29/11/2025
Sabtu, 29.11. 2025
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua Karnival Mini Kanak-Kanak di Masjid Aminah telah berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik dan perjalanan yang lancar.
Julungkali diadakan, ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada:
1. Ibubapa yang sudi meluangkan masa membawa anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan dan aktiviti suka-suka yang disediakan untuk mereka.
2. Taska MummyBonda
3. Maybank2u, cawangan SS 2/63
4. PTPTN
5. Institut Pengajian Al-Quran
6. Adruja Academy
7. Bestie Bouncy
8. Aiman Kotak Photo Booth
9. Aseana Artisan Soap
10. Dakwah Corner (Voucher)
11. Malaysia Milk Sdn Bhd (Vitagen)
12. Dr Rohaya Ramli (Bicara Doktor)
13. Dr Sharifah Nafisah Syed Hamzah (Bantuan Kecemasan)
14. Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, SS 22
15. AJK dan warga Masjid Aminah
16. Tenaga sukarelawan yang sama bertungkus lumus
Turut dihargai kerana memeriahkan karnival adalah anak-anak yatim dan asnaf daripada Baitul Rahmaniah, Rasa dan Baitul Hikmah, Puchong.
Semoga kita semua berolah manafaat dan kebaikan dari kebaikan yang datang dari penganjuran karnival dan selamat dari keburukan yang datang dari penganjuran karnival ini.
Segala yang baik datang dari Allah SWT dan kelemahan serta kekurangan dari kelemahan dan kekurangan diri kami sendiri.