafa Hussain, CEO MH Global, yang merupakan penyumbang baju raya dan duit raya buat kesemua 184 orang pelajar di bawah program kami tahun ini. Keprihatinan beliau melalui MH Global benar-benar membawa kegembiraan luar biasa kepada anak-anak ini dalam persiapan menyambut Syawal.

Terima kasih juga kepada Dr. Abd Razak Muhamad (Timbalan Pengerusi) atas inisiatif menyelaraskan jaringan kerjasama strategik ini.

Tidak lupa juga buat seluruh barisan warga kerja serta urusetia PADI yang bekerja keras di belakang tabir. Semoga sumbangan daripada YBHG Datuk Mustafa Hussain dan MH Global ini menjadi amal jariah yang berterusan. Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga besar PADI! 💚

🎒 MAJLIS PENYAMPAIAN BEG SEKOLAH: 130 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN! 🎒Walaupun sesi persekolahan tahun ini telah bermula, kom...
21/01/2026

🎒 MAJLIS PENYAMPAIAN BEG SEKOLAH: 130 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN! 🎒

Walaupun sesi persekolahan tahun ini telah bermula, komitmen kami dalam membantu anak-anak PPR Pinggiran Bukit Jalil tetap diteruskan. Kami percaya setiap bantuan yang diberikan tetap memberi makna besar bagi melancarkan urusan harian anak-anak ini di sekolah.

Seramai 130 orang pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah melalui dua sesi yang penuh bermakna bertempat di Pusat Komuniti Pinggiran Bukit Jalil Fasa 2 pada 18 Januari 2026:
📍 Sesi 1 (1.00 PM - 4.30 PM): Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Dr Gunarajah A/L George (ADUN Sentosa / Pegawai Khas YAB Menteri Besar Selangor).
📍 Sesi 2 (4.30 PM): Sesi petang diteruskan bersama Dr. Abdul Razak dari Gleneagles Hospital bagi menyempurnakan baki agihan bantuan kepada anak-anak penduduk.

🌟 PENGHARGAAN KHUSUS BUAT ROTARY CLUB 🌟 Pihak PADI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Rotary Club Gombak di atas sokongan padu dan sumbangan yang diberikan. Kerjasama ini amat bermakna dalam memastikan setiap anak-anak ini mendapat kelengkapan yang sewajarnya untuk memulakan sesi persekolahan dengan penuh semangat.

Terima kasih juga kepada semua penyumbang dan tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa demi kebajikan komuniti kita. 🤝✨

🎉 REZEKI ANAK-ANAK CEMERLANG PADI KE SUNWAY LAGOON! 🎉Alhamdulillah, seramai 20 orang pelajar daripada Program Akademik d...
21/01/2026

🎉 REZEKI ANAK-ANAK CEMERLANG PADI KE SUNWAY LAGOON! 🎉

Alhamdulillah, seramai 20 orang pelajar daripada Program Akademik dan Insaniah (PADI) yang berumur 9-17 tahun telah diraikan dalam satu lawatan khas sebagai Anugerah Khas PADI 2025 pada hari Jumaat 16 Januari 2026.

Anugerah eksklusif ini diberikan kepada mereka berdasarkan penilaian merit ke atas sekurang-kurangnya tiga daripada kriteria-kriteria berikut:
• ✨ Kecemerlangan Akademik (Menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran)
• ✨ Kecemerlangan Sahsiah (Disiplin dan jati diri yang baik)
• ✨ Komitmen Kehadiran (Rekod kehadiran yang sangat baik ke kelas)
• ✨ Semangat Kesukarelawanan (Penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti)

Istimewanya lawatan ini:
• 🌊 CSR Sunway Lagoon: Pihak Sunway Lagoon telah bermurah hati menjalankan program CSR dengan memberikan tiket kemasukan percuma beserta makanan tengahari buat semua pelajar.
• 🚗 Tajaan Pengangkutan & Makan Malam Istimewa: Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Abdul Razak Muhamad yang telah menaja sepenuhnya kos pengangkutan serta belanja makan malam di Texas Chicken (Sunway Pyramid) sebagai tanda sokongan beliau terhadap usaha murni ini.

Segala kos lawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja sebagai hadiah atas kesungguhan anak-anak ini dalam menuntut ilmu.

Terima kasih kepada Sunway Lagoon, Dr. Abdul Razak Muhamad, dan para guru pengiring yang menjayakan program ini. Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi buat semua pelajar PADI untuk terus berjaya! 🚀

24/12/2025

Tahun 2025 — Tahun Kita Bangkit! 🌾✨

Alhamdulillah, kita kini tiba di penghujung sesi 2025 dengan penuh kesyukuran. Perjalanan penuh cabaran ini telah kita harungi bersama, dan anak-anak PADI telah membuktikan kekuatan luar biasa dengan mencatatkan 92% kadar kehadiran hasil sokongan padu ibu bapa.

Sebagaimana amanat daripada Pengerusi PADI, Puan Julaiha Bevi binti S O K Abdul Gaffoor:

"Teruskan melangkah dengan keyakinan dan keikhlasan. Setiap usaha kecil hari ini adalah asas kepada masa depan yang lebih kuat. Bersama, kita membina generasi yang berilmu, berakhlak, dan mampu memimpin."

Sekalung Penghargaan Buat Barisan Pendidik & Pengurusan PADI:

Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan guru dan staf yang telah banyak menyumbang tenaga dan keringat demi anak-anak PADI:

1. Cikgu Ros An’Nurleeana Chong binti Abdullah
2. Cikgu Zulhilmi bin Dzulkafle (Guru Akademik SMK Taman Desa - Penerima Penghargaan SISPAA)
3. Cikgu Mas-Yuri bin Mahyiddin
4. Teacher R. Lila A/P S. Romanazan
5. Ustazah Mariam binti Kasim
6. Cikgu Normah binti Aziz
7. Teacher Stella (Nor Wahidah Noriman)
8. Teacher Syeela (Nor Syahirah Noriman)
9. Teacher Ili Akmal binti Mohd Razif
10. Cikgu Nurizzaty binti Zakaria
11. Cikgu Hazrina Azrin binti Zahri
12. Cikgu Muhammad Naqiuddin bin Nizamodeen
13. Ustaz Rachmad Isnady
14. Ustaz Mohd Amirul Hakimi bin Jusoh
15. Cikgu Zarina binti Zainal Abidin

Penghargaan khas juga buat Miss June Lok (Bahagian Pentadbiran) yang sentiasa memastikan kelancaran program kami.

🎵 Akademi Insaniah! Sinar gemilang... Tempat lahirnya generasi cemerlang!

Selamat bercuti buat semua pelajar PADI! Rehatkan minda, dan kita jumpa lagi dengan semangat yang lebih waja! 💪

AKHIR TAHUN 2025 | PERJUANGAN KITA, HARAPAN MEREKASetiap langkah kecil kita hari iniadalah sinar besar untuk masa depan ...
17/12/2025

AKHIR TAHUN 2025 | PERJUANGAN KITA, HARAPAN MEREKA

Setiap langkah kecil kita hari ini
adalah sinar besar untuk masa depan mereka 🌱

Anak-anak PADI terus berjuang demi pendidikan, disokong ibu bapa yang tidak pernah berhenti berharap.

Kehadiran 92% bukan sekadar angka —
ia lambang semangat, ketabahan dan doa yang berpanjangan.

🤲 Hulurkan tangan untuk masa depan mereka.

Sumbangan anda membantu membina ummah yang berilmu dan berakhlak.

📌 Sumbangan boleh dibuat melalui DuitNow QR / Bank Islam
(rujuk poster)

Semoga setiap ringgit menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih kerana terus percaya ❤️





Address

PPR Pinggiran Bukit Jalil
Petaling Jaya

Telephone

+601163818022

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Akademik Dan Insaniah - PADI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share